Ini lah dia yang membawa kesengsaraan kepada aku sepanjang 2 tahun aku belajar ni. Hehe.. Buku report pengalaman yang harus aku siapkan. Owh.. Lupa pulak, dan aku sekarang berada di Melaka Bandar Bersejarah. Sedang menjalani pratikal yang terakhir di Hospital Melaka. Tak sempat untuk berjalan jalan. Lagipun aku tak larat nak berjalan. Jadi, rutin utama aku di sini adalah, tidur, makan pergi kerja, balik kerja, makan, singgah kedai apek beli aiskrim (nanti aku snap gambar kedai apek tersebut) dan tidur. Begitu lah kehidupan aku. Hari ini aku mampu mengepost sesuatu
Kertas laporan yang aku jumpa dalam timbunan kotak, kertas laporan yang membuktikan bahawa sebenarnya aku telah melengkapkan kes. Tetapi, malangnya pada hari kejadian, aku tidak pula terjumpa kertas tersebut, dan menyebabkan aku dilabelkan sebagai seorang pelatih yang bermasalah. Isk isk isk... hakikat dan kebenarnya, aku telah pun melakukan kerja yang sebaik mungkin. Tidak mengapa, sekurang kurangnya aku tidak pernah lari daripada kenyataan. jadi, biarlah aku dipersalahkan pada awalnya, kerana selepas itu mereka akan tahu, aku bukan orang suka melewatkan kerja. Alhamdullilah, setakat ini kerja aku dah settle.
Oklah u oll.. Semoga berjumpa di lain masa. Che Misi cuuba untuk memejamkan mata.. Hiks
0 comments:
Post a Comment
thanks for commenting >.<