Sunday, November 6, 2016

Istilah dalam Buku Merah

Assalamualaikum wbt.. Kali ini CM ambil semula post post lama dari blog blog lama. Huhu ~~~ Bila sebut tentang buku merah, kebanyakan wanita yang telah berkahwin akan mengetahuinya, walaupun hakikat sebenar, buku tersebut berwarna pink.. >.< Jika buku tersebut berwarna kuning sekali pun, ia tetap dirujuk sebagai buku merah oleh misi misi di klinik/hospital kerajaan.

Topik CM simple je kali ini. CM cuma nak ajak ibu ibu kenal apa itu LMP, EDD, Gr, P A/N, P/N dan faktor risiko. 

Pertama sekali, selepas mengisi butiran ibu serta pasangan, misi akan tanya, bila tarikh pertama bulan terakhir ibu datang period? Contohnya dua bulan yang lepas, bulan September pada 13hb. Jadi LMP ibu akan ditulis sebagai 13.09.2016. LMP ini membawa maksud Last Menstrual Period. Dengan tarikh LMP ini, kita akan dapat menjangka tarikh bersalin, atau dikenali sebagai EDD (Expected date of delivery). Namun sekiranya ibu tidak mengetahui tarikh LMP, jangan risau,Tarikh jangkaan bersali akan kita dapati bila scan dilakukan dan kita kenali sebagai REDD (revise ecpected date of delivery). Jadi ibu ibu, jangan rimas bila misi bertanya, bila kali terakhir ibu ibu period. (Hari pertama ya, bukan hari terakhir), dan jika belum berkahwin sekali pun, pastikan anda mengetahui tarikh tarikh period anda. 


Bagaimana untuk mengira EDD? Ada dua cara : 

1) tambah 7 hari tolak 3 pada bulan LMP

atau

2) tambah 7 hari tambah 9 bulan pada bulan LMP

Contoh :

13.09.2016                                                                13.09.2016

13 (+7) = 20                                                              13 (+7) = 20
    9(-3) = 6                                                                  9 (+9) = 18 (-12 (setahun ada 12 bulan) = 6

Jadi, EDD : 20.06.2017                                          Jadi EDD tetap : 20.06.2017 

So, CM bagi beberapa contoh LMP untuk ibu ibu kira sendiri. Waahh.. Macam soalan matematik pulak.. Hahaha..

1) 01.03.2016           

2) 06.08.2016

3) 25.09.2016

4) 31.10.2016

Jawapan CM akan beri dalam komen. >.<

Gr dan P stand for  Gravida dan Para. Yang mana Gravida membawa maksud kekerapan mengandung. Maksudnya, berapa kali ibu ibu telah mengandung termasuklah kandungan luar rahim, atau kandungan yang mengalami keguguran atau yang digugurkan. Manakala Para membawa maksud kekerapan ibu ibu melahirkan, walaupun anak tersebut meninggal dalam perut (IUD) sekiranya cukup bulan akan dikira sebagai Para, atau anak meninggal setelah lahir, juga tetap dikira sebagai Para. Keguguran dikira apabila usia kandungan tidak melebihi 25/52 (sebut: 25 minggu) atau berat bayi kurang dari 500gm. Jika ibu ibu pernah mengalami keguguran, maka akan ditulis +(jumlah keguguran berlaku).

Sebagai contoh : Ibu mengandung 4kali, 2 kali melahirkan (seorang anak masih hidup, seorang lagi meninggal dalam perut dan cukup bulan), serta telah mengalami keguguran sekali. Kes ini akan ditulis sebagai G4P2+1. +1 akan kita highlightkan dengan pen merah, untuk menandakan bahawa ibu ini ada risiko untuk keguguran untuk kandungan yang seterusnya.

Sekiranya, ditulis sebagai G3P3 - ibu tersebut telah melahirkan one set of twin. Jadi jumlah anak yang dilahirkan oleh ibu adalah 3 orang, dan kandungan yang terkini adalah kandungan yang ketiga.

