Friday, November 23, 2012

Sebulan yang lalu

Sebulan berlalu, dan aku telah pun meninggalkan hospital tempat bahan bahan untuk blog aku ini. Penat travel setiap hari telah pun hilang kerana kini, aku bertugas pula di sebuah klinik kesihatan (tempat dirahsiakan buat sementara waktu, takut nanti ada peminat, tak pasal pasal kerna serbu) (perasan ~). Hahaha.. Walaupun kehidupan di klinik agak membahagiakan, tetapi kini aku menghadapi masalah kerana laporan selama sebulan aku tidak siapkan. Mampus! Tak larat u..

Minggu pertama aku sampai di area klinik, aku demam, sehingga hari ini aku masih batuk. Pertama mungkin aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang jauh dari bandar dan dikelilingi pokok tebal. Uwaaaa ~ Dan yang kedua, aku demam mungkin disebabkan setiap kali balik kerja aku akan basah kuyup dek disebabkan hujan. Aku bukan jenis yang senang untuk mendapat demam, tapi bila dah demam, untuk kebah agak susah. Minggu kedua, cuti deepavali dan awal muharam, seronok lah aku kerana kerja cuti, kerja cuti... Bila tiba tang cuti, aku bergolek golek di atas katil sementelah rakan rakan aku yang lain sibuk update report. Dan sekarang ni, aku yang terkial kial.. Huhu.. kalau boleh taip takpe la jugak. Hadoi..

Ini hanya luahan perasaan.. Al maklumla, nama nye pon diari kan.. heh hehe.. sesi beramah mesra sebelum ilmu dari klinik pula menyapa.. Selamat malam ols..

1 comments:

Unknown said...

Semoga Afina cepat sembuh :) dah lama saya tunggu nak baca blog nihh hehehh dulu Sam Sumi sekarang IrySam Hisa :p anyway, semoga dapat siapkan report yang tertangguh tu, n dapat share pengalaman2 baru di tempat baru :) yang dirahsiakan tu hehehh

Post a Comment

thanks for commenting >.<