Sunday, July 22, 2018

Jururawat dan masalah mental

 2018-07-22

Hari ini aku tidak membuat posting berkenaan dengan bidang aku atau apa apa. Hanya sekadar luahan perasaan yang aku tidak mampu luahkan di mana mana. Aku, seorang jururawat yang cabuk. Menduduki tangga terbawah dalam hieraki kejururawatan. Dan sekarang, aku sedang menaik tangganuntuk sedikit ke atas. Sepanjang 6 bulan aku bertapa di bawah naungan ILKKM SAS, pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi, semuanya aku telan tanpa meluahkannya kerana atas sebab, ini yang aku minta, ini yang aku hendak. Namun hari ini, aku kalah, jika aku pendam juga, mungkin aku boleh check in kat hospital sebelah. (Boleh google ILKKM SAS ni lokasi dia kat mana. So, korang tahu lah apa maksud aku. Hahhaha)

Aku seorang ibu, yang meninggalkan anak anak kecil demi cita cita. Yang jenis tinggal kat rumah mesti mencela aku kan? Gaji aku tidak pernah terusik melainkan untuk aku bayar personal loan yang buat disebab ada manusia menipu aku suatu masa dulu, dan juga bil telefon aku. Itu saja, berapa lah sangat kan. Segala hal yang lain, en suami aku yang selesaikan. Jadi dimana salahnya? Dimana silapnya? Adakah kerana aku seorang wanita, hormon yang ada dalam diri aku ini sangat kompleks? Aku bersedih, pertama sekali, aku tidak dapat mencapai target markah final sem 1, walaupun mendapat markah 88.25%, aku tidak dapat menduduki tangga cemerlang. Dan itu, menjadi bahan ketawa orang orang yang selama ini baik di hadapan aku, tetapi di belakang mengharapkan aku terjatuh. Aku tidak menyangka. Masing masing dah tua bangka, bukan umur 20 an untuk masih simpan rasa hasad dengki ini, lalu aku anggap perasaan hasad dengki itu tidak mengira umur, umur bukan pengukur kematangan seseorang. Wah... hipotesis dan pemboleh ubah. Hahahaha.. Hakikatnya, perkara ini tidak menjejaskan aku sangat, tapi aku sedikit terjejas. Kerana aku memang jenis tidak pedulikan hal orang, tapi orang lain ambil peduli hal aku.