Thursday, December 17, 2015

Kelahiran czer - Selamatkah?

Assalamualaikum wbt, hi all....

Kelahiran czer (caesarian section) kebiasaannya jarang ada ibu yang meminta. (Walaupun sekarang ramai para ibu yang memohon untuk czer dek kerana tidak tertanggung sakitnya contraction.) Kelahiran czer ini kita bahagikan kepada 2; iaitu Elective Lower Segment Caesarian Section (ELLSCS) dan Emergency Lower Segment Caesarian Section. ELLSCS biasanya adalah untuk ibu ibu yang memang mengalami komplikasi semasa mengandung dan kita telah tetapkan tarikh untuk melakukan pembedahan. Biasanya dalam keadaan sebegini adalah untuk ibu ibu yang mengalami beberapa masalah :

Indikasi absolute : (kes kecemasan)
1. Placenta previa Type II posterior, III dan IV (uri di bawah)
2. Contracted pelvis (CPD) - keadaan tulang pelvis yang tiedak membolehkan ibu  ersalin secara normal
3. Abnormal lie (baringan bayi dalam Rahim tidak normal - melintang)
4. Fetal distress di peringkat pertama labor (bayi lemas)
5. Placenta abruption dengan bayi masih hidup (uri lekang dan menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi bayi masih lagi hidup)
6. Cord prolapse semasa peringkat pertama labor
7. Twin, conjoint twin

Indikasi relative (kes elektif)
1. Primigravida (kandungan pertama) dengan prentasi breech terutama dalam extended breech 9bayi songsang).
2. Elderly primid dengan servik yang rigid (kandungan yang pertama bagi ibu yang berusia dan serviknya agak ketat)
3. GDM yang dikaitkan dengan fetus yang besar
4. sejarah obstetric yang buruk (contoh, menpunyai darah tinggi yang tidak terkawal. mempunyai masalah jantung yang berisiko tinggi)
5. Gagal dalam induction of labor
6. Gagal dalam trial of labor (failed vaccum/forcep)

Jenis jenis czer terbahagi kepada dua:
1. Lower segmen caesarean section (LSCS)
2. Classical caesarean section (CCS)

LSCS adalah dilakukan secara melintang dibahagian segmen bawah uterus (dan prosedur yang diamalkan di kebanyakan hospital ketika ini.)

Kebaikan LSCS
1. Penyembuhan luka yang cepat
2. Kurang risiko ruptured utrerus semasa kehamilan yang akan dating
3. kurang  mengalami pendarahan dan jahiran luka lebih kemas kerana lapisan kulit dan tisu yang nipis

Kelemahan LSCS
1. Kecederaan bladder mungkin berlaku kerana kedudukannya berdekatan dengan bladder (pundi kencing)
2. Infeksi (jangkitan) senang berlaku kerana berdekatan dengan genitalia (private part)
CCS adalah insisi yang dilakukan secara menegak/memanjang di abdomen. Insisi bermula dari bahagian atas simfisis pubis (ari-ari) hingga ke bahawa bawah umbilical (pusat).

Kebaikan CCS
1. Lebih senang mengeluarkan bayi
2. Lebih mudah dilakukan berbanding dengan LSCS

Kelemahan CCS
1. Lebih banyak mengalami pendarahan kerana melibatkan banyak salur darah
2. Parut pembedahan mudah ruptured pada kehamilan akan dating
3. Luka pembedahan lambat sembuh kerana bahagian ini mempunyai banyak tisu otot

Persediaan sebelum pergi ke OT biasanya akan dilakukan oleh nurse & doctor, cuma CM nak tekan, biasanya ibu kena berpuasa sebelum pergi ke OT sekurang kurangnya dalam masa 6 jam.

Penjagaan selepas pembedahan. (Prosedur biasa di dalam wad)
Penjagaan serta merta
1. Lapangkan salur pernafasan
-baringkan ibu secara supine (terlentang) dengan kepala diiringkan ke sisi
-lakukan suction jika perlu
-beri oksigen
2. Selimutkan ibu untuk elakkan kesejukkan. Bilik OT memang telah diset suhu agar bebas dari kuman. :)
3. Lakukan pemerhatian terhadap ibu
- perhatikan tahap kesedaran ibu
-panggil nama ibu dan suruh ibu buka mata (ini sebab nya ye)
-perhatikan warna kulit
-ambiil tanda vital
-pastikan tiada pendarahan yang aktif
-periksa pendarahan di vagina/luka pembedahan
-beri kan analgesic(ubat tahan sakit) jika ibu sakit
-periksa uterus untuk menentukan kontraksi yang baik (uterus yang tidak kontrak boleh menyebabkan pendarahan)
-periksa urine output - jika ada darah berkemungkinan menunjukkan bahawa ada pendarahan pada bladder
4. Jagaan infuse intravena (drip)
-aliran infuse berjalan lancer
-catatkan ke dalam carta intake dan output
5. Penjagaan Pitocin drip jika ada
-Tujuannya adalah untuk mengekalkan kontraksi uterus (biasanya ibu ibu yang baru keluar dari dewan bedah akan 'dibekalkan' dengan dua pint air yang tergantung, salah satu botol tersebut mengandungi ubat untuk membantu Rahim ibu mengecut)

