Wednesday, October 16, 2013

Intravena Pitocin Versus Air Seluruh

Salam readers... Ini response saya untuk pertanyaan "anonymous" bersempena tajuk post saya "Air selusuh - Kesan Kepada Ibu mengandung". Banyak yang singgah, ada yang menjadi silent reader, tak kurang juga mempersoalkan kenapa saya berbicara sedemikian rupa. Yalah, saya tahu, apabila menyentuh hal agama, ia akan menjadi lebih sensitif untuk sesetengah orang. Tapi pernahkah terfikir kesannya? Ada seorang klien berkongsi pengalaman dengan saya, dia mendapat info tentang air selusuh dari blog yang dikendalikan oleh seorang doktor. Yang mana di antara info tersebut, air selusuh berfungsi sebagai pembuka jalan, tapi malangnya, para ibu tidak pernah tahu, bilakah harus mereka mengambil minuman tersebut menyebabkan air selusuh ini mendatangkan mudarat kepada mereka kerana telah memaksa pintu rahim terbuka sebelum tiba waktunya. Dan kebanyakkan yang menjadi 'mangsa'(maafkan saya) air selusuh ini adalah ibu yang kali pertama melahirkan.

Jika anda 'google' atas carian air selusuh doktor anda akan menemui beberapa entry yang tidak menggalakkan penggunaan air selusuh ini. Oh ya, tapi bagaimana pula dengan IV Pitocin yang digunakan oleh pihak Hospital? IV Pitocin lebih kurang menjadi air selusuh zaman moden. >.< Berkenaan dengan IV pitocin, ada cara dan masa bila keadaan ini diperlukan. Memasukkan pitocin, atau dikenali sebagai Augmentation ( sebutan = o-men-tey-sen) adalah satu proses untuk menpercepatkan proses labor. Contoh kes kes yang memerlukan Augmentation adalah ibu yang terlebih hari (post date), atau Light meconioum Stain liquor (LMSL) (iaitu satu keadaan yang menunjukkan bahawa janin telah berak di dalam perut) atau beberapa keadaan lagi yang ditentukan oleh Dr.


Sebelum Augmentation dilakukan kepada seseorang klien, Fetal Heart Rate (denyut jantung janin) haruslah reactive, (tidak bermasalah), kontraksi yang dialami oleh ibu biasanya tidak regular dan kurang dari 4:10:45sec (sebutan = 4 in ten 45 sec), dengan kata lain, kesakitan yang dialami oleh ibu tidak begitu kuat. Dan, proses ini harus mendapat arahan daripada doktor setelah keadaan ibu dan janin dipantau (observe).

Persoalannya sekarang, mengapa Augmentation boleh dilakukan sedangkan minum air selusuh pula tidak? Sedangkan, perkara tersebut lebih kurang sama. Ya, sama tapi tidak serupa. Pertama, kami tahu bila, apa, berapa, kenapa keadaan ini diperlukan. Contoh, bila kami harus memulakan Augmentation, apa yang diperlukan untuk Augmentation, kenapa kami memerlukan Augmentation. Sedangkan air selusuh yang anda minum, adakah anada tahu, bila anda harus mengambilnya? Kenapa anda mengambilnya? Adakah anda bersedia dengan risikonya? Atau akhirnya............ 

Berikut adalah persediaan untuk Augmentation. Contoh situasi " klien yang telah melebihi due tarikh bersalin dan telah mendapatkan induce of labor di wad, dengan kontraksi 1:10:25sec" Augmentation dilakukan setelah memperhatikan Denyutan Jantung Janin selama 20 minit dan didapati denyutan jantung janin adalah reactive. Cara penyediaan pitocin adalah : syringe out 9 mls distilled water ke dalam syringe 10ml, kemudian syringe out 1ml pitocin (1 ampule) ke dalam syringe yang sama. Masukkan dos yang diperlukan ke dalam 500mls (1 pint) Hartman's atau Normal Saline 0.9%. Aliran pitocin ini akan dikawal oleh mesin drop map menigkut rejim yang ditetapkan. Bagi primigravida (mengandung kali pertama) rejim yang dibolehkan adalah 2 unit pitocin, 4 unit, 8 unit bagi multipara (mengandung kali kedua hingga ke lima) 1 unit, 2 unit, 4 unit dan bagi grandmultipara (kandungan ke enam dan seterusnya) 1/2 unit, 1 unit, 2 unit. 

