Sunday, September 30, 2012

Salam Yang Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah begitu lama jari jemari kaku kematu. Kini aku kembali lagi dalam versi yang berbeza namun orang tetap sama. Siapa diriku biarlah rahsia. Aku tidak ingin mengupasnya. Cukuplah sekadar aku hanya aku. LoL ~

Aku seorang pelatih Jururawat Masyarakat ~ insyallah akan graduate tahun depan June 2013. Apa yang tertulis di sini selepas ini adalah pandangan peribadi salah seorang insan yang yang lemah daya di dunia ciptaan Allah swt.

Aku punya impian. Sangat tinggi. Bukan tidak mahu bercerita, masa nya belum tiba. Aku mungkin jua seorang penulis yang gaya bahasanya skema dan membosankan. Namun ia tetap punya hati. Aku bukan yang setia, namun aku tetap menghargai.

Bila mana manusia tidak mampu menerimaku, aku cuma berharap agar Allah melimpahkan kasih sayangnya kepadaku. Biar apa pun yang berlaku. Insyallah, aku akan hadapi walaupun pedih.

La tahzan inna allaha ma'anna...

2 comments:

Anonymous said...

Salam yang pertama :-) terima kerana Afina akan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan idea. Saya amat berminat untuk follow hehehh :-)

kotak kosong said...

Terima kasih Sam Sumi.. Hehehe

Post a Comment

thanks for commenting >.<