Friday, April 12, 2013

Trial Final Exam yang berakhir

Akhirnya !! Setelah berpenat lelah memerah kepala otak yang memang sedia kosong ini. Peperiksaan yang amatlah tidak disukai ini akhirnya berakhir. Aku adalah manusia yang paling gembira sekali. (sempat lagi aku menggunakan wifi "sekolah" untuk mendonlod segala game untuk iphone tua aku tu) Hehehe.. Memang seorang pelatih harapan la kalau macam ni cara aku belajar. Harapan menghancurkan peratusan dan reputasi. Huhu..

Keadaan dewan peperiksaan yang sempat aku curi. Dan, keputusan, agak memalukan untuk aku ceritakan. Aku gagal dalam exam praktikal. Gagal dalam subjek yang tidak sepatutnya aku gagal. Memang sungguh mengecewakan. Dari 5 stesen, aku gagal dalam 2 stesen. Prosedur cord dressing dan kateter. Huhu.. Sedey! Tidak mengapa, ganjaran atas segala honeymoon yang aku lakukan selama ini. Kan dok bangga dok tidoq ja pon boleh lulus lagi kan. Hah.. tu makan dia. Memang terbaek la.

Semua kenalan yang mengenali mulai membebel, kenapa aku boleh gagal. Sedangkan semua prosedur tersebut merupakan co-business aku. Aku diam. Tidak mampu untuk berkata. Silap sendiri. Akibat sikap yang terlalu ambil mudah. Sekali terkena. Padan muka. Hahaha. :P

Sebulan lagi, aku akan menghadapi satu lagi peperiksaan, kali ini bukan percubaan, tapi yang real punya. FiNAL Exam yang akan menentukan sama ada aku akan menjadi seorang MISI atau hanya PT (pembantu tadbir) sahaja. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk aku. :)

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<