Sunday, July 22, 2018

Jururawat dan masalah mental

 2018-07-22

Hari ini aku tidak membuat posting berkenaan dengan bidang aku atau apa apa. Hanya sekadar luahan perasaan yang aku tidak mampu luahkan di mana mana. Aku, seorang jururawat yang cabuk. Menduduki tangga terbawah dalam hieraki kejururawatan. Dan sekarang, aku sedang menaik tangganuntuk sedikit ke atas. Sepanjang 6 bulan aku bertapa di bawah naungan ILKKM SAS, pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi, semuanya aku telan tanpa meluahkannya kerana atas sebab, ini yang aku minta, ini yang aku hendak. Namun hari ini, aku kalah, jika aku pendam juga, mungkin aku boleh check in kat hospital sebelah. (Boleh google ILKKM SAS ni lokasi dia kat mana. So, korang tahu lah apa maksud aku. Hahhaha)

Aku seorang ibu, yang meninggalkan anak anak kecil demi cita cita. Yang jenis tinggal kat rumah mesti mencela aku kan? Gaji aku tidak pernah terusik melainkan untuk aku bayar personal loan yang buat disebab ada manusia menipu aku suatu masa dulu, dan juga bil telefon aku. Itu saja, berapa lah sangat kan. Segala hal yang lain, en suami aku yang selesaikan. Jadi dimana salahnya? Dimana silapnya? Adakah kerana aku seorang wanita, hormon yang ada dalam diri aku ini sangat kompleks? Aku bersedih, pertama sekali, aku tidak dapat mencapai target markah final sem 1, walaupun mendapat markah 88.25%, aku tidak dapat menduduki tangga cemerlang. Dan itu, menjadi bahan ketawa orang orang yang selama ini baik di hadapan aku, tetapi di belakang mengharapkan aku terjatuh. Aku tidak menyangka. Masing masing dah tua bangka, bukan umur 20 an untuk masih simpan rasa hasad dengki ini, lalu aku anggap perasaan hasad dengki itu tidak mengira umur, umur bukan pengukur kematangan seseorang. Wah... hipotesis dan pemboleh ubah. Hahahaha.. Hakikatnya, perkara ini tidak menjejaskan aku sangat, tapi aku sedikit terjejas. Kerana aku memang jenis tidak pedulikan hal orang, tapi orang lain ambil peduli hal aku.

Kedua, kegoyahan hati pada pasangan masing masing, aku tidak pasti sama ada ini sekadar mainan perasaan aku, tapi bisikan syaitan sentiasa menyatakan aku telah menyusahkan orang orang sekeliling aku dengan meninggalkan anak sekecil 3 bulan ketika aku baru melangkah mengejar cita cita ini. Anak itu aku tinggalkan jauh 279KM jaraknya. Dan aku pula bermalam, hanya pulang pada hujung minggu, itu pun sekiranya kelas tiada. Dan, sebagai ibu, aku rindu. Rasa bersalah!Takut.. Takut nanti bila aku balik, anak itu tidak kenal akan aku. Anak itu tidak mahu dengan ku. Aku dan Alya rapat, walaupun aku sering marah marah, namun aku sangat rapat dengannya, aku menyayangi dia lebih sementelah dia anak yang aku kandungkan pertama kali, pertama kali juga tangan aku membelai anak kecil dari aku sendiri, selama ini aku belai anak orang ja (untuk makluman, aku bertugas di Dewan Bersalin). Segala aku buat untuk dia, kalau masa aku kerja, aku balik tepat pada masanya, dan balik rumah terus semata mata untuk jumpa Alya. Kesayangan umi. Dan, aku tinggalkan dia, aku tak tahu apa yang terjadi. Sebagai ibu, aku memang cerewet, aku pastikan gigi dia bersih, rambut panjangnya bersikat dan bersyampoo, aku tidak menyatakan bahawa orang orang disekeliling dia sekarang ini tidak pandai menjaga budak, aku tahu masing masing ada pekara yang masing masing pentingkan. Begitu juga sang suami, dia ada kerja, balik kerja pula bergelut dengan si kecil yang sekarang berusia baru 9 bulan. Ahh.. Aidan, umi rindu sangat. Dan bila aku balik beberapa minggu lepas, rambut dia kusut, kesat, kusam. Seolah oleh tidak disyampoo beberapa hari. Kecewa, walaupun aku culas, namun anak itu aku jaga dengan penuh kasih sayang, aku sentiasa memberikan yang terbaik kepadanya. Kemuncaknya, semalam, aku facetime, tapi aku tak nampak dia, bila semua orang keluar, dia ditinggalkan bersama neneknya atas alasan dia didenda kerana tak mahu makan. Aku sedikit ralat, kenapa dia tak mahu makan? Sedangkan sebelum ini, dia makan elok ja. Kenapa 2 - 3 hari kebelakangan ini dia tak lalu makan? Adakah itu puncanya aku sering merasa rindu dan sedih tiba tiba sejak kebelakangan ini? Aku nyatakan segala pertanyaan aku itu pada sang suami. Dia melenting, menganggap aku memandai, melebih lebih, seolah olah aku menyalahkan mereka. Solah olah aku orag terpelajar, orang kesihatan yang semuanya tak boleh dilakukan. Aku ajar Alya supaya tidak makan jajan, tidak makan gula gula, tidak makan coklat, tidak makan megi, tidak makan segala junk food, tak payah jadi orang kesihatan pon tahu semua itu! Aku tidak pernah ajar dia untuk menolak real food, sebab itu aku bertanya, adakah Alya sakit perut? Adakah dia rasa tak selesa? Atau dia rasa kenyang dek disebabkan snek snek yang dia makan?

Aku pula yang dipersalahkan, tanpa pernah fikir dahulu apa yang aku tanyakan. Damn shit! Aku yang sedia fragile, aku yang memberitahu pada awalnya, aku merindukan semua orang di rumah dan dituduh membuat salah, sedangkan aku tidak punya masa untuk berjumpa dengan sesiapa pon sekarang! Dengan kejamnya menyatakan, kalau aku menyatakan rindu, aku memang ada buat salah. Kebodohan apa yang aku baca sekarang ini? Anak anak yang aku tinggalkan itu, sejak lahir, ah bukan sejak hari pertama aku tahu aku mengandungkan Alya, yang mana orang lain tidak mahu menerima Alya semata mata tak inginkan komitmen lagi, aku telah berjanji dengan diri sendiri, aku akan jadi yang terbaik untuk dia, aku ingin menjadi kebanggan, sekurang kurangnya Alya, aku ingin dia bangga kerana dia ada aku sebagai ibunya. Dan kerana itu, langkah kaki aku, setiap perbuatan aku, setiap perkataan yang aku tulis dalam media sosial, aku fikir lebih dahulu, adakah ini memberi kesan negatif pada Alya? Sememangnya anak itu adalah punca aku untuk meneruskan hidup. Aku ingin melihat dia membesar, ingin membuat kerja rumahnya bersama sama, ingin menghantar dia ke sekolah, ingin mencium nya di depan pintu sekolah supaya kawan kawan dan cikgunya tahu, dia anak kesayangan aku, ingin berbangga dengan nya walau apa pun pencapaian dia di sekolah, ingin menemaninya ketika hari sukan sekolah, ingin bersamanya untuk memilih baju sekolah juga, ingin mendengar ceritanya tentang sekolah, guru dan kawan kawan, tentang seseorang yang bakal mencuri hatinya, ingin menasihati supaya berhati hati memilih pasangan, supaya hidup gembira, supaya dia mendahulukan dirinya daripada orang lain, supaya dia lebih menjaga hati sendiri daripada memikirkan orang sekeliling, aku ingin bersama sama dengannya ketika dia melangkah di majlis konvo nya, ingin melihatnya tersenyum gembira dengan orang yang dia pilih, dan orang yang menyayanginya, ingin menasihatinya dan menemaninya bila dia sendiri nanti bergelar ibu, aku ingin ceritakan betapa indahnya dunia ini bila kita melihat dari sudut yag berlainan. Itu aku seorang ibu!

Alya, mesra kami panggil Adul, yang sukakan
air, yang tidak lupa akan asal usulnya,
yang tahu darah campuran ibannya.
Setiap langkah aku digari dengan nama Alya. Supaya dia tidak malu mengaku aku ibunya. Kenapa tidak ada seorang pon yang faham? Memang, aku pernah melakukan kesilapan sebelum aku ada Alya, aku tiada kepentingan pun pada sesiapa, dalam hidup, aku hanya ada mak dan adik lelaki aku, bila aku membesar, ibu aku sibuk dengan kehidupannya, aku dengan kehidupan aku dan adik aku dengan kehidupan dia. Aku yatim piatu sebelum tiba masa nya. Aku sendiri dan biasa begitu, bahkan aku selesa sendiri, dan kelahiran Alya penyelamat jiwa aku yang kosong. Aku berusia 30 pada tahun ini, tapi jiwa aku, aku rasanya berusia 12 tahun, aku tak tahu puncanya, jika aku ceritakan pada orang orang sekeliling pon, mereka akan cakap, berpaling lah pada Tuhanmu. Ada masa, aku ingin malaikat maut itu menjemputku pulang, ada masa, aku ingin meminta masa sehingga Alya dan Aidan punya keluarga sendiri. Ada masa, aku merasa aku penat dengan dunia, ada masa aku rasa aku perlu bertabah kerana Alya dan Aidan perlukan aku. Lalu, aku terfikir, apa faedahnya aku menyambung study ini? Apa faedah aku tingkatkan diri jika ini yang aku hadapi? Apa faedah jika aku terpaksa tinggalkan permata hati aku? Kepala aku sarat, aku rasa berat, badan aku rasa macam dipukul sedangkan aku tak punya apa apa aktiviti fizikal.



Aku tertekan dengan beban pembelajaran, oh ya sekarang aku tengah buat case study berkaitan dengan kesihatan mental, sebagai pengenalan untuk menlakukan research, tapi, sangat menyakitkan kepala, aku tertekan, lebih lebih bila ada ahli kumpulan yang macam haramjadah. Yang menulisnya aku, yang mencipta ayatnya aku, idea berlambak pon kalau tiada penulisan yang bagus, sampah juga. Itu belum lagi aku nak siapkan soalan soalan dan jawapan yang aku pinjam dari kawan. Kepala aku ni, dia lain macam sikit, dia x boleh terima banyak benda dalam satu masa, dia jadi serabut tak tahu mana satu nak kena settle kan. Pada masa itu, aku perlukan kawan yang serasi dengan jiwa aku untuk meluahkan segalanya, tapi kawan aku itu sekarang, dia sedang sibuk menjaga anak kecil kami, dia tengah sibuk dengan masalah dia sendiri, dan aku tiada sesiapa pon. Asalnya, aku memang seorang pon sebelum aku berjumpa dengannya, sebab itu, banyak tulisan aku dalam blog blog picisan yang aku cipta untuk meluahkan rasa hati, tapi bila dia ada, aku luahkan, aku ceritakan pada dia, sehingga aku lupa, dia juga seorang manusia yang akan ada masalah sendiri, so yang aku ada sekarang, headphone, music, internet dan sebuah laptop, anak anak aku jauh, kawan aku jauh bahkan dia tidak tahu apa yang aku hadapi sekarang, mungkin dia ingat aku tengah bergembira di sini tanpa tahu aku menangis siang malam, well, siang aku menangis dalam hati ja.. huhuhu.. Kawan kawan disekeliling aku? Ada, tapi bukan yang serasi dengan jiwa, aku tak sanggup berkongsi rahsia, takut ia menjadi bahan tawa.

Aidan, kesayangan umi.
Dia tengah tunjukkan nasi
 yang ada dalam  mulutnya
dengan bangganya. 
Jadi apa kaitannya dengan tajuk di atas, sepanjang lebar aku menulis, tiada satu pun perkaitan yang muncul, aku cuma ingin katakan, jika anda seorang jururawat yang tidak boleh diputarkan kembali masanya, jika anda seorang wanita yang bekerjaya, pilih la pasangan yang akan betul betul memahami dan menerima siapa anda sekarang, wanita yang bekerjaya, terutama jururawat, akan sangat banyak cabarannya, salah satu macam aku lah. Cari seorang kawan selain dari pasangan anda untuk anda jadikan sandaran, supaya tidak menjadi macam aku yang hampir biol ni, bacakan membaca, hadirkan diri dengan mental management, luangkan masa dengan aktiviti kegemaran anda, well, aku dan music memang x boleh dipisahkan, itu salah satu untuk aku mengubati jiwa, cuma sekarang ini, jiwa aku sedang cedera parah, sampaikan air mata keluar tanpa henti, tanpa aku minta, hormon orang wanita memang kompleks, lelaki kena faham, kena terima, wanita boleh ketawa, dalam masa yang sama boleh menangis, boleh menangis sekejap nanti mereka ketawa. Wanita itu memang kompleks, tak payah nak susah susah fikirkan kenapa. kejadian alam memang begitu, hormon yang ada dalam diri mereka pon dua, kalau dipecahkan lagi jadi 4, yang 2 tu pon ada turun naiknya, bila turun naik hormon tu, akan ganggu pula sistem sistem lain, walaupun sekadar minor. Beruntung lah jadi lelaki, hormon satu ja.. xde la complex mana. Ini bukan tulisan orang terpelajar, time SPM dulu pon ada belajar, x payah jadi orang kesihatan pon tahu. Menjadi orang kesihatan ini, terlebih dahulu kena pandai jaga diri sendiri sebelum jaga orang lain, namun sayangnya, kita juga manusia, ada masa jiwa yang rapuh itu pecah berderai, ada masa kita merasakan bahawa kehidupan ini, tidak adil, namun aku cuba melihat dari perspektif yang berbeza.. Tunjang kekuatan aku, adalah mereka ini, yang pernah mendengar degupan jantung aku dari dalam. yang selesa dengan ritma jantung ku, yang pernah berkongsi darah, serta emosi aku. 

Alya Nur Batrisya Binti Zuraimee, Aidan Adwa Hakim Bin Zuraimee, sekiranya umi tiada lagi disisi kalian, pergi dan tidak mampu kembali lagi, umi ingin kalian tahu, bahawa tiada perkara yang seindahnya di dunia ini selain dari hari umi memiliki kalian, 16/7/14 dan 21/9/17 adalah tarikh yang umi rancangkan dan Allah perkenankan untuk melihat kalian lahir ke dunia ini, membesar dengan sihat, jaga diri sendiri, bergembiralah, sesungguhnya hati manusia ini sukar difahami, maka fahamlah hati kalian dulu, jaga hati kalian dulu sebelum kalian cuba menjaga hati orang lain, kerana jika kalian tidak mampu menjaga hati kalian sendiri, tiada siapa yang mampu. Apa pun yang kalian lakukan, biarlah ia berguna pada agama, bangsa dan negara, biarpun sekecil kuman. Janganlah menyimpang dari fitrah, fitrah kalian seorang wanita dan seorang lagi lelaki, ingat siapa Tuhanmu, Umi memilih agama Islam dan perturunkannya kepada kalian, maka berbangga lah kerana lahir dalam Islam, agama seluruh alam, carilah kebaikan yang ada dalam agama ini, yang tidak sempat umi ceritakan, cari dari mereka yang arif, dan pertahankan agamamu wahai anak anak. Berbanggalah kerana Allah memilih kalian menumpang dalam rahim seorang wanita yang memilih Islam, berbahagialah kerana ini lah agama yang akan menyelamatkan kalian kelak selagi kalian tidak menyekutukan Allah, selagi kalian mengaku Allah itu satu, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah, lakukan yang wajib ke atas kamu, dan ikutlah yang sunnah. Kamu hidup dalam zaman yang serba mencabar, umi harap kalian tidak sesat, umi harap kalian sentiasa dilindungi supaya nanti kalian akan meneruskan kepada generasi yang akan datang. Jika, umi tidak sempat melihat siapakah pasangan yang kalian pilih, pilihlah pasangan yang menerima baik buruk kalian, yang menyintai kalian dengan seadanya, yang mengembirakan kalian, yang sanggup bersama kalian ketika kalian susah tanpa punya apa apa, yang sentiasa bersama, dan jangan pula kalian mensia sia kan mereka, kerana mereka juga anak orang lain, yang disayangi oleh ibu bapanya, adik beradiknya, ahli saudaranya seperti mana umi sayangkan kalian, jagalah mereka ketika mereka sakit, berilah nafkah mengikut kemampuan kalian. Berbahagialah anak anak umi sekalian. Kejar cita cita tanpa kamu meninggalkan cinta. Pegang kejap agamamu, jangan lepaskan walau sesaat. 

Sekiranya nanti, umur umi panjang sehingga membebankan kalian, sayangi lah umi, jangan tinggalkan umi sendirian, umi takut, umi sunyi, dan saat ini pun, umi sangat merindukan kalian. Jika, kalian ingin menghantar umi ke rumah pengasuh jika kalian bekerja, ambilah umi selekasnya bila kalian pulang dari pejabat, dengarlah celoteh umi, kerana banyak yang umi ingin ceritakan, maafkanlah jika celoteh itu memberatkan kepala kalian yang punya pelbagai cerita pula tentang kehidupan, maafkanlah umi jika pendengaran umi semakin kurang, mata kian kabur, selera makan semakin tiada, maafkan umi jika umi hanya inginkan nasi dan ikan masin saja, mungkin itu saja yang mampu umi rasa. Maafkan umi jika umi terberak merata. Kalian mungkin lupa, umi pernah menyuapkan kalian makan, pernah menukar pakaian kalian, pernah mencuci punggung kalian, pernah terkena air kencing kalian, baju umi pernah basah disebabkan muntah kalian, umi pernah tidak tidur malam kerana tangisan kalian, dan kerana semua itu, umi masih sangat menyayangi kalian. Dan umi mengharapkan kalian menyayangi umi seperti mana umi pernah menyayangi kalian, mungkin nanti, memori umi hanya tersekat pada usia kalian kecil kecil, mungkin nanti umi berbicara tanpa butir yang kalian sedar, maafkanlah umi, maafkan umi. 

Anak anak yang umi sentiasa ingati, umi hari ini meninggalkan kalian, demi masa depan yang kita tidak tahu, walau hakikatnya umi lagi sanggup bersama kalian, membesar di rumah loke itu, melihat kalian berlari, bergelak ketawa, membebel ketika kalian membuat sepah, petangnya kita berjalan mengelilingi taman, hujung minggu umi bawa pergi ke kolam renang, ada masa lapang, kita pergi ke tepian pantai untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan, ingin memimpin tangan kalian ke kelas kelas agama sambil umi juga mengambil peluang belajar dari mula, maafkan umi pada tahun ini, jika kalian sakit, jika kalian rindu, jika kalian lapar, jika kalian tidak boleh tidur, jika kalian terjatuh, jika kalian terjumpa benda baru, umi tiada di sisi kalian. Berbangga lah sayang kerana umi kalian seorang jururawat yang menjaga orang lain yang memerlukan, yang menyambut kelahiran kelahiran umat umat seterusnya.

Anak anak, yang beribukan aku, maafkan aku segala kekurangan aku dalam mendidik kalian, menjaga kalian, sesungguhnya tiada anugerah yang paling ternilai yang Allah berikan kepada aku selain kalian. Amanah yang aku bawa hingga akhir nyawa. 


0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<