Monday, December 4, 2017

Contoh Surat Permohonan Penukaran Tempat Latihan

Assalamualaikum wbt,

Baru baru ini Che Misi mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Kira belajar sambil belajar utnuk kenaikan pangkat secara lantikan. (PSL). Namun, disebabkan beberapa faktor, Che Misi meminta jasa baik dan budi bicara pihak atasan untuk menukar tempat latihan Che Misi.

Berikut adalah contoh surat tersebut :

Marry Anne 
No 99 Jalan Sepadu 4
Selangor Darul Ehsan


Puan Siti Nur Binti Mohd Ali,
Penolong Pegawai Tadbir N32,
Bahagian Pengurursan Latihan,
Aras 6, No 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya.     

Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN PENEMPATAN UNTUK KURSUS PSL PENGAMBILAN JANUARI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya, Marry Anne dengan No kad pengenalan 88xx10-xx-xxxx telah ditawarkan mengikuti kursus PSL pengambilan Julai 2017 dan membuat penangguhan kepada pengambilan Januari 2018 serta telah diluluskan oleh bahagian pada 18 Ogos 2017, bertempat di Kolej Jururawat Masyarakat Bxxx xxxx, Taman xxxx xxxx, Lot xxx, Batu xxx, xxxx Sri Gading, Jalan xxxx, xxxx x Johor. Saya memohon untuk bertukar ke Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, 31250 Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak.

2.         Saya ingin memohon pertukaran tersebut adalah disebabkan oleh penempatan anak tiri sulung saya berada di Kolej Komuniti Telok Intan dan keluarga saya berada di Taman Sepadu, Selangor. Jika saya mengikuti kursus di KSKB Ulu Kinta, saya boleh membawa anak anak kecil bersama pengasuh untuk menetap di Telok Intan bersama dengan anak tiri sulung saya. Dengan ini, dapat mengurangkan kos sara hidup serta perjalanan pulang balik selama 1 tahun saya mengikuti kursus tersebut. Oleh kerana, anak anak saya masih kecil (berusia 3 tahun dan 3 bulan ketika saya melapor diri kelak), saya mengharapkan agar jarak di antara kami dapat didekatkan, sekiranya berlaku kecemasan, saya dapat balik dengan kadar segera. Tambahan pula, saya merancang untuk menyusu badan sepenuhnya, sekiranya saya dapat bertukar ke KSKB Ulu Kinta, saya dapat membekalkan EBM kepada anak saya dan direct feeding pada hujung minggu.

3.         Demi mempertingkatkan mutu kerjaya dalam masa yang sama tidak mengabaikan keluarga, saya dengan rendah hati memohon agar pihak puan mempertimbangkan perkara tersebut. Bersama sama ini saya sertakan lampiran yang berkenaan untuk rujukan puan.

Segala kerjasama serta perhatian puan berhubung dengan perkara ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

_____________________________

(Marry Anne)
Jururawat Masyarakat U19
88xx10-xx-xxxx