Friday, April 5, 2013

Eh, kecilnya dunia

Dan begitu jika Allah mengkehendakinya. Sesungguhnya kuasa dan kekuatanNya diluar dugaan manusia. Dia yang mampu meluaskan segalanya.. Dia juga mampu mengecilkan semuanya. Dalam kejadian yang tidak aku duga sama sekali. Sejak sebulan praktikal di Melaka ini, aku akan bertemu dengan seseorang yang sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan aku. Haha.. dunia.. Minggu pertama aku bertugas di Hospital melaka, bekerjasama dengan Trainee Medical Assistant, mereka telah memberitahu aku bahawa minggu ketiga akan ada seorang TMA dari Sarawak dan sekaum dengan aku. Nak kira excited tu tidak juga, tapi aku tertunggu juga akan kedatangan dia. Bukan senang untuk aku berjumpa dengan orang sendiri dan bercakap dengan bahasa sendiri. Dan masa yang ditunggu telah pun tiba. Masih segar dalam ingatan bagaimana perbualan kami bermula.

TMA : Kak, boleh tolong saya x? (dia panggil aku kakak.. huuhu... takpe lah,)
AQ : Kenapa?
TMA : Saya nak masuk bilik 6, tapi kena ada peneman, saya tak boleh masuk seorang diri.
AQ : Awak Iban kah? (soalan yang langsung tiada kaitan dengan soalan di atas langsung..)
TMA : Ya.. kenapa?
AQ : So, bejaku iban ja lah ngau aku. (Jadi bercakap dalam bahasa iban saja la dengan aku)

Merah padam muka budak TMA tu. Dan bila ditanya asal dan kampung, sekali lagi aku dikejutkan dia juga sekampung dengan aku. Dan yang paling tidak aku duga, dia sepupu yang aku tidak pernah kenal selama ini. Hah.. di Semenanjung Malaysia juga kami berjumpa. Dalam bidang yang sama, cuma kerjaya yang berbeza. Dan sehingga, aku hampir habis praktikal, aku masih lagi tidak dapat mempercayai aku akan berjumpa dengan orang yang boleh mengubat sedikit kerinduan aku kepada ahli keluarga yang hampir 3 tahun tidak aku jumpa. Entah bagaimana rupa mereka, aku hampir lupa. Dan, sejak dari itu, keinginan untuk kembali ke tanah air sendiri semakin kuat. Ingin berbakti kepada kedua ibu bapa, ingin menemani mereka di hari tua. Sudah tiba masanya pula untuk aku korbankan segala apa yang aku inginkan demi kedua ibubapa yang tercinta.

Untuk kazen yang tidak pernah aku kenal itu, kemunculan kamu yang tidak aku duga, sangat aku hargai. Terima kasih kerana mengingatkan aku kepada leluhur aku, kepada bahasa yang hampir terpadam dari kamus kehidupan aku, terima kasih kerana membuatkan aku tidak terasa keseorangan walaupun kita bertugas hanya sekejap cuma. Precious moment that i will never forget.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<