Penjagaan selanjutnya. Penjagaan ini akan dilakukan di wad postnatal, dan CM perhatikan ramai ibu ibu yang merungut di facebook bila misi misi meminta mereka untuk berjalan selepas pembedahan. Jom kita tengok, kenapa mereka melakukan semua itu

1. Ambulasi awal (antara penjagaan yang penting sekali. Ambulasi maksudnya adalah pergerakan)
-baringan semi Fowler's untuk galakan pengembangan paru paru. Gambar dibawah adalah contoh kepada baringan semi fowlers, katil ibu ditinggikan sehingga 45darjah.
-ibu digalakkan untuk menggerakkan jari jari kaki untuk pengaliran darah
-ibu juga digalakkan untuk melakukan deep breathing exercise untuk mengurangkan risiko komplikasi paru paru selepas pembedahan

2. Penjagaan fizikal
-pada hari pertama pembedahan biasanya misi akan membantu ibu ibu untuk mandi lap, tukar pakaian dan kainan basah/kotor, dan melakukan swabbing serta menukarkan pad baru. (Jika ibu merasa tidak larat, boleh meminta bantuan misi misi ye... muka je Nampak garang, tetapi hati lembut jika ibu ibu tersenyum mesra)

-3. Lakukan permerhatian terhadap ibu
-tanda vital diambil 4jam sekali (so, ibu ibu jangan marah bila misi dating 4 jam sekali untuk mengambil tekanan darah)
-tanda tanda infeksi pada luka
-pengeluaran lokia (biasanya, misi akan cek setiap pertukaran shift)

4. Penjagaan terhadap luka pembedahan
-ini sangat penting bila ibu ibu keluar daripada wad(hospital0, pastikan luka tersebut dicuci setiap pagi, dan pastikan kering sentiasa, luka yang lembap boleh membawa kepada jangkitan, monitor keadaan luka, jika kelihatan kemerahan, bengkak, ibu ibu harus segera ke klinik berdekatan, jangan tunggu sehingga luka pembedahan bernanah. itu adalah tanda tanda awal kepada jangkitan. Ibu dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja berat, dan ampu luka sekiranya ibu berjalan, atau batuk.

5. Keperluan nutrisi dan airan
-ibu dibenarkan minum selepas 6jam pembedahan, jadi jangan marah jika misi tidak membenarkan ibu ibu minum ketika itu. Kebiasaanya, ibu akan diberi cecair jernih dulu (air kosong) untuk melihat tindakbalas perut, sekiranya ibu tidak mengalami komplikasi, barulah disusuli dengan minuman yang berkhasiat seperti milo, sekiranya tidak menunjukkan komplikasi, baru ibu dibenarkan untuk mengambil bubur dan seterus nya nasi.

6. Keperluan eliminasi
-bantu ibu dengan kateter
-sekiranya kateter (tiub kencing) telah ditanggalkan, bantu ibu dalam pengosongan pundi kencing seperti galakkan ibu pergi ke toilet atau dengan pemberian bedpan

7. Penjagaan payudara
-bayi akan diberikan susu sebaik saja ibu sedar dari pembedahan, tujuannya adalah untuk mengelakkan paras gula dalam darah bayi berkurangan, serta untuk mengurangkan risiko bengkak payudara dikalangan ibu (kalau kena, sakit ooo)
-penjagaan kebersihan payudara (sebenarnya, tak perlu cuci payudara dengan sabun, kerana ada sesetengah jenis sabun boleh mengeringkan payudara dan menyebabkan payudara senang merekah apabila bayi menyusu)

8. Pendidikan kesihatan sebelum discaj
-penjagaan luka pembedahan
-kepentingan pemakanan seimbang (untuk mepercepatakn penyembuhan luka)
-teruskan penyusuan ibu
-perancang keluarga (jarakkan kelahiran sekurang kurangnya 2 tahun untuk mengelakkan ruptured of uterus di kehamilan yang akan dating. Ruptured ini membawa maksud kepada pecah)
-kepentingan tca di klinik postnatal.

Menjaga luka pembedahan ini memang agak leceh jika hendak dibandingkan dengan luka bersalin normal. Jangkamasa penyembuhannya agak lambat, pergerakkan terbatas, kadang kala kesakitan masih terasa dalam seminggu dua. Jadi, ibu ibu, jika masih ada peluang untuk bersalin normal, pilihlah. Jangan menyerah dengan contraction yang amat menyakitkan itu. Biarlah menangis semasa di labor room (CM pon menangis taw disebabkan contraction), tetapi sekurang kurangnya, risiko untuk komplikasi yang lebih bahaya itu kurang. Dan jika bersalin normal, tiada had berapa ramai anak yang kita mahukan. Untuk ibu ibu yang bersalin secara pembedahan, jaa diri elok elok, jaga permakanan, jaga keadaan fizikal dengan sebaik mungkin. Jangan gatal nak mengemas rumah, biar lah rumah macam kapal titanic pecah, biar.. Yang penting, ibu ibu sihat walafiat.


Salam saying, CM yang jadi burung hantu :P




tribute to : Puan Zerina Musa@Mat Isa
KJMPD'2011

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<