Sunday, April 7, 2013

GudByE MeLaKa, WeLcominG PorT DicKson

Akhirnya, tamat sudah perjalanan ku di melaka. Kembali ke blok untuk menghadapi peperiksaan terakhir. Walau tidak banyak yang aku jelajah di Melaka, pengalaman selama sebulan berada di sana akan aku simpan kemas dalam ruang ingatan aku. Bagaimana menguruskan pesakit serta orang atasan, Huhu..

Sebenarnya aku masih lagi sakit kepala, kerana aku langsung tidak membelek buku. Padan la dengan muka pun kalau fail dalam exam kali ini. Hurm.. Memang dah kenyataannya begitu. Wahai kawan kawan dunia maya ku, doakan semoga ada "keusahaan" dan kerajinan untuk aku menjenguk buku buku. Otak semakin padat dengan mainan.. Huargh.. Aku off line dari iphone, tapi tertiba pula modem aku berfungsi. memang gangguan jiwa betol la.
Biarlah orang kata usaha itu tangga kejayaan, masalahnya sekarang, otak aku beku,. Aku masih lagi dalam mood berhoneymoon. Aku masih lagi berada di awang awangan. Dan aku masih lagi bermimpi indah indah. Kronik suda jiwa ku ini. Dan telah dimaklumkan bahawa trial exam aku bermula rabu ini, tetapi aku masih lagi setenang air yang di dalamnya belum tentu lagi ada buaya atau tidak.

Sampai di Port Dickson, perkara pertama yang aku lakukan adalah tidur. Tidur sepuasnya di atas katil yang aku tinggalkan hampir sebulan, bergolek dengan teddy bear aku yang dua eko ni. Memang huru hara, terbangun tidur pukul 12 pagi, itupun kerana perut meminta tuannya makan, megi tomyam sapa lah yang di atas peti sejuk aku kebas. kebulur punya pasal. Megi yang tidak mendatangkan kesihatan itu pun aku kebas. Apa nak buat. lantak la..

Masih merindui melaka.. heh heh heh.. biarlah..

1 comments:

Unknown said...

cukup cukuplah dengan honeymoon tu....
sekarang masa untuk ulangkaji... :)

Post a Comment

thanks for commenting >.<