Wednesday, July 3, 2013

Tamatnya sebuah latihan

Hari dua hari telah melepasi bulan Julai dan sebenarnya, dua hari juga latihan aku telah ditamatkan. aaaaahh.. Indahnya dunia bila aku mendapat kembali kehidupan yang selama ini aku rindukan. Tidak terlalu terikat dengan peraturan yang dicipta oleh manusia. Gelaran aku sebagai seorang jururawat masyarakat pelatih dengan rasminya terlucut pada 30.06.2013 mengikut perjanjian yang telah ditandatangani. Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson aku tinggalkan dengan suka rela. Muahahaha.. bukan aku tidak mengenang jatuh bangun aku sebagai seorang pelatih petugas kesihatan, tapi aku pernah merasa kehidupan yang lagi selesa daripada itu. Mana mungkin aku lupa segala jasa jasa pengajar dan klinikal intructor aku yang selama ini begitu tabah membimbing aku agar aku tidak jauh terbabas. Wakaka.. tapi aku tetap merindui kehidupan aku yang sekarang, yang mana aku boleh keluar bila bila masa tanpa perlu risau warden akan menunggu di depan muka pintu. Itu yang penting sebenarnya. Aku tidak rela 'tersimpan' dalam kurungan.

Bila tamatnya latihan, secara automatik, aku telah pun disediakan untuk menjadi seorang jururawat yang terlatih. Yang diberi harapan untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Dan secara jujurnya, aku agak takut untuk menghadapi semua itu. Selama ini aku bertugas dengan mesin, dengan komputer, dengan kertas, kalau terdapat kesilapan, aku campakkan saja dalam tong sampah, tapi bila bakal melibatkan nyawa orang, aku nak campakkan ke mana? Huhu.. Itu yang membuatkan aku agak sedih bila terpaksa meninggalkan KJMPD, lindungan serta kurungan yang kadang kala menyeksakan itu telahpun terlerai, kurungan yang melindungi aku selama ini. Dan selepas ini, semua tindakan aku akan dibawah risiko aku yang tersendiri. Harap harap aku akan menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<