Thursday, July 25, 2013

Hari Terakhir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Selamat tinggal kawanku ~ ewah.. mood tetiba rasa nak menyanyi lak di bulan puasa yang sejuk ni (mau tak sejuk kalau terperap dalam ekon?) Hari ni (kalau cuti aku eso diluluskan) Insha Allah akan menjadi hari aku yang terakhir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Putrajaya dan mungkin juga menjadikan hari aku yang terakir sebagai warga Putrajaya. Huhu.. Selamat tinggal Putrajaya, mana mungkin aku lupa port aku dengan William suatu ketika dahulu. Kuikuikui.. William semakin uzur, semakin tenat, aku pun tidak mampu berbuat apa apa tentangnya...

Sebagai seorang kakitangan yang sementara, aku ditugaskan bukan dengan tugas hakiki, tapi apa nak buatkan, terima saja lah .. Sudah menjadi ketentuan aku sebegitu. Hehehe..


ni lah tugas yang aku buat sementara aku berada di SPP

Kerja simple.. sekejap je boleh buat, tapi amaun dia sangat banyak. Membuatkan perut aku sentiasa berdendang lagu raya tanpa memperdulikan bahawa tuannya sedang berpuasa. Huhu.. Kuang asam punye perut. Aku suka kerja di pejabat, tapi aku tidak suka hanya sekadar duduk, layan internet dan berblogging. Blogging kadang kadang membuatkan aku sakit kepala, kerana aku bukan sekadar menulis, tapi mengolah blog itu sendiri .

Tamat sudah perjalanan kerjaya ku yang selama ini banyak mencoret suka duka sebagai seorang remaja. Kini, tiba masa, aku berkhidmat sebagai dewasa, cuba menilai sesuatu sebelum melakukan sesuatu. Cuba menyelami keadaan orang lain, dan aku masih berharap, supaya aku menjadi orang dewasa yang berguna. 

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<