Tuesday, October 2, 2012

Air Selusuh - Kesan kepada ibu mengandung

Assalamualaikum sahabat alam maya... Hari ini terlalu banyak idea yang berlari dan berlumba lumba dalam kepala, tapi dek kerana aku semakin penat, aku tidak mampu untuk mengeluarkan semuanya. Mungkin ada nanti. Entry kali ini takde gambar ye.. Huhuhu..

Air selusuh. Biasanya orang melayu kita arif berkenaan dengan air tersebut. Disebabkan aku bukan dari kalangan melayu, aku mendapat info ini serba sedikit daripada kawan kawan. Menurut mereka, air tersebut adalah air biasa yang dibacakan dengan ayat ayat suci al Quran oleh orang orang yang bertauliah. Umpamanya seperti air Yassin. Air selusuh ni dipercayai untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dulu lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, seperti tumpah darah, pecah air ketuban atau sebagainya.


Tetapi, melihat kepada pengalaman aku yang sentiasa berhadapan dengan ibu ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, aku sangat tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab, dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, dipersilakan :

Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin untuk mengelakkan sebarang risiko berlaku. Contohnya, jika ibu terpaksa menjalani pembedahan, ada kemungkinan air atau makanan akan masuk ke paru paru disebabkan semua sistem dalam badan akan berada dalam keadaan relax.

Kedua : Air Selusuh ini seolah olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan waktu nya belum tiba. Ini lah yang akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang menggunakan air selusuh ini meracau akibat tidak tahan dengan kesakitan. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. Tidak kurang juga, yang dibantu dengan vakum dan forcep, gara gara amalan ini.

Ketiga : Ini pandangan peribadi aku sebagai seorang Islam. Apabila kita cuba memasukkan sesuatu yang suci dalam badan kita, dan kita sendiri belum tentu 'suci' lagi. Ini akan menyebabkan kita menanggung kesakitan yang agak luar biasa. Bak kata mereka, sakit itu adalah cara menghapus dosa. Betul, tapi bukan dalam keadaan sebegini. Anda faham apa yang ingin aku sampaikan? Bahasa mudahnya, seoalah olah kita menyentuh al Quran dalam keadaan kita sendiri tidak berapa nak bersih. Kadang kadang seolah olah kita mengharapkan air tersebut daripada Allah sendiri.

Jadi pesanan aku kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Aku yakin, air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang ada dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.

Setiap kali, melihat senario begini, aku sangat merasa kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu. Dan, yang terakhir pesanku, amalkanlah doa ini setiap masa - Laillahha anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Aku bukan alim ulama, aku cuma manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang kadang terlupa, terlalai, entry kali ini, untuk diri ku sendiri dan juga kalian. Semoga kita mendapat manfaatnya. Wassalam ~

7 comments:

Anonymous said...

Doa itu mmg sangat banyak khasiatnya :-) InsyaAllah mmg akan memudahkan ibu melahirkan anak. Saya rasa hujah Afina memang ada benarnya, dan penggunaan air air selusuh (kalaupun mahu digunakan) ada cara dan masanya. Pasangan perlu dapatkan nasihat dari bidan2 yang berpengalaman sebelum decide untuk gunakan air selusuh ini hehehh info Afina ini sangat bagus :-)

Anonymous said...

air selusuh selagi guna ayat al quran xde mslh. bkn kita pegang kitab suci. hanya bantuan je air selusuh tu. semua ketentuan allah. kalau allah nak mudahkan alhamdulillah. senang je semua urusan. kalau terlalu percaya air selusuh boleh jatuh syirik sbb menduakan allah. pengalaman saya Dr baru2 ni agak keterlaluan sbb marah penggunaan air selusuh. air tu sama je mcm air minum biasa. beza air tu kita mintak doa je. kalau dah allah nak duga apa daya kita. mungkin ade hikmah disebalik dugaan tu. jgn la para doktor marah pesakit yg dah sakit nak bersalin tu sbb minum air selusuh. kita xtau sbb semua tu.

kotak kosong said...

Salam Anonymous..Pertama sekali, bagi pihak anggota kesihatan saya mohon maaf atas peristiwa itu. Sebenarnya Dr atau sesiapa saja yang menjadi anggota kesihatan, ada sebab marah dan mereka juga manusia yang tidak lepas dari nafsu marah itu sendiri. Untuk pengetahuan, kami dibebani tanggungjawap untuk menyelamatkan dua nyawa dalam masa yang sama. Dan apabila ibu dalam kesakitan, mereka kadang kala tidak mampu menerima kesakitan tersebut dan menyukarkan mereka menerima arahan. Saya tidak menyalahkan mana mana pihak, tapi ibu dalam keadaan yang hendak melahirkan adalah situasi kecemasan dan mereka sangat tidak digalakkan untuk minum atau makan sepanjang tempoh berada di dalam Bilik Bersalin, ini bagi mengelakkan komplikasi yang bakal berlaku sekiranya pembedahan terpaksa dijalankan. Jadi, saya mengharapkan masing masing faham dengan tugas kami dan menerima seadanya bahawa kami juga manusia yang melakukan kesilapan :) TQ

Anonymous said...

Ape bezanya ngan induce using IV pitocin ?... Boleh dibahaskan ?

kotak kosong said...

Salam Anonymous... Kita akan bahaskan tajuk IV Pitocin VS Air Selusuh.. Insyallah.. Doakan, saya ada masa :) Terima kasih atas sokongan :)

kotak kosong said...

Jawapan untuk Iv pitocin.... Sila ke sini ye.. :) http://chemisi.blogspot.com/2013/10/intravena-pitocin-versus-air-seluruh.html

Unknown said...

asalam saya anak kedua minumair selusuh alhamdullilah senang

Post a Comment

thanks for commenting >.<