Sunday, November 20, 2016

#Bahaya_Menggoncang_Bayi



#Bahaya_Menggoncang_Bayi

"Eeee.. Geram aku dengan Baby Dahlia ni. Rasa nak gigit-gigit sahaja." Kata Alia kepada kakaknya yang baru 40hari melahirkan itu.
Sambil tangan mendukung Dahlia, Alia mengacah-ngacah dan menggoncang-goncangkan anak buahnya bagi tujuan mengagah..
Kekiri kekanan kepala anak buahnya yang masih belum kuat itu mengikut rentak getar tangan bapa saudaranya. Dari kelihatan tertawa kegelian, Baby Dahlia mula menangis serta merengek. Tangisan bertambah kuat apabila Dahlia mula diletakkan di 'cot'nya.
Sangka ibu Dahlia, bayinya menangis kerana keletihan ekoran tidak putus-putus menerima lawatan rakan-rakan ibunya sempena kelahirannya yang telah 3 tahun ditunggu-tunggu.
Tapi menjelang tengah malam; Dahlia mula muntah-muntah, menolak untuk disusukan selain kelihatan sukar untuk bernafas.
------
Gejala diatas dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome. 95% kejadian berlaku kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Ia merupakan perdarahan yang berlaku di bahagian luar otak kana-kanak yang berumur 2 tahun kebawah dipanggil 'Subdural Haemorrhage'. Ia dikenalpasti beserta dengan keretakan tulang dada dan perdarahan di dalam mata.

Perkara ini boleh terjadi kerana kanak-kanak/bayi mempunyai kawalan leher yang lemah disebabkan tekanan kuat yang diberi lalu menyebabkan kecederaan. Goncangan kuat menyebabkan gegaran di bahagian lembut tengkorak lalu memberi tekanan kepada saluran darah di otak - menyebabkan ia pecah lalu berlakulah perdarahan subdural.


Kejadian boleh berlaku jika ;
Kanak-kanak/bayi digoncang-goncang. samaada semasa didukung, dibuai laju dalam buaian,
Kanak-kanak/bayi dilempar ke dinding,
Kanak-kanak/bayi jatuh tidak sengaja kelantai.
Kanak-kanak/bayi ditampar.
** Kurang kesabaran dalam menghentikan tangisan bayi yang berterusan menyebabkan perkara di atas terjadi.
** Selain itu, punca tekanan hidup atau pergaduhan ibu dan bapa, menyebabkan mereka cepat berasa marah ditambah lagi anak-anak yang meragam. Ia juga menyebabkan perkara di atas boleh terjadi.

Tanda-tanda kanak-kanak/bayi dengan 'shaken baby syndrome';
❗ Kurang menyusu, tiada selera makan
❗ Muntah-muntah
❗Demam yang rendah
❗Sawan
❗Resah gelisah yang akut
❗Kurang tindakbalas
❗Tidak sedarkan diri (coma)
❗Pernafasan tidak sekata

Bayi kes yang tidak kelihatan tanda fizikal, ia boleh dikenalpasti apabila kanak-kanak/bayi kelihatan pucat, perdarahan di lapisan mata (retinal haemorrhage), retakan ditulang dada, retakan di tengkorak kepala.

**Retinal Haemorrhage hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mata iaitu funduscopy, tanda menjadi nyata jika bayi/kanak-kanak dicekik terutama bagi kes penderaan.
Shaken Baby Syndrome ini, jika tidak menyebabkan kematian pun; ia akan menyebabkan kecacatan kekal pada penglihatan (buta), cerebral palsy, terencat akal, sawan yang berterusan, kelewatan dalam perkembangan serta pertuturan, pekak.

Faktor risiko kejadian ini terjadi kebiasaannya berlaku kepada;
* Ibu Bapa yang muda kurang ilmu serta kesabaran dalam memenuhi keinginan bayi.
* Stress
* Pengaruh alkohol/Dadah
* Penderaan/Domestic Violence
* Institusi kekeluargaan yang tidak stabil
* Kemurungan

Sebagai ibu bapa, jika kanak-kanak/bayi menangis dan gagal menghentikan tangisan mereka, anda boleh;
~ Menenangkan diri dahulu.
~ Pastikan punca bayi menangis contoh, kembung perut atau mungkin ada mengalami luka atau kecederaan yang menyakitkan mereka.
~ Berhenti dari menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca tangisan bayi atau; menyalahkan bayi.
~ Dukung anak bagi memberikan keselesaan kepada bayi, peluk dan bawa bayi berjalan sebentar.
~ Cuba untuk bercakap dengan bayi; kalau menyanyi boleh menenangkan bayi, lakukan ia.
~ Jika tidak berjaya; serahkan bayi kepada pasangan atau panggil ahli keluarga lain yang dikenali bayi nagi tujuan memberi moral support atau membantu memujuk bayi
~ Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bukanlah ibu bapa terbaik. Anda perlu tahu bahawa bayi akan kerap menangis dan menangis merupakan ekspresi utama mereka.

Anda perlu tahu, bayi mungkin menangis kerana,
✔ Lapar
✔ Pampers penuh
✔ Kembung perut
✔ Merasa terlalu panas/sejuk
✔ Merasa kurang sihat
✔ Kurang selesa kerana ruam lampin
✔ Baru mahu tumbuh gigi
✔ Letih
✔ Diberikan gangguan tanpa henti
✔ Terluka/Tercedera.
-----
Ada kes kejadian Shaken Baby Sundrome ini disebabkan Non Accidental Injury ataupun kecederaan secara tidak sengaja. Kes dibawa oleh ibu bapa kerana bayi/anak mereka kelihatan kurang aktif atau ada lebam di kepala. Banyak kes sebegini terjadi dan menimbulkan tanda tanya kepada kami di bahagian kesihatan. Apakah punca kejadian ini berlaku?.
Sebenarnya, bayi tidak mudah cedera jika cara pengendalian kita adalah betul. Tidak renyah sebenarnya menjaga kanak-kanak atau bayi, pokok pangkalnya diri sendiri.
Sebab tu Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, makahendaklah ia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber : KKM D.o.N

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<