Sunday, September 30, 2012

Peralatan Menjahit Luka

Assalamualaikum. Hari ini  ahad, so esok aku kena mula bekerja. Aduh. Bila memikirkan kena bertugas, kepala otak aku terus geleng berpuluh kali, penyakit yang tiada ubatnya terus menghantui diri. Penyakit MALAS. Huhu ~

Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang ingin aku kongsikan untuk pengetahuan semua. Seperti tajuk di atas, peralatan menjahit. Bukan jahit kain ye.. jahit kulit dan otot manusia. Heh Heh..Untuk pengetahuan, luka semasa bersalin ni adalah sesuatu yang normal. Hendak tak hendak memang kena lalui, tak kira lah bersalin secara normal atau pembedahan. (Kalau untuk pembedahan, aku tak jahit lah ye.. itu kena serahkan kepada yang lebih arif.)

Gambar di atas adalah set untuk menjahit luka episiotomy. Episiotomy ini adalah satu prosedur menggunting perantaraan kemaluan dan anus untuk meluaskan ruang vagina bagi membolehkan kepala bayi melepasinya. Prosedur ini juga untuk mengelakkan luka yang dialami oleh ibu menjadi teruk ddan sukar untuk dibaiki.

Kita bermula dari set kanan -yang pertama adalah gunting episiotomy (untuk menggunting otot dan kulit), kedua adalah dissecting forceps (untuk 'memegang' otot dan kulit), gunting (untuk menggunting benang), needle holder (untuk memegang jarum bersama benangnya), non tooth dissecting forceps (untuk memegang benang), dan dua curve artery forceps (untuk memegang kapas dan gauze).

Kesemua peralatan ini akan dinyahkan kuman sebelum digunakan. Oleh itu, tanpa sarung tangan yang sterile, kami dilarang sama sekali untuk menyentuhnya demi untuk mengurangkan mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit. Oleh hal yang demikian, sekiranya anda berada di hospital untuk menjalani mana mana prosedur, elakkan untuk memegang peralatan dan kain hijau yang ada demi keselamatan anda. Bukannya kami kedekut nak bagi anda pegang ya. Kadang kadang, kami tidak mempunyai masa untuk menjelaskan perihal yang sebenarnya.

Peralatan diatas bagaikan kapak dan cangkul untuk seorang bidan seperti aku. Tanpa peralatan tersebut, pincanglah segala kerja. Sama sama kita mempelajarinya.  :)

4 comments:

sam sumi said...

Terima kasih kerana share :-) tak penah terfikir ada macam2 peralatan utk urusan potong n jahit bersalin. Really good info :-)

caHaya aFina said...

Time tu la baru nak merasa jadi doktor sket.. hahaha

sam sumi said...

Insyaallah :-) satu hari nanti bole jadi doktor :-)

caHaya aFina said...

Amin