Thursday, December 10, 2015

Membuat domain sendiri

Assalamualaikum wbt..

9/12/2015
Setelah menunggu hampir 5 hari, domain tak settle lagi, CM mula mengambil keputusan untuk membuat domain sendiri. Tak sabar menjadi masalah CM sebenarnya, dan satu lagi, CM segan gila nak menyusahkan Mr. J. Dia pun tengah busy menguruskan segala perkara, CM pula sibuk bertanya tentang blog picisan ini.

Sudahnya, CM hentam kromo, kalau jadi, jadi lah.. Kita tengok result esok macam mana.. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .. hanya berbekalkan kos bawah RM100, CM transfer blogspot menjadi dot com. Pembayaran pun mudah, sama ada melalui bank transfer ataupun paypal. CM sebenarnya bukan rajin sangat blogging ni, tapi domain ni untuk menampakkan blog CM sedikit professional. Kononnya. Lagipun, ads pun hanya dari Nuffnang saja. CM tidak pernah apply untuk google ads, mungkin kerana CM lebih bergantung kepad Nuffnang daripada dulu lagi walaupun hasil dia tak seberapa. Saja suka suka nak letak. Blog ini pun CM buat untuk ilmu bersama.

Update: 10/12/2015
CM bukak blog, kalau mobile site, blog CM dah nampak okay, tetapi dari website, belum ada lagi pertanda dia nak muncul. Jadi, kena tunggu lagi, sebab kena ambil masa 12jam hingga 72jam untuk domain kembali stabil. Huwwaaaaa.. padah terlupa domain expired. Banyak sangat telan semut, tu yang berkarat sikit otak tu. :P Sabar je la. Kita tunggu esok pula. Incase berjaya, CM rasa nak offer buat domain kepada readers diluar sana. Amacam?? Ok tak? Korang hanya perlu sediakan, nama website, email, alamat (untuk billing invoice) dan phone number. Sejumlah wang yang anggaran dia kurang daripada RM100. Kalau berminat, contact CM di alamat email berikut : nur88afina@gmail.com (CM online 24jam) Hahaha.. Cuma respons agak lambat sikit, >.<

Update : 11/12/2015
Akhirnya, blog diari che misi dot com kembali ke wajah asal. Alhamdullilah... Bolehlah CM bernafas dengan lega nya. Hahahahahaha.. Cuma, setting header Nampak macam lari sedikit.. Tak sure dimana silapnya, nampaknya terpaksa CM bersengkang mata lagi untuk mencari kesilapan tersebut..



Ini lah rupa blog yang kembali ke pangkal jalan. T.T yang mengundah gelanakan hati CM sejak 4-5 hari ni. Www.chemisi.com masih boleh digunakan semula. Nak kena check balik setting nuffnang. Alamak.. Itulah masalahnya, lainkali beringatlah CM oiii...




Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah roger roger CM untuk tukar domain ye.. :)

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<