Wednesday, December 24, 2014

Aku dan Lontong itu

Assalamualaikum.. Entah mengapa CM merapu.. Biasalah, kalau lama lama hadap kerja, maw otak pon kurang centre siket.. Hoho~ Bila ternampak lontong, CM teringat kisah dahulu.. Kisah kisah CM baru menjejakkan kaki di tanah melayu.. cewah.. Macam drama zaman dahulu kala ye tak? Hihi.. Alkisahnya begini :

Tahun 2008, waktu itu CM masih lagi bertugas sebagai seorang pembantu tadbir di Jabatan kerajaan di Putrajaya. Nak dijadikan cerita, hari tersebut ada jamuan. Kakak senior aku semuanya excited kate hari tu ada lontong.. CM pon tumpang excited jugak. Yalah, dah nama lontong, CM bayangkan dalam tu semuanya seafood contohnya sotong (nama kan dekat dekat : lontong), ada udang, ada isi ketam.. Memang meleleh la air liur baq kat hang.. Haaa.. 

Sekali ti, bila sampai di tempat kejadian, CM segera mencari mana lontong ni.. Yang CM nampak, ada nasik impit, satay dan sejenis kuah kaler kuning. So, CM pon tanya "mana lontongnya?" Kakak kakak kat siti semua pandang CM.. Muka tok sah cakap.. Pelik je masing masing. Salah seorang kakak tu tunjuk kat kuah kuning, CM pandang.. Itu lontong????????? Mana sotong dia? Mana isi ketam? Mana udang??? Yang ada hanya sayur saja.. Dan CM bukan makan sayur sangat.. Terus punah harapan nak makan lontong sebab memang tak boleh masuk tekak langsung hingga ke hari ini.. Kalau nampak lontong ni, CM mesti gelak sorang sorang.. Inilah kisah anak perantau di benua orang, walau namanya Malaysia, tetapi budaya tak sama, makanan lagi jauh bezanya..

Saturday, December 6, 2014

Suntikan Bayi Baru Lahir

Salam readers.. Malam yang damai disaat jari jemari CM melarikan tarian yang serba sumbang.Okla, malam ini, CM berkongsi serba sedikit berkenaan dengan suntikan pertama yang si manja anda. Di hospital kerajaan biasanya, anda akan ditanya sama ada anda membenarkan bayi anda disuntik atau tidak, tapi di hospital swasta CM tidak maklum dengan hal tersebut.

Sejurus kelahiran, bayi anda akan diberikan suntikan Vitamin K untuk membantu proses pembekuan darah. Kenapa suntikan ini diperlukan untuk bayi anda? Penting sangat kah vitamin K ini? Bagaimana jika anda pengawal homeopathy? Sebelum membuat keputusan, jom sama sama kita kenali, siapa Vitamin K ini. Ia merupakan sejenis vitamin yang istimewa kerana ia boleh larut dalam lemak dan air. Secara ringkasnya, Vitamin K terbahagi kepada beberapa bentuk , bentuk utama K1 atau phylloquinone, anyak dijumpai pada tumbuhan dan haiwan, K2 (menaquinone) dihasilkan oleh bakteria dalam saluran usus manusia dan banyak haiwan. K3 menadione adalah pelopor vitamin K dalam bentuk semula jadi di dalam badan. Isunya di sini adalah, bayi yang baru lahir tidak dapat menghasilkan bentuk K2 (menaquinone) yang boleh menyebabkan mereka kurang agen pembekuan darah. Oleh hal yang sedemikian, pendarahn amat senang sekali berlaku terutamanya di tali pusat bayi. Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mengambil Vitamin K pada awal kelahiran bagi membantu proses pembekuan darah.


Ini adalah contoh Vitamin K. 1 ampule ini memgandungi 1ml/mg.

Suntikan yang kedua adalah Vaksin Hepatitis B untuk mencegah penyakit Hepatitis B ( Radang Hati). Hepatitis B ini biasanya dijangkiti melalui cecair badan, darah, air liur dan sebagainya. Jadi apabila CM menggoogle berkenaan dengan  bahaya Vaksin Hepatiti B ini, waaaah.. patutlah CM menerima penolakan dari beberapa ibu bapa yang terpelajar berkenaan dengan Hepatitis B ini, sangat banyak yang copy dan paste mana mana petikan dan diletakkan dalam blog masing masing untuk menyatakan bahawa vaksin ini sangat tidak bagus untuk bayi mereka. Buktinya dimana? Nak kata zaman datuk nenek kita dahulu tiada suntikan hepatis b? Cuba tanya pada diri sendiri cara hidup anda, sama atau tidak dengan mereka, anda masak dengan apa? Anda makan apa? Persekitaran anda bagaimana? Bersihkah udara yang anda sedut setiap hari? Fikir..... Saya tidak nampak dimana bahayanya Vaksin Hepatitis B apabila JAKIM sendiri mengeluarkan fatwa bahawa Vaksin Hepatitis B itu suci. Sila rujuk di Fatwa Vaksin Hepatitis B oleh JAKIM. Salah seorang blogger yang agak terkenal dengan buku Kamar Sutera, Semusim di Syurga dan Permata Yang Hilang kini dijumpai iaitu Encik Kereta Mayat juga turut mengulas berkenaan dengan paranoid ibubapa zaman sekarang. Anda boleh baca sendiri di blog beliau di sini. Fikir dua tiga kali, kerana jika anda menolak suntikan ini, anak anda mungkin akan mempunyai generasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Hepatitis B. Buat kajian yang sedalamnya terutama pada mereka mereka yang mengeluarkan kenyataan bahawa Hepatitis B ini membahayakan. 


Contoh Vaksin Hepatitis B.. 1 vial mengandungi 0.5ml dan diberikan kepada bayi sebanyak 3 kali. Yang ini adalah dos yang pertama, dos kedua dan ketiga sila dapatkan di klinik yang berhampiran tempat tinggal anda ^.^


Sumber : 1. Vitamin K 
               2. Fatwa Jakim
               3. Encik Kereta Mayat punya blog

Sekian, terima kasih.

Wednesday, December 3, 2014

Blogspot bertukar kepada dot com

Assalamualaikum and hellooooo readers! Itu tanda gembira >.< hihi.... Jika sekiranya anda pengikut atau follower blog ini, maka anda akan sedar bahawa chemisi.blogspot.com kini telah pun bertukar kepada chemisi.com. Terima kasih kepada Mr. J... Artis berbangsa iban/sea dayak kelahiran Sarawak. Hohoho.. Bangga jap.. Oleh itu, mulai hari ni, secaranya rasminya aku akan menggunakan nickname CheMisi @ CM, bukan Chief Minister ye.. Bukan juga CMS (cahaya mata sarawak) hihi..Bagaimana cara untuk menukar domain, itu kena bertanya dengan lebih lanjut dengan sifu Mr. Jdi web beliau www.pengerindu.com atau hubungi beliau melalui wechat dengan id 'pengerindu.com'. No telefon tak boleh letak, memandangkan beliau masih bujang, takut nanti menjadi gangguan seksual pula... Hohoho... Selain dari servis menukar domain, beliau juga membuat banner/header, facebookpage, personal cover, blog template modification & design serta freelance blogger guidance. Terima kasih bebanyak Mr. J.. tanpa kamu maka tidak lahirlah CM hari ini.. lalu berkuburlah CM ibarat labah labah ketiadaan kaki. Hihihi.


Ini sebahagian daripada buktinya, bahawa beliau bukanlah seorang scammer >.<

Garisan/line pada tudung/topi misi - maksudnya apa serta warga Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum reader.. Ada seseorang yang anonymous bertanya pada saya tempoh hari (dalam beberapa bulan lepas) Apa maksud line yang terlekat kat tudung misi ni. Saya pula tak terfikir selama ni bahawa orang awam tidak mengetahui makna makna yang tersembunyi.. Jadi, macam biasa, saya menggunakan khidmat en google untuk mencari makna maknanya (walaupun saya tau kan) tapi hasil dia kurang memuaskan. Ada yang terkurang dalam definisi kerja mereka. Kali ini, saya akan bawakan senarai pakaian seragam warga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk panduan semua.. Hoho, sesapa yang nak terasa mengular tu, boleh lah berjaga jaga ia selepas ni >.<

Sunday, July 13, 2014

Jumlah Jahitan Luka Jahitan selepas Bersalin

Assalamualaikum readers.. Lama nya laman ini bersawang tanpa pemerhatian.. Huhu.. Apa nak buat, misi nya sudah pun menjalankan tugas hakiki. Masa dan commitment lebih kepada tugas pula. Tiada masa untuk bergolek golek di hadapan lappy atau menulis secara rambang melalui Encik Iphone tercinta. "Nurse, berapa jahitan untuk luka saya?" Itu soalan yang acap kali client saya tanya selepas proses bersalin. Saya terkedu, tak tahu nak jawap macam mana, sebabnya menjahit kawasan peribadi wanita tidak sama dengan jahitan luka akibat kemalanganbiasa yang lain yang kita nampak jumlah jahitannya yang macam lipan tu >.<

Untuk pengetahuan, luka semasa bersalin terbahagi kepada beberapa stage iaitu :

1. 1st degree tear (iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina))
2. 2nd degree tear (kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur)




3. 3rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)
4. 4rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter duburdan mukosa dubur)

5. Episiotomy (keadaan luka lebih kurang dengan 2nd degree tear, tetapi kekoyakan ini adalah disebabkan gunting dan bukannya kekoyakan yang semula jadi.)



Kebiasaannya, saya hanya boleh membaiki stage luka pada 1st degree, 2nd degree dan episiotomy sahaja. Sekiranya lebih dari itu, terpaksa menyerahkan kepada yang lebih pakar. Dan benang yang digunakan adalah benang serap sendiri, tak perlu ke klinik untuk membuka jahitan yang terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. 2/0 (ecosorb) panjang benang 90 cm, jarum VH 35mm
2. 3/0 (ecosorb) panjang benang 75 cm, jarum RH 26mm (pendek serta halus sedikit berbanding dengan 2/0, biasanya digunakan untuk kulit perineal atau luka yang sangat sedikit)

Jadi, kesimpulannya, luka puan dijahit dari beberapa bahagian dan benang yang puan nampak dari luar mungkin 3 - 6 jahitan, bergantung kepada kepanjangan luka pada kulit, tetapi itu tidak mewakili semua jahitan yang ada kerana biasanya bahagian dalam juga mendapat jahitan yang lebih kurang banyaknya. Jangan ditanya berapa jahitan, kerana jahitan itu sendiri tidak terkira, luka yang kita dapat dari proses bersalin tidak sama dengan luka di tangan akibat terhiris pisau, kesakitannya pun tidak sama. Mungkin para suami melihat isteri dalam keadaan yang biasa, bahagian peribadi itu tidak dibungkus atau dibalut, tetapi, sebenarnya, itu adalah luka yang lebih teruk daripada luka anda jatuh motor ketika zaman muda anda. Hargai isteri yang sanggup menghadapi kesusahan tersebut tanpa anda merasainya.