Sunday, November 20, 2016

Kisah jauh dari Saudi



NURSE SAUDI KESUNYIAN?

Kontroversi belum habis lagi, laporan polis dah dibuat oleh sahabat sy yg menjadi mangsa amarah seorang manusia bergelar MUSLIM. hanya kerana beberapa keraguan. Dan yang paling tragik, bila secara tak langsung beberapa individu berkaitan menjatuhkan
kerjaya Jururawat, Sama2 islam ( saya tknk ckp sama2 melayu sebab melayu macam layu je)pun nak marah.. hiris dgn pisau gilet pun berdarah jugakk. bukan kebal pun kan..


Lupakan Florence Nightingale. Saya nak memperkenalkan seorang Jururawat Islam yang seharusnya menjadi idola yang hakiki dan sejati.

Beliau ialah RUFAIDAH BINTI SA'AT. Rufaidah adalah jururawat terlebih awal beberapa ratus tahun sebelum Florance. Jururawat perang ketika zaman Rasulullah yang merawat ramai panglima perang di zaman Rasulullah. Saya cadangkan angkatlah nama besar ni sebagai idola.
Ayahnya seorang Doktor, memandangkan ayah beliau sibuk mengubati panglima perang yg tercedera, Rufaidah membantu ayahnya merawat. Beliau juga melatih ramai jururawat pada zaman itu.

Baca kisah Rufaidah..berlambak dalam google, boleh cari articles by By Prof. Dr. Omar Hasan Kasule, Sr..fakta bukan auta.
Mentaliti di Malaysia, jururawat lebih kepada seorang berpakaian putih ala kapan yang bekerja di hospital dan klinik. Kalau di bilik bersalin, garang mcm mak tiri, tukang maki patient yg nak bersalin, tukang tunggu kaunter dan tkang ikut belakang doktor,
Bukan orang lain, sy sendiri selalu dimomokkan oleh keluarga, jangan buat itu ini, nanti nurse dtg cucuk. Sampaikan sanggup ponteng sekolah semata-mata takut berjumpa nurse,

GAJI
Bukan nk pertikaikan gaji kita di Malaysia--- Just nak cerita.
Nurse Lepasan Diploma di Malaysia berdasarkan gred 29/u29 iaitu dari RM 1600 ke atas ( maaf jika saya silap) .
Saya ada kenalan yang berkhidmat lebih 15 tahun sebagai nurse di KKM dan gaji beliau boleh mencecah RM 5k termasuk elaun. Tak beza dgn gaji penjawat awam yang lain. Jika ada IJAZAH, boleh upgrade ke U41/42..maka tangga gaji pun akan berubah.
Saya andaikan. Kalau guru ada peluang kerja di Oversea -tiada beza pun dgn jururawat, mesti semuanya berlumba2 juga nk merasa kehidupan bergaji taraf JUSA
Jadi sebagai rakyat malaysia yang teringin memperbaiki taraf ekonomi keluarga ( walaupun ada yg bgtau nak cari pengalaman)
peluang untuk bekerja di luar negara adalah sgt bagus. apa salahnya mencuba, ada yg pergi 1 tahun, 2 tahun, ada yang 10 tahun tak balik2 lagi,,dh selesa di sana kan..
Gaji? takkan kurang dari 10 ribu Ringgit Malaysia. bergantung pada hospital, ada hospital yang bg basic rm 10k, ada yang dapat 13 k basic, masuk elaun/OT ada yang cecah sampai 18k. Setiap tahun dapat sebulan bonus. cuti tahun 60 hari.,TAX FREE taw..you hado??
Isu kesunyian? mustahil! Teknology sana sgt canggih, skype boleh 24 hours online, anytime boleh whatsapp call, siap ada video.
dah duit banyak,,
Tiket flight boleh beli anytime. Ada yang 5 kali setahun balik, pantang ada cuti, seminggu pun sanggup balik. apa masalah? Ambik contoh anak2 keluarga kita bertugas jadi guru di sabah Sarawak? tkde beza punnn..

Setiap minggu kalau ada kelapangan boleh lah buat umrah ke Mekah dan ziarah ke Madinah. kos lebih kurang RM 1K je kalau terbang dari Riyadh, Kalau dari jeddah pula, RM 200 je kot tambang nk gi Mekah.
Kita di malaysia ni? tunggu promosi pakej umrah murah2.. tkde 5 k jgn mimpi nk perform umrah.
Kehidupan di sana tersangatlah mewah, Shopping Mall mengalahkan KLCC, Bandar bercahaya, boleh pakai baju branded2, no way to loneliness..

Nak melancong? anytime, Saudi Arabia terletak tengah2 dlm maps dunia- balik Malaysia boleh, nk terbang ke Europe pun boleh, London? US? kacang je, anytime boleh gi kalau nak.
Saya sangat menghormati kawan2 saya yang pergi untuk merubah taraf hidup di sana. Sangat bagus mengembangkan minda dan balik malaysia, boleh share dgn kami yang kebanyakkannya masih dalam kotak mancis.Member2 semua orang international, yg tak pandai speaking automatic jd pandai,Confident level graf menaik.balik malaysia selamba je ckp omputih tanpa malu..
Buat sahabat2 di Saudi, saya doakan kamu semua selamat di sana, Doakan saya juga jika ke Mekah dan Ziarah di Madinah. Saya rindu nak ke sana semula tetapi buat masa ni sy masih diperlukan di Malaysia, tiada isu hasut kawan2 ke Saudi, hanya isu Berani atau tidak.
U all in a middle class category.
Kesimpulannya.-- fikirlah


Sumber : KKM D.O.N

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<