Kontraksi klien akan dipantau setiap setengah jam sekali, dan unit pitocin akan dinaikkan sekiranya kontraksi klien tidak melebihi 4:10:45sec. Sekiranya kontraksi klien telah mencapai 4:10:45sec, rejim akan dikekalkan dan sekiranya kontraksi melebihi 4:10:45sec, rejim akan dikurangkan. Maknanya, kami boleh mengalir berapa banyak aliran yang akan memasuki badan klien. Bahkan, kami boleh menghentikan aliran tersebut dengan serta merta sekiranya keadaan tidak mengizinkan Augmentation diteruskan. Contohnya "Fetal Distress".

Tetapi, adakah air selusuh mampu bertindak sedemikian? Adakah anda mampu mengawal dos yang anda perlukan? Atau yang lebih penting, adakah anda tahu, berapa dos yang anda perlukan untuk anda mempercepatkan proses kelahiran anda? Tidak. Anda tidak tahu. Anda tidak tahu berapa cm pintu rahim anda terbuka, anda tidak tahu apa yang kami maksudkan dengan kontraksi, dan bagaimana kontraksi yang boleh membantu anda untuk bersalin, anda tidak tahu bagaimana keadaan janin yang berada di dalam rahim anda yang kami pantau dengan mesin. Malah ada sebahagian mengadu tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Minta maaf, kami ingin kedua anda dan anak anda selamat keluar dari labor room, jadi kami melakukan sedemikian, mungkin ada di antara kami tidak menjelaskan kenapa harus kami melakukan sesuatu prosedur, kadang kadang kami terlupa, kami juga manusia, dan tidak salah jika anda bertanya. Dan apa salahnya jika anda meletakkan sedikit lagi lebih kepercayaan kepada kami untuk membantu anda.

Jadi kepada Anonymous yang bertanya, semoga entry ini mampu menjawap persoalan anda :) Jika tidak, silalah tanya lagi, dan saya akan rujuk kepada yang lebih arif daripada saya. Sekian, semoga bermanfaat. >.<



4 comments:

Anonymous said...

terima kasih. pengalaman bersalin anak pertama dahulu, saya tidak sempat minum air selusuh, hanya teguk air milo sebelum masuk ke LR. alhamdulillah proses bersalin mudah, sakit hanya dua kali ganda dari sakit senguggut. kali kedua bersalin (induce), bukaan baru 3cm saya dah minum air selusuh (genggam kacip fatimah). sakit yang teramat namun baby masih belum nak keluar.. sejam dua selepas melahirkan diserang pula penyakit rengat.benar, saya tidak tahu waktu sesuai utk minum air selusuh ini. In sha allah utk kali ketiga ini saya akan minum air tawar yang dibacakan doa oleh suami shaja. ini juga satu ikhtiar dan kuasa penyembuhan hanya dr ALLAH SWT jua.

MizzMal said...

Assalamualaikum Dr. info yg amat menarik berkenaan air selusuh. Saya ada pertanyaan. Menurut maklumat, air selusuh adalah air yg dibacakan ayat2 tertentu daripada Al-quran. Bermaksud, dari sudut sainsnya, air selusuh hanyalah H2O...sedangkan IV pitocin sudah tentu nya mempunyai bahan kimia tertentu (jujurnya sy tidak maklum apa bhn nya).

Jadi, dari segi logik sains nya, bagaimana kah H2O (air selusuh) ini sangat memberi impak kepada proses kelahiran? Sehinggakan pihak Doktor dan nurse boleh memarahi menyindir ibu seolah2 mereka telah meminum sejenis dadah yg amat merbahaya?

Saya amat musykil. sangat musykil sebenarnya..mula2 saya ingat air selusuh adalah air yg mungkin telah dicampur akar2 kayu, daun kayu, herba, bijian dll yg mungkin merbahaya, yg kemudian di masak oleh dukun/bidan dengan adat dan tertib yang menjurus kesyirikan. Tetapi ada air selusuh yg hanya sekadar air yg dibacakan ayat al-Quran (tiada campuran sebarang bahan lain), hanya sebagai ikhtiar bukan berniat untuk menidakkan kesakitan yg wajib akan dialami oleh ibu bersalin.

Mohon penjelasan dari sudut sains, berkenaan bahan utama di dalam air selusuh yang sangat memberi impak kepada proses bersalin. Terima kasih Doktor.

kotak kosong said...

Waalaikumussalam MizzMal.. Pertama sekali saya ingin betulkan, saya bukan seorang doktor.. dan nyata sudah title blog ni pon che misi yang punya. Yang kedua, berkenaan dengan air selusuh, yang mana post ini adalah respon kepada post yang lepas (http://www.chemisi.com/2012/10/air-selusuh-kesan-kepada-ibu-mengandung.html).. Mungkin saya patut copy paste balik dalam ruangan komen ini.

Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin untuk mengelakkan sebarang risiko berlaku. Contohnya, jika ibu terpaksa menjalani pembedahan, ada kemungkinan air atau makanan akan masuk ke paru paru disebabkan semua sistem dalam badan akan berada dalam keadaan relax.

Kedua : Air Selusuh ini seolah olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan waktu nya belum tiba. Ini lah yang akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang menggunakan air selusuh ini meracau akibat tidak tahan dengan kesakitan. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. Tidak kurang juga, yang dibantu dengan vakum dan forcep, gara gara amalan ini.

Ketiga : Ini pandangan peribadi aku sebagai seorang Islam. Apabila kita cuba memasukkan sesuatu yang suci dalam badan kita, dan kita sendiri belum tentu 'suci' lagi. Ini akan menyebabkan kita menanggung kesakitan yang agak luar biasa. Bak kata mereka, sakit itu adalah cara menghapus dosa. Betul, tapi bukan dalam keadaan sebegini. Anda faham apa yang ingin aku sampaikan? Bahasa mudahnya, seoalah olah kita menyentuh al Quran dalam keadaan kita sendiri tidak berapa nak bersih. Kadang kadang seolah olah kita mengharapkan air tersebut daripada Allah sendiri. - See more at: http://www.chemisi.com/2012/10/air-selusuh-kesan-kepada-ibu-mengandung.html#sthash.aPTN9UHh.dpuf

Jika puan/cik faham dengan point saya yang ketiga. Secara terus terangnya juga, saya tidak boleh menerangkan secara sains, kerana hidup kita bukannya bergantung pada sains semata mata. Dan seperti yang saya nyatakan dalam post saya kali ini, pitocin ini, kami boleh kawal penggunaannya. Tapi kesan air selusuh tak mampu nak dikawal. Terpulang pada puan/cik nak minum atau tak. Apa yang kami mampu buat bila puan puan menjerit kesakitan? Hanya mampu tengok dan beri ubat tahan sakit yang mana tak mengubah apa apa pon. Ada yang berjaya dengan air selusuh ni. Nisbah dia hanya 1:50.. Fikirkanlah.. Terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum.. maaf kalau sy tersilap tp dr apa yang pernah saya belajar daripada cigku sains di sekolah dulu, air(H2O) itu td apabila dibaca atau dihembuskan sesuatu ke dlmnya akan menukar atom2 air tersebut.. sbb tu air(H2O) bila dibacakan ayat2 suci al-quran menjadikan air tersebut air penawar yg digunakan sebagai kaedah/ikthiar dlm menyembuhkan/mengurangkan sakit.. wallahualam..

Post a Comment

thanks for commenting >.<