Wednesday, November 23, 2016

Atasi sembelit semasa berpantang. Ikut 7 cara mudah ini....

DIBELENGGU PERUT MEMULAS,FESES PULA TAK NAK KELUAR BAGI IBU-IBU LEPAS BERSALIN YANG ADA LUKA JAHITAN (EPISIOTOMI)😰
-------------------------------------------------
Pastinya hampir semua ibu yang mempunyai luka jahitan episiotomi selepas melahirkan mempunyai masalah yang amat menyeksakan ini.
Menjawab pertanyaan seorang ibu yang baru sahaja 3 hari selamat melahirkan , tentang ubatan atau cara bagi memudah dan mempercepatkan pengeluaran feses/air besar.
1. Bagi ibu-ibu/bakal ibu , semasa HAMIL seeloknya melebihkan meminum air , memakan sayuran dan makanan yang tinggi zat fiber bagi membantu anda mudah untuk membuang air besar.Juga sebagai persediaan melalui hari yang mendatang di mana anda pasti akan mengalami kesukaran dalam pembuangan feses/ sembelit yang boleh memberi kesan kepada jahitan (mudah terbuka)

Image result for syrup lactulose2•Sebaiknya , sebelum discaj , minta lah para suami anda untuk membeli siap-siap ubatan untuk melawaskan dan mencairkan najis sebagai persediaan kelak. Contoh : Syrup Lactulose.

3•Untuk tindakan "kecemasan" dalam tandas bagi menangani masalah puan tersebut adalah meminta suami terus ke farmasi berdekatan , membeli satu ubatan iaitu "ravin enema".Mengambil ‘Ravin Enema’ segera yang mana ia memberikan effect yang sangat cepat dengan membantu dan membuatkan si ibu rasa hendak meneran langsung membantu pengeluaran feses dengan cepat.Ini adalah cara terbaik walaupun pengambilan Ravin Enema adalah satu perkara yang amat menyeksakan.
Related image
Cara menggunakan Ravin Enema inshaallah ahli farmasi akan terangkan siap-siap/atau anda boleh google.

4•Elakkan daripada menggunakan tandas jenis mencangkung.
-Sebaik-baiknya gunakan lah tandas jenis duduk kerana tandas mencangkung akan memberi tekanan pada jahitan dan membuatkan si ibu merasa sangat sakit.Secara tidak langsung,si ibu akan lebih memfokuskan kearah sakit lebih daripada perasaan ingin melabur itu sendiri.Maka berlakulah perang psikologi di situ.Feses nak keluar pun malu-malu.

5•Bagi yang tidak mempunyai tandas duduk di rumah jangan lah risau.Anda boleh menggunakan tandas cangkung dengan cara meluruskan kaki ke depan.Memang agak menyiksakan namun menggunakan tandas mencangkung secara "normal" adalah 10x lebih memeritkan.

6•Bolehlah mengambil supplement seperti Prune Inner Shine , meminum air yogourt/Bliss yang mempunyai fungsi melawaskan.

7•Banyakkan memakan buah-buahan yang sangat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Perkara utama kena lah berjaga2 daripada mendapat sembelit sebab ia boleh buat kan ibu memaksa untuk meneran dan jahitan pun akan mudah terbuka.Amalkan petua-petua untuk mengelakkan sembelit.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<