Thursday, March 21, 2013
12 Perkara Pemeriksaan Vagina
Pemeriksaan vagina biasanya dilakukan oleh anggota perubatan/perawatan yang terlatih. Selalunya, pemeriksaan vagina ini sangat berkait rapat dengan keadaan ibu yang sedang dalam proses bersalin. Memandangkan aku seorang pelatih Jururawat masyarakat, sudah tentunya rutin kerja aku lebih kepada ibu ibu antenatal. (aku cuba google untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan vagina, tetapi apa yang aku dapat agak mengecewakan) Jadi, aku m mengambil keputusan untuk mendedahkan serba sedikit ilmu yang aku pelajari kepada umum. Kenapa? Sebab anda mempunyai hak untuk mengetahui yang terjadi dan yang berlaku kepada anda dan kenapa kami sebagai anggota kesihatan melakukan perkara yang sedemikian.
Pertama sekali , tujuan pemeriksaan vagina :
1. untuk mengambil specimen ~ i) Vagina Swab untuk culture dan sensitivity ii) Papanicolau smear
2. untuk menilai kemajuan labor
3. untuk mengesahkan sama ada ibu berada di palse labour atau true labor
Terdapat dua cara pemeriksaan vagina iaitu pemeriksaan vagina secara digital (dengan memasukkan jari ke dalam vagina) dan pemeriksaan speculum.
Indikasi dalam pemeriksaan vagina.
1. mengesan probable signs kehamilan seperti :
- Hegar's Sign
* menilai (asseing) softening dan compressibillity isthmus di antara 6 hingga 12 minggu gestasi.
- Osiander's Sign
* tambahan pulsation of blood di dalam ateri uterus di mana ianya boleh dirasai dengan jari di bahagian
lateral vaginal fornices pada 8 minggu gestasi
2. Pelvic assesment
- apabila primigradiva (ibu yang mengandung kali pertama), kepala fetus tidak engaged(turun) semasa 38
minggu kehamilan bagi mengesan Cephalo Pelvic Dispropotion.
3. Lewat Kehamilan
- untuk melakukan Bishop Score bagi menentukan serviks seseorang itu sesuai atau tidak untuk induction
of labour.
4. Infeksi
- untuk mengambil High Vagina Swab iaitu contoh spesisemen jika seseorang itu mengalami discaj yang
banyak/ abnormal dari vagina
5. Semasa labor
- untuk mengesahkan klien dalam true labor atau false labour
- menilai progress labour melalui pembukaan os, effacement of cervix dan station
- mengesahkan presentasi fetus dalam kes kes di mana ibu terlalu obese atau primigravida dimana
abdomen terlalu tegang dan sukar untuk melakukan palpasi abdomen
- mengesahkan peringkat kedua labor apabila ibu sentiasa atau rasa hendak meneran
- merancang sama ada enema boleh diberikan
- mengesan faktor yang menyebabkan prolonged labor seperti posisi oksipito posterior dan malpresentasi
- mengesan cord prolapse selepas ruptured of membrance dalam kes kes
* polyhidromnious
* kembar yang kepala tidak engaged
* abnormal presentasi
- menentukan kedudukan dan presentasi fetus sebelum membantu kelahiran menggunakan forcep atau
vakum
- menentukan kedudukan dan presentasi kembar kedua sebelum ruptured of membrance dilakukan
- selepas jahitan - tentukan sama ada suture tidak terlalu ketat atau benda asing tertinggal seperti gauze dan
tampon
- memeriksa saiz uterus sama ada berlaku involusi dan posisi uterus kerana semasa labour uterus mungkin
akan berubah menjadi retroverted
- mengesan cervical erotion
Kontraindikasi untuk melakukan pemeriksaan vagina :
1. placenta previa
2. antepartum haemorrhage
3. premature labor
4. Intra uterine dead (boleh meningkatkan kadar infeksi)
12 PERKARA PEMERIKSAAN VAGINA
exp : Normal result with Right Occipito Anterior (ROA)
Vulva : bersih, ada show, clear liquor, tiada vena verikos
Vagina : lembap, suam
Servik : partial efface
Os Dilatation : 7 cm
Membrance : intact
Presentasi : vertex
Posisi : Right Occipito Anterior (ROA) posterior fontanalle dapat dirasai di quadrant anterior kanan pelvik
ibu dan suture sagital berada di garis pusat dan menyerong ke kiri pelvik ibu.
Spina Iskium : Tidak menonjol
Station : 0 - berada di paras spina iskium
Pubic Arch : Muