Friday, January 1, 2016

Jenis jahitan yang dilakukan untuk luka bersalin normal

Assalamualaikum wbt, hi readers... Nampak macam aktif semacam je CM sejak akhir kahir kan? >.< Haha haha haha.. Sejak post Jumlah jahitan luka bersalin yang setakat ni mendapat perhatian lebih sedikit, CM nak berkongsi pula jenis jenis jahitan yang dilakukan oleh doktor dan para bidan di malaysia ni. Sejak akhir akhir ini, kecoh di ruangan FB mencari salah dan silap kami sebagai anggota kesihatan. Sangat menyentapkan hati.

Oklah, kita bercerita tentang luka episiotomy atau first degree tear, yang mana luka jenis ini adalah common, dan CM biasa melakukan prosedur menjahit. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan mengenalpasti luka tahap berapa. Kemudian, bersihkan kawasan yan hendak dijahit, (maksudnya adalah dengan menyediakan kawasan steril, supaya kadar jangkitan tu dapat dikurangkan. That is y, kalau boleh jangan lah pegang tangan tangan midwifery yang bersarung tangan tu ye.. Kang, puan puan juga yang susah.) biasanya, set episiotomy telah disediakan semasa layout kawasan tadi.

Ini adalah contoh item item yang ada dalam episiotomy set/delivery set.
2 Needle holder,
2 dissecting forcep (tooth & non-tooth),
1 episiotomy scissor,
1 cord scissor,
1 mayo scissor,
2 ateri forcep straight & curve.
1 gallipot (tiada dalam gambar)

Peralatan peralatan ini memang special untuk warga labor room saja :P