Thursday, November 24, 2016

8 Prosedue sebelum ke dewan bedah yang perlu anda tahu.

TOLONG LAH JANGAN MELENTING / NAIK ANGIN / BENGANG APABILA JURURAWAT NAK INTERVIEW ‘SOALAN BODOH’ SEBELUM ANDA MASUK KE DEWAN BEDAH.SEBAB BAGI ANDA ITU ADALAH PERKARA BODOH TAPI IA SEBENARNYA SANGAT MEMBANTU DALAM MENYELAMATKAN NYAWA ANDA.
Update status / selfie / 3G sebelum nak masuk dewan bedah boleh , takkan jururawat nak tanya soalan sikit pun nak melenting ?
Bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan , sebelum kami menghantar anda ke dewan bedah , kami diwajibkan untuk bertanyakan beberapa soalan yang agak ‘bodoh’ dan berulang-ulang yang wajib anda jawab.Tak kira anda suka atau tidak dengan soalan-soalan tersebut , anda harus memberikan jawapan kepada kami dengan jujur dan tepat.Ia dikenali sebagai “PRE-OPERATIVE CHECKLIST”
Ini sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang ‘error’ atau kesilapan sepanjang proses menghantar pesakit ke dewan bedah sehinggalah pembedahan selesai.Selain itu ,pastinya dapat mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi semasa pembedahan dijalankan.
Yang menjaga pesakit di wad (adik,abang,kakak,makcik,pakcik,jiran) kepada pesakit tak perlu lah sibuk-sibuk nak tolong menjawab sebab kami hanya memerlukan jawapan daripada mulut pesakit itu sendiri melainkan pesakit adalah berumur 18 tahun ke bawah di mana ‘Consent’ (Keizinan Pembedahan) mereka ditandatangani oleh ibu-bapa atau penjaga masing-masing.

Image result for before go to operation theater anime
7 ‘SOALAN YANG ANDA ANGGAP BODOH’ YANG JURURAWAT AKAN TANYA SEBELUM ANDA MENJALANI SEBARANG PEMBEDAHAN.
* • 1-Nama – Walaupun anda sudah seminggu menginap di wad,walaupun kami dah kenal dan ingat nama , anda tetap perlu menjawab soalan ini kerana kami memerlukan untuk counter/double check samaada nama yang anda sebutkan adalah sama dengan yang tertera pada ‘consent’ (Keizinan Pembedahan) / sama dengan wrist tag (gelang tangan) anda.Nampak macam bodoh , tapi kalau silap Nampak tak komplikasi nya macamana ?
* • 2-Consent – Kami perlu memeriksa keizinan pembedahan , memastikan semua yang terdapat pada keizinan pembedahan tersebut adalah seperti yang telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pesakit.
Contohnya : Pembedahan apakah yang ingin dijalankan ? Pada anggota mana ? (Kaki/tangan/perut? Tarikh pembedahan , Nama dan No pengenalan diri yang betul serta pesakit perlu memastikan tandatangan adalah yang diturunkan oleh pesakit sendiri atau penjaga / waris yang menjaga.
* • 3 - Bahagian yang ingin dibedah – Memastikan bahagian yang ingin dilakukan pembedahan samaada anggota sebelah kanan atau kiri.(Takut nanti nak potong kaki kiri terpotong kanan) Contoh kalau pembedahan tersebut adalah pada bahagian kaki.
* • 4 - Memeriksa samaada kawasan yang ingin dibedah di TANDA (Marked)
* • 5 - Status diet –Kami perlu memastikan dengan tepat samaada pada masa tersebut anda sedang berpuasa (NBM)/NIL BY MOUTH / dibolehkan minum air kosong sahaja atau TIDAK BERPUASA ? Pada jam berapa anda berhenti mengambil sebarang diet ? Anda ada merokok atau tidak ? Ini penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa pesakit menjalani pembedahan.Contoh – Aspiration Pneumonia di mana komplikasi pada paru-paru disebabkan tersedut bahan-bahan seperti makanan ke dalam salur pernafasan.Salur pernafasan block,then…pandai-pandai fikir sendiri.
(Sebab tu Misi dan doktor sangat marah kalau kami minta anda BERPUASA tetapi anda bantai makan di belakang kami.Tak cukup dengan itu,anda tipu kami cakap anda puasa semasa sesi bertanya soalan ini sedangkan anda TIDAK BERPUASA.Kalau kami dapat kantoikan anda tak puasa,so jangan lah marah kami kalau pembedahan anda ditunda keesokan harinya.Dah lah kena tunda,kena pulak puasa satu round lagi) Kesian kan ?
* • 6 - GIGI PALSU/BARANG KEMAS/CONTACT LENSES – Kami perlu memeriksa samaada anda memakai gigi palsu / barang kemas / contact lens.Jika ada,anda perlu menanggalkan kesemua barang tersebut bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dalam proses pembedahan dijalankan.Pewarna kuku (cutex) perlu juga ditanggalkan dan perlu memaklumkan kepada kami jika ada terdapat gigi yang goyang.
Segala barang besi tidak digalakkan kerana dikhuatiri kulit anda akan terbakar disebabkan penggunaan alat untuk 'membakar' atau menghentikan perdarahan di dalam dewan bedah adalah dari sumber elektrik.
(Janganlah malu nak mengaku pakai gigi palsu,nak cover macho/ayu anda menipu dan membahayakan kesihatan anda sendiri)
* • 7 - Ubatan (Premedication)-Memastikan anda ada mengambil sebarang ubatan sebelum / beberapa jam sebelum pembedahan.Memberi ubatan (ubat tidur) kepada anda seperti yang diarahkan doktor bius mengikut dosej yang ditetapkan.(JIKA ADA) Ini membantu anda 'berehat' atau dapat tidur sebentar semasa pembedahan dijalankan.
* • 8-10.Jururawat memeriksa segala keperluan dan fail anda adalah sempurna.
Contohnya : Beg darah yang ingin dibawa ke dewan bedah adalah cukup (Jika pembedahan memerlukan pesakit menerima transfusi darah akibat berlaku pendarahan yang banyak semasa pembedahan / Xray pesakit-contoh xray dada bagi pesakit yang berusia / fail kemasukan pesakit ke wad yang terdahulu (JIKA ADA) / Memeriksa tekanan darah dan nadi pesakit sekali lagi sebelum ke bilik pembedahan / Bertanya samaada pesakit mempunyai sebarang ‘alergi’ ke atas ubat-ubatan.
*Sebarang keabnormalan dan masalah kami akan terus laporkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan seterusnya.Jika tiada sebarang masalah berbangkit…
DAN,barulah kami boleh meneruskan perjalanan menghantar anda ke dewan bedah dengan hati yang girang.
Jangan gembira sangat ye,sebab nanti kat dewan bedah anda akan ditanya sekali lagi soalan yang sama oleh jururawat bertugas di dewan bedah pula =) Stress kan ?
Jangan risau dan stress sangat sebab semua tu kami buat untuk kepentingan diri anda sendiri.Dan DOA kami sentiasa bersama supaya pesakit kami kembali ke wad dengan selamat dan gembira.
*Penerangan ini adalah bagi jabatan surgikal/pembedahan.Setiap jabatan mempunyai prosedur yang berbeza.

Sumber : KKM D.o.N

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<