Friday, April 5, 2013

Sahabat

Bila dikau telah aku panggil sahabat, sampai bila pun aku tidak akan melupakan mu..
Sampai bila nama mu tetap utuh dalam hati sebagai seorang teman
Saban masa nama mu akan aku rindui..
Sahabat,
Aku tidak meminta wang berjuta atas segala jasa
Semuanya aku lakukan kerana aku sayangkanmu ..
Cuma aku pinta, kirimkanlah khabar berita mu kepada ku..
Agar aku tahu diri mu sihat sejahtera..
Aku di sini seperti biasa, 
Ada masa aku tertawa gembira,
Ada masa hati terluka.. 
Usahlah dirisaukan.. 
Kerana hati ku masih lagi waja..
Cuma, dirimu yang aku bimbang..
Takut hilang pertimbangan..
Namun, dari kejauhan .. aku pohonkan agar kamu elok elok sahaja
Menjalani kehidupan yang gembira dengan cara kita yang berbeza...


Untukmu .. Hera.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<