Thursday, December 24, 2015

Hukum mandi wiladah - dari pandangan seorang ustaz

HUKUM MANDI WILADAH!

Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?

Jawapan

Sunday, December 20, 2015

Kencing manis semasa mengandung - GDM

Assalamualaikum wbt, hi all... (nafas lega.. )

Entry kali ini, Cm nak ketengahkan tentang topic kencing manis semasa mengandung atau medical termnya adalah Gestational diabetic Mellitus (GDM). Diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana metabolism karbohidrat terganggu di dalam badan ibu. Ini disebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak cukup dari sel Islets of Langerhans di pancreas. Pendek kata, GDM ini adalah intoleren karbohidrat yang menyebabkan hyperglycemia (terlebih kadar gula dalam darah) yang berbeza keterukan dengan onset(kenalpasti) pertama kali semasa kehamilan - WHO 1999.

Bagaimana???

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormone yang dihasilkan oleh placenta/uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin (insulin resistance). Beberapa hormonseperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan menganggu pengeluaran insulin. Placenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, yang mana akan menyebabkan lebih banyak hormone penghalang dikeluarkan dan menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Lazimnya, organ pancreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Namun, jika gagal, maka GDM akan berlaku.

Thursday, December 17, 2015

Kelahiran czer - Selamatkah?

Assalamualaikum wbt, hi all....

Kelahiran czer (caesarian section) kebiasaannya jarang ada ibu yang meminta. (Walaupun sekarang ramai para ibu yang memohon untuk czer dek kerana tidak tertanggung sakitnya contraction.) Kelahiran czer ini kita bahagikan kepada 2; iaitu Elective Lower Segment Caesarian Section (ELLSCS) dan Emergency Lower Segment Caesarian Section. ELLSCS biasanya adalah untuk ibu ibu yang memang mengalami komplikasi semasa mengandung dan kita telah tetapkan tarikh untuk melakukan pembedahan. Biasanya dalam keadaan sebegini adalah untuk ibu ibu yang mengalami beberapa masalah :

Indikasi absolute : (kes kecemasan)
1. Placenta previa Type II posterior, III dan IV (uri di bawah)
2. Contracted pelvis (CPD) - keadaan tulang pelvis yang tiedak membolehkan ibu  ersalin secara normal
3. Abnormal lie (baringan bayi dalam Rahim tidak normal - melintang)
4. Fetal distress di peringkat pertama labor (bayi lemas)
5. Placenta abruption dengan bayi masih hidup (uri lekang dan menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi bayi masih lagi hidup)
6. Cord prolapse semasa peringkat pertama labor
7. Twin, conjoint twin

Indikasi relative (kes elektif)
1. Primigravida (kandungan pertama) dengan prentasi breech terutama dalam extended breech 9bayi songsang).
2. Elderly primid dengan servik yang rigid (kandungan yang pertama bagi ibu yang berusia dan serviknya agak ketat)
3. GDM yang dikaitkan dengan fetus yang besar
4. sejarah obstetric yang buruk (contoh, menpunyai darah tinggi yang tidak terkawal. mempunyai masalah jantung yang berisiko tinggi)
5. Gagal dalam induction of labor
6. Gagal dalam trial of labor (failed vaccum/forcep)

Jenis jenis czer terbahagi kepada dua:
1. Lower segmen caesarean section (LSCS)
2. Classical caesarean section (CCS)

LSCS adalah dilakukan secara melintang dibahagian segmen bawah uterus (dan prosedur yang diamalkan di kebanyakan hospital ketika ini.)

Kebaikan LSCS
1. Penyembuhan luka yang cepat
2. Kurang risiko ruptured utrerus semasa kehamilan yang akan dating
3. kurang  mengalami pendarahan dan jahiran luka lebih kemas kerana lapisan kulit dan tisu yang nipis

Kelemahan LSCS
1. Kecederaan bladder mungkin berlaku kerana kedudukannya berdekatan dengan bladder (pundi kencing)
2. Infeksi (jangkitan) senang berlaku kerana berdekatan dengan genitalia (private part)

Tuesday, December 15, 2015

Salahkah merebus botol susu anak?

Assalamualaikum wbt..

Dua tiga hari lepas, CM ternampak satu posting di facebook dalam bahasa indonsia yang menyatakan bahawa merebus botol susu anak adalah perbuatan yang membahaya kepada bayi yang mana boleh menyebabkan kanser mulut. Seharusnya, untuk mensterilkan botol susu, hanya perlu bilas dengan air hangat saja.

Al kisah bermula, bila botol susu Si Kecik hilang entah ke mana, dan CM baru terjumpa botol susu tersebut pagi tadi. Sudah dua minggu botol susu itu bersembunyi bawah kerusi urut bapaknya, berkeladak, Nak buang? Alamak, sayang gila. Nak guna? Rasa was was. Aduh pening kepala dibuatnya. Sudahnya, CM cuci, dan rebus. Biarkan sejuk, kemudian cuci lagi, dan rebus lagi. Dan berharap agar, botol susu itu tidak memberi mudarat. Jauh di sudut hati, rasa mau campak je botol susu tu jauh jauh. Takut pula ada orang yang kecik hati. Al maklumlah, ori botol Avent kan. Made in UK lagi. Katanya. (banyak beza kalau botol Avent yang asben CM beli di stokis dia dengan yang CM beli kat Lazada). nanti kita update pula yang itu.

Tidak salah 100% untuk merebus botol susu. Pastikan anda mengenal botol susu anak anda. Sekiranya botol tersebut menpunyai label BPA free, atau 0% BPA, adalah selamat untuk merebus botol susu anak. Zaman sekarang, sudah pasti ramai ibu bapa yang tahu berkenaan dengan BPA. Untuk makluman, BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi.  

Walaupun begitu, pada tahun 2011, March 1st, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mengharamkan penjualan botol susu yang mengandungi BPA. Jadi, kurang sikit kesangsian dalam hati CM, sambil CM kembali merebus botol susu si kecik. Dan bila CM review balik, cara CM merebus botol susu pulak salah! Uwaa.. Ingat CM ni misi, mesti tahu semua kan? >.< Hahaha, CM tahu sambut baby je, yang lain tentang pembesaran anak ni, CM masih belajar juga. 

Jadi, CM belajar tentang kaedah pensterilan botol susu secara tradisional. CM ada Steamer Elektrik, (yang sudah pun CM simpan dalam kotak disebabkan oleh ruang rumah yang nampak sangat padat). Jadi CM malas nak keluarkan balik. Maka CM rebuslah botol susu si kecik tu. 

 Untuk merebus botol susu, anda perlukan periuk besar mempunyai tudung atau penutup, dan adalah baik jika anda membeli satu periuk khas untuk tujuan ini.

Isikan periuk dengan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Inilah masa yang diperlukan untuk mensterilkan perkakasan dengan secukupnya. Selepas direbus selama 10 minit, baru boleh tutupkan gas.

Jangan buka tudung periuk sehingga anda perlu menggunakan sesuatu perkakasan. Anda harus sedar bahawa jika direbus puting lebih cepat menjadi lekit dan tidak boleh dipakai, berbanding dengan lain cara mensteril.- sumber

Ok, ini kira input tambahan, walaupun semua sudah maklum, ingin CM kongsikan lagi agar kita lebih jelas. Sila hindarkan dari menggunakan bekas yang berlabel 3 V, 6 ps, dan 7.Demi kesihatan dalam jangkamasa yang lama.

Beringatlah sebelum apa apa terjadi, sebab penyakit ni, bila ia sudah pun melekat dalam badan kita, makan bertahun woo nak hilang. Itu pun belum tentu sepenuhnya. T.T 




Sunday, December 13, 2015

Cacing pada kanak kanak dan dewasa

Assalamualaikum wbt, hi readers.. Entry kali ini CM copy paste dari FB seorang Dr berkenaan dengan cacing.. 


Nak diceritakan, CM pon baru tahu sebenarnya 😝😝

ILMU KESIHATAN. Artikel 274 .
Betul ke klu suka tonggek atau gatal lubang dubur...ada CACING? Betul ke mkn ubat cacing waktu BULAN TURUN?...." 

"Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek....masyallah cacing terkodek2....apa lagi doc kapit dgn forsep & tarik keluar....hi hi hi..panjang mcm "mee". Ibu nya rasa geli & termuntah2. Pernah kes seorg kanak2 gatal punggung..doc touch...tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!...hi hi hi.

A.Doc nak bagi info hal cacing untuk rakan fb doc:
1. Jangkitan cacing berlaku drp pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yg X dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.
2.Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia...kanak2 atau anda yg dewasa yg rendah immune & kebersihan x dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pd cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.
4.Cacing bkn dlm usus saja. Tpi boleh merayap ke - mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda spt kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..

B.Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
* Keluar cacing drp lubang najis, atau nampak cacing pd najis.
* Gatal  dubur.
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah krn ada cacing yg hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan wlpun selera makan adak
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru2.

C. Cara-cara elak jangkitan cacing.
* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yg dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !

D.Kesan sampingan infeksi cacing.
1. Perut tersumbat dgn cacing. Tak blh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pi ke paru-paru & anda batuk serta lelah. 
3. Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum  boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah kita mcm dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak  cacing ni ??

Nak habak ni...Petua Tok nek kata: 
Jangan mkn kelapa..nanti cacing dlm perut. Nak bunuh cacing :
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. 

Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jwpkan.

Drp Dr Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.. 

Thursday, December 10, 2015

Membuat domain sendiri

Assalamualaikum wbt..

9/12/2015
Setelah menunggu hampir 5 hari, domain tak settle lagi, CM mula mengambil keputusan untuk membuat domain sendiri. Tak sabar menjadi masalah CM sebenarnya, dan satu lagi, CM segan gila nak menyusahkan Mr. J. Dia pun tengah busy menguruskan segala perkara, CM pula sibuk bertanya tentang blog picisan ini.

Sudahnya, CM hentam kromo, kalau jadi, jadi lah.. Kita tengok result esok macam mana.. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .. hanya berbekalkan kos bawah RM100, CM transfer blogspot menjadi dot com. Pembayaran pun mudah, sama ada melalui bank transfer ataupun paypal. CM sebenarnya bukan rajin sangat blogging ni, tapi domain ni untuk menampakkan blog CM sedikit professional. Kononnya. Lagipun, ads pun hanya dari Nuffnang saja. CM tidak pernah apply untuk google ads, mungkin kerana CM lebih bergantung kepad Nuffnang daripada dulu lagi walaupun hasil dia tak seberapa. Saja suka suka nak letak. Blog ini pun CM buat untuk ilmu bersama.

Tuesday, December 8, 2015

Normalkah perut bayi buncit?

Assalamualaikum wbt, hi all..

Terkenang dengan si kecik, membuatkan CM update dengan post yang kadang kala tak pernah terlintas pun di minda CM ni. Melihat keadaan anak kecil itu yang terkedek kedek dengan perut nya buncit membuatkan CM terfikir, normalkah? Atau ada masalah lain? Anak itu Nampak sihat dan aktif. Tiada yang membimbang dari segi pembesaran dia, cuma keadaan fizikal yang kurang serupa dengan peguin itu menyebabkan CM sedikit ragu. Maklumlah, CM belajar tentang pembesaran kanak kanak hanya ketika zaman kolej. Bila dah bekerja, CM lebih kepada pengjagaan ibu. Jadi CM google, dan mendapat beberapa input yang CM rasa patut untuk CM kongsi untuk pengetahuan kita bersama.


"Anak saya umur setahun.. sy tgk perut dia pelik sgt..buncit..so far dia berak normal, najiis dia normal.. xtau nape perut dia buncit..kawan2 apa faktor baby buncit..terlalu byk minum susu ke?"


Friday, December 4, 2015

Domain Expired!!

Mau meleleh air mata bila tetiba buka blog, blog nya takde. Sayu jek hati. Wakakaka.. Gila drama. Itu lah, dibiarkan sangat selama ni bersawang sampai tak tau bila domain sendiri nak expired. Hampeh nama nya tu. Amek ko. CM dah kembali tak betul.. Terpaksa contact Mr. J tengah tengah malam buta. CM takpe la.. Memang on duty. Jadi burung hantu arini. Mr. J, tak tau lah dia buat apa, pukul 2pagi pon hidup lagi. Sama lah tu kot. Spesies burung hantu jugak :p

Webmail pon inactive, memang semua ke laut. :P


Macam ni la keadaanya bila domain dah expired. Terasa melayang separuh jiwa. Nak buat macam mana, awak tu maleh ya amat. Masa bukannya nak ada. >.< Nasib baik, Mr. J janji untuk aktifkan balik esok hari. So, tunggu je la. Lainkali, bayar dulu siap siap. Kah! untuk diri sendiri.

Tuesday, December 1, 2015

Penjagaan luka bersalin

Assalamualaikum wbt reader.. Kali ini CM nak kongsikan bagaimana untuk menjaga luka akibat dari bersalin. Mungkin sesetengah daripada kita mengambil mudah akan perkara ini, namun sekiranya luka tidak dijaga dengan elok, maka boleh menyebabkan berlakunya jangkitan dan sekali gus menyebabkan pendarahan.

Kebiasaannya, luka tersebut akan sembuh dalam masa 1-2minggu bergantung kepada cara penjagaan dan keadaan luka tersebut. Perkara utama yang harus puan puan ambil kira adalah keadaan luka, setiap periksa luka anda sama ada mempunyai kemerahan atau bengkak, serta sakit apabila disentuh. Sekiranya terdapat tanda tanda begini, beritahu pada jururawat yang datang melawat atau puan harus segera ke klinik yang berdekatan. Jangan tunggu sehingga luka sudah nampak bernanah.

Penjagaan fizikal:
1. Sentiasa lap kering kawasan luka sebelum puan memakai pad baru.
2. Sentiasa tukar pad setiap kali puan pergi ke toilet (tak kisahlah buang air besar ke atau kecil ke) walaupun darah tidak kelihatan banyak pada pad.
3. Jangan sapu apa apa minyak pada kawasan luka. Kita takut ada kuman kuman yang tidak dikehendaki akan merebak ke kawasan luka. Cukup cuci saja dengan air suam. CM dulu amalkan dengan berendam dengan air garam. Tetapi bukan garam yang CM beli kat pasar, itu memang hospital bekalkan.
4. Elakkan memakai seluar yang ketat, ini bagi membolehkan pengudaraan berlaku. Kuman mudah membiak di kawasan yang lembap. Disebabkan itu, orang orang dulu lebih selesa memakai kain batik.

Wednesday, November 25, 2015

Cara untuk meletakkan Back to top icon - (How to install back to top icon)

Assalamualaikum and hi all.. kali ni CM nak share satu lagi tutorial yang biasa CM guna. Back to top icon. Ade nampakkan di sebelah kanan blog :P

Cara cara dia sangat mudah.

1. Loggin blogger => Layout

2. Klik add a Gadget => pilih add HTML/javascript

3. copy code di bawah

Saturday, November 21, 2015

Meletakkan Rainbow pada link Blogger

Assalamualaikum people... Nak share bagaimana link kita boleh colorful tanpa pergi ke site orang lain. >.<  Hanya dengan 4 langkah mudah. Yeayyyyy... Arini Che Misi jadi pakar IT =P

1. Login Blogger ==> Template Tab ==> Edit HTML

2. Cari (Ctrl + F) </head>

3. Copy script di bawah ini sebelum </head> tag

Tuesday, August 25, 2015

Pengalaman pertama - Bidan bersalin!

Assalamualaikum readers... Menarikkan tajuk entry kita kali ini. Inikalilah CM nak cerita tentang pengalaman diri sendiri pula berada di atas katil Labor Room. Kalau selama ni, CM dok perati je ibu ibu bertarung nyawa, kali ini, CM mengalaminya sendiri. Ngeri bak hang... Al kisahnya, cerita ni sudah pun setahun berlalu, tapi baru kini CM ada kekuatan untuk membuka cerita untuk panduan semua. Hahaha.. Nampak di situ betapa rapuhnya jiwa ni.. Cewah..

Kalau diikutkan, due date CM adalah pada 15.07.2014, tetapi disebabkan CM masih lagi ingin bertugas mengikut shift, CM bedal bagitau ngan Sister due date CM 22.7.2014. Seminggu lambat, tolong jangan buat macam CM ye, sangat memberhaya. CM takpe, kerja memang kat LR, sakit sikit je naik katil terus.. >.< CM follow up under SDMC, Dato' Dr Siti Zaliha Zainal (the most wanted doctor). Layanan dia memang tip top. Bukan tak nak follow up kat tempat sendiri.

Tuesday, June 30, 2015

Jahitan terbuka! Che misi, tolong saya.

Assalammualaikum wbt readers.. mukadimah biasa, lamanya tak online, lamanya tidak menulis. Lamanyaa.. ditambah lagi dengan gelaran puan yang ade anakanda kecil, memang rutin harian sangat sibuk.. Uwaaa... Tapi, hati kecil ini gatal untuk berkongsi pengalaman yang sedia ada di depan mata. Untuk panduan adik adik yang sedang belajar Midwife, untuk houseman houseman yang sedang menjalani pratikal di Labour room ketika ini.

Monday, April 27, 2015

Bilakah waktu yang sesuai untuk bersalin?

Assalamualaikum wbt readers.. CM ni kadang kadang ada, kadang tiada.. macam biskut chipsmore pula ye.. hihi >.<  Biasalah, kerja CM ni bukan macam dulu lagi da, boleh layan internet di mana saja. Blogging melalui En Iphone tu tak puas rasanya kalo nak dibandingkan dengan Che Lappy ni. HuHU ~
 
Bilakah waktu yangs sesuai untuk bersalin? Baru baru ni (lama da sebenarnya) CM menerima pertanyaan dari Mama Lina berkenaan dengan soalan bersalin ini. Nak menjawap, tapi ruang masa tu sangat mencemburui CM.. Alahai..