Friday, March 29, 2013
Teman Baru
Hurm.. Salam dalam bisu.. Sejak kebelakangan ini, aku mula merasa sesuatu yang semakin hilang. Teman mungkin. Terasa kembali kekosongan hidup, tiada kemeriahan. Hadoila... Dunia aku sebagai seorang pelatih semakin menampakkan keharu biruannya. terbaru, aku mendapat cerita bahawa 10 daripada 147 orang tidak layak untuk menduduki final exam. Aku semakin kelam kabut. Jadi mungkin tiba masa aku perlukan seseorang yang bukan aku untuk menggantikan aku buat semenatara waktu. Yang mana, bidang yang dia ada jauh berbeza dengan aku, mungkin dari segi seni atau gaya bahasa. Siapa tahu. Semua orang tahu, aku mempunyai gaya bahasa yang kaku, yang tidak menarik perhatian orang lain untuk membacanya. Uwaaa..
Jadi, aku telah menghantar beberapa invitation kepada beberapa orang kenalan alam maya untuk sama sama menconteng dalam dada buku yang kelihatan semakin lusuh ini. Buat sementara ini, hanya seorang yang yang akan menyertai, jadi, aku kenalkan sebagai Si Buruk Rupa (SBR). Mungkin tidak mengapa untuk menambah dua tiga orang penulis. Atau hanya aku seorang? Entahlah~ yang pasti aku ingin pastikan laman ini terus hidup walaupun segan :P

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
thanks for commenting >.<