Tuesday, July 23, 2013

Contoh Surat Pelepasan Jawatan Dengan Izin

Memandangkan aku baru saja selesai membuat surat pelepasan jawatan dengan izin, so tangan mula rasa gatal untuk menguploadnya dalam blog bila aku tahu betapa susahnya untuk mencari contoh surat rasmi ini. Semoga bermanfaat :) 
Marry Anne
Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
64200 PUTRAJAYA

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
64200 PUTRAJAYA

Tuan

PELEPASAN JAWATAN DENGAN IZIN BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Saya Marry Anne (85xxxx-xx-xxxx) Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N17 yang sedang berkhidmat di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dengan ini memohon untuk melepaskan jawatan dengan izin bagi membolehkan saya menjawat jawatan baru iaitu Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Tarikh pelepasan jawatan dengan izin ini berkuatkuasa dengan tarikh saya melapor diri ke jawatan baru. Bersama sama dengan ini, saya sertakan lampiran surat panggilan untuk melapor diri untuk tindakan tuan.

2.       Segala kerjasama dan perhatian tuan berhubung dengan perkara ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih


(MARRY ANNE)
22/07/2013

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih..sangat berguna utk saya

Unknown said...

alhamdulilah.. ader jgk contoh.sy mmg tgh cari contoh surat pelepasan jwtn ni. terima kasih upload dlm blog.
:)

Post a Comment

thanks for commenting >.<