Sunday, September 30, 2012

6kg newborn baby!

Pernah melihat atau pernah terbayang yang anda akan terjumpa bayi yang lahir dengan berat 6kg?! Itu yang kami temui beberapa bulan yang lepas (dalam bulan september 2012). Kami menerima kelahiran bayi lelaki dengan berat 5.92kg! Dibundarkan menjadi 6kg. Mungkin sukar untuk diterima akal. Namun itulah hakikatnya.

Cak!! Comel tak dia? Memang puas hati kalau mendapat bayi yang seberat ini. Tapi, agak mempunyai masalah dengan kesihatannya.Obesiti absolutely. Kemudian bayi cepat lapar. Mungkin dia akan menghadapi masalah jantung dan pernafasan. Oleh kerana itu, bayi ini ditahan  di dalam wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk tempoh yang tertentu.

Ibu kepada bayi, didiagnos menghidap GDM on insulin, iaitu kencing manis semasa mengandung dan menjalani rawatan insulin. Oleh itu para ibu dan bakal ibu, serta para ayah dan bakal ayah, menjaga kandungan di awal usia sangat penting. Ini kerana permakanan kita bukan sahaja memudaratkan kita sebagai tuan punya badan, tetapi bayi yang berkongsi nyawa dengan kita. Mungkin kita suka dan gembira ketika dia masih kecil (kerana dia amat comel) tetapi ia akan mempunyai masalah kesihatan apabila membesar kelak.

2 comments:

Anonymous said...

Saya setuju :-) parents harus jaga pemakanan, supaya mereka dan anak mereka akan sihat :-) cuma, apabila makanan manis tidak sihat & segera ada di mana2, orang suka pilih makanan2 mcm tu berbanding makanan sihat rendah lemak kurang gula byk serat dan yg membantu amtibodi. So, tepuk dada - tanya doktor? hehehh :-)

Anonymous said...

antibodi :-)

Post a Comment

thanks for commenting >.<