Tuesday, December 15, 2015

Salahkah merebus botol susu anak?

Assalamualaikum wbt..

Dua tiga hari lepas, CM ternampak satu posting di facebook dalam bahasa indonsia yang menyatakan bahawa merebus botol susu anak adalah perbuatan yang membahaya kepada bayi yang mana boleh menyebabkan kanser mulut. Seharusnya, untuk mensterilkan botol susu, hanya perlu bilas dengan air hangat saja.

Al kisah bermula, bila botol susu Si Kecik hilang entah ke mana, dan CM baru terjumpa botol susu tersebut pagi tadi. Sudah dua minggu botol susu itu bersembunyi bawah kerusi urut bapaknya, berkeladak, Nak buang? Alamak, sayang gila. Nak guna? Rasa was was. Aduh pening kepala dibuatnya. Sudahnya, CM cuci, dan rebus. Biarkan sejuk, kemudian cuci lagi, dan rebus lagi. Dan berharap agar, botol susu itu tidak memberi mudarat. Jauh di sudut hati, rasa mau campak je botol susu tu jauh jauh. Takut pula ada orang yang kecik hati. Al maklumlah, ori botol Avent kan. Made in UK lagi. Katanya. (banyak beza kalau botol Avent yang asben CM beli di stokis dia dengan yang CM beli kat Lazada). nanti kita update pula yang itu.

Tidak salah 100% untuk merebus botol susu. Pastikan anda mengenal botol susu anak anda. Sekiranya botol tersebut menpunyai label BPA free, atau 0% BPA, adalah selamat untuk merebus botol susu anak. Zaman sekarang, sudah pasti ramai ibu bapa yang tahu berkenaan dengan BPA. Untuk makluman, BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi.  

Walaupun begitu, pada tahun 2011, March 1st, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mengharamkan penjualan botol susu yang mengandungi BPA. Jadi, kurang sikit kesangsian dalam hati CM, sambil CM kembali merebus botol susu si kecik. Dan bila CM review balik, cara CM merebus botol susu pulak salah! Uwaa.. Ingat CM ni misi, mesti tahu semua kan? >.< Hahaha, CM tahu sambut baby je, yang lain tentang pembesaran anak ni, CM masih belajar juga. 

Jadi, CM belajar tentang kaedah pensterilan botol susu secara tradisional. CM ada Steamer Elektrik, (yang sudah pun CM simpan dalam kotak disebabkan oleh ruang rumah yang nampak sangat padat). Jadi CM malas nak keluarkan balik. Maka CM rebuslah botol susu si kecik tu. 

 Untuk merebus botol susu, anda perlukan periuk besar mempunyai tudung atau penutup, dan adalah baik jika anda membeli satu periuk khas untuk tujuan ini.

Isikan periuk dengan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Inilah masa yang diperlukan untuk mensterilkan perkakasan dengan secukupnya. Selepas direbus selama 10 minit, baru boleh tutupkan gas.

Jangan buka tudung periuk sehingga anda perlu menggunakan sesuatu perkakasan. Anda harus sedar bahawa jika direbus puting lebih cepat menjadi lekit dan tidak boleh dipakai, berbanding dengan lain cara mensteril.- sumber

Ok, ini kira input tambahan, walaupun semua sudah maklum, ingin CM kongsikan lagi agar kita lebih jelas. Sila hindarkan dari menggunakan bekas yang berlabel 3 V, 6 ps, dan 7.Demi kesihatan dalam jangkamasa yang lama.

Beringatlah sebelum apa apa terjadi, sebab penyakit ni, bila ia sudah pun melekat dalam badan kita, makan bertahun woo nak hilang. Itu pun belum tentu sepenuhnya. T.T 




0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<