Friday, July 5, 2013

Langkah sebelum menjadi Misi

Salam Jumaat readers... 5 hari sudah aku meninggalkan title pelatih. Dan telah lima hari juga aku berkhidmat semual dengan kerajaan. Oh.. aku lupa nak beritahu, sebelum aku menerima tawaran untuk menjadi seorang jururawat masyarakat, pada hakikatnya aku seorang penjawat awam yang telah pun disahkan jawatannya. Huhu.. Dan jawatan yang aku sandang sebenarnya memang jauh menyimpang dari apa yang aku pohon. Biasa lah, aku memang gila.
Hari pertama kembali bertugas, aku kembali ke JPA. Kebetulan pula pada hari yang sama, Pegawai Tadbir Diplomatik kembali melapor diri juga. Dan aku lah yang berjawatan yang kecik berbanding dengan mereka yang semua nya lulusan universiti. Huhu. Dari JPA aku ditempatkan ke JPM. Dan bila JPM mengetahui bahawa status aku tidak lama berada di jawatan yang sekarang ini, mereka mencadangkan aku ditempatkan di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) dan bagi aku kerja di sini sangat menyeronokkan. Hahaha..

Aku praktikkan kembali soft skills yang aku pelajari, persediaan sebelum aku menjadi nurse kan. Kononnya lah. Haha. Memang seronok berada di sini sehingga aku sentiasa tersesat setiap kali hendak keluar dari pintu SPP. (SPP mempunyai sangat banyak pintu) Uwaaa...

Melihat pelbagai karenah manusia sangat membuatkan aku terhibur. Tapi lainkali lah aku update lagi. Dilain masa, Insha Allah :)


1 comments:

kotak kosong said...

:a testing .. hihi

Post a Comment

thanks for commenting >.<