Seterusnya, Faktor Risiko. Disini pentingnya ibu ibu berlaku jujur dengan misi misi, kerana faktor risiko inilah yang akan menentukan bagaimana perawatan yang akan diberikan. Sekiranya ibu pertama kali mengandung, dan tiada sejarah perubatan atau pembedahan, faktor risiko adalah Primid dan tagging hijau. Kandungan kali pertama memerlukan perawatan yang berjaga jaga, kerana kita (misi)tidak mempunyai apa apa sejarah berkenaan dengan kandungan lepas. Namun, sekiranya kandungan tersebut bukan yang pertama, ibu ibu digalakkan membawa buku merah kandungan yang sebelumnya untuk kita mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Contohnya, ibu mengandung sebanyak 4 kali, kelahiran pertama czer, kelahiran kedua Vaccum, kandungan ketiga, keguguran dan ini adalah kandungan yang keempat. Dalam tempoh mengandung yang sebelumnya, ibu mengalami kencing manis semasa mengandung (diet control), dan jarak kelahiran yang terakhir dengan tempoh ibu mengandung kurang dari 2 tahun, maka faktor risiko ibu akan ditulis seperti berikut.

1) 1 prev scar (Poor Progress)
2) h/o vaccum assisted delivery
3) h/o abortion x1
4) h/o GDM on d/c
5) poor spacing (LCB<2yrs font="">

LCB stand for Last Child Birth. Dan kesemua faktor risiko ini ditulis dengan pen merah. Namun, sekiranya pada awal kehamilan tidak mempunyai masalah, namun dalam masa kehamilan ibu mengalami kencing manis semasa mengandung dan darah tinggi semasa mengandung yang memerlukan rawatan. Faktor risiko ibu akan ditulis :

1) GDM on d/c
2) PIH on rx

Faktor faktor risiko ini akan menentukan tagging buku puan berwarna apa di ruangan A/N (antenatal - semasa mengandung)

Tagging Putih - kes boleh dikendalikan oleh JM/PHN di klinik. Tagging putih juga boleh bersalin di rumah dengan pengawasan dari JM/PHN.

Tagging hijau - kes dikendalikan oleh JM/PHN di bawah seliaan Dr di klinik. Kes ini tidak boleh bersalin di rumah.

Tagging Kuning - kes dirujuk kepada O&G hospital/FMS (Family Medicine Specialist)/ Pakar Perubatan Keluarga di klinik. Kes dikendalikan bersama O&G hospital dan Pakar di klnik kesihatan.

Tagging Merah - kes dirujuk dengan segera ke hospital.


Dan yang terakhir CM nak kongsikan, adalah bagaimana untuk mengira POA. Iaitu mengira usia kandungan.

Contoh :

LMP : 12.02.2016
Tarikh lawatan : 05.05.2016

Feb : 28hari  (-12hari) = 16hari
Mac : 31hari
Apr : 30hari
May : 5hari (sehingga tarikh lawatan)

Total : 16 + 31 + 30 + 5 = 82hari

82hari bahagi 7hari = 11/52 + 5/7

POA = 11/52 + 5/7 atau 11 minggu 5 hari.

So, setakat ini topik kita hari ini. Selamat malam :)






14 comments:

Anonymous said...

Assalam misi..selalu dlm buku pink dr tulis ape ye bg merujuk gender baby..tq

LangsirPink💕 said...

Apa maksud RV

Unknown said...

Review

Naruto said...

Review.. masa utk doctor review bukaan patients..

Unknown said...

Apa Mksud PMC

Hidayah said...

Apa maksud LCB ya

Anonymous said...

apa maksud "Primi"

Anonymous said...

Maksud usod ?

Anonymous said...

maksud RME

Anonymous said...

Last child birth

Anonymous said...

Unsure of date

Anonymous said...

Routine medical examination

Anonymous said...

Primigravida - 1st time pregnant

Anonymous said...

Apa meaning MO RV scan

Post a Comment

thanks for commenting >.<