Tuesday, June 30, 2015

Jahitan terbuka! Che misi, tolong saya.

Assalammualaikum wbt readers.. mukadimah biasa, lamanya tak online, lamanya tidak menulis. Lamanyaa.. ditambah lagi dengan gelaran puan yang ade anakanda kecil, memang rutin harian sangat sibuk.. Uwaaa... Tapi, hati kecil ini gatal untuk berkongsi pengalaman yang sedia ada di depan mata. Untuk panduan adik adik yang sedang belajar Midwife, untuk houseman houseman yang sedang menjalani pratikal di Labour room ketika ini.


Patient datang dari PAC (Patient Assessment Centre), masuk ke labor room dengan Os (pembukaan rahim) 6cm. Seperti biasa CM attend patient, melakukan rutin yang sepatutnya, memberi orientasi, mengambil tanda tanda vital, memeriksa denyutan jantung bayi, melihat keadaan ibu secara kasar sehingga ibu memberitahu dia ingin meneran. CM memeriksa bukaan rahim dan yang membuat CM terkejut adalah bekas luka yang sangat ketara tidak dijahit. Ia sangat mengecewakan. Bila diselidik, patient mempunyai sejarah kelahiran Vaccum dengan kekoyakan 2nd degree yang membaikinya adalah seorang houseman. Bukan hendak menuding jari, CM perempuan, itu adalah part yang paling penting sekali dalam hidup, jadi rasa bertanggungjawaplah sikit terhadap pesakit. Selesai proses kelahiran, CM ambil keputusan untuk membaiki luka lama tersebut walaupun incharge cakap tak perlu repair, sebab berkemungkinan akan menyebabkan bleeding. Tapi, CM tahu tahap mana pendarahan yang berlaku, pendarahan yang CM boleh kawal, CM teruskan juga niat. CM bercerita ini bukan untuk riak, tetapi sebagai peringatan. Kalau kita yang membaiki kekoyakan orang lain ni prempuan, kita harus faham betapa pentingnya Cik V ni, kalau lelaki, fikir fikirkan lah bila anda beristeri kelak.

Terutama pada houseman, tolonglah merendah diri seketika, jangan mendongak langit. Akak akak yang kadang kadang korang pandang sebelah mata ni, mempunyai skill yang jauh ke depan berbanding anda, kalau kami menegur, itu tanda kami prihatin. Bila kami sudah tidak peduli, macam ni lah akibatnya, yang menjadi mangsa adalah pesakit. Tanamkan sifat bertanggungjawap dalam diri. Bagaimana cara untuk repair itu, belajarlah dari senior senior, jangan syok sendiri. Jadi, secara amnya, itu saja yang CM nak katakan, betapa kecewanya bila melihat outcome dari tempat kerja sendiri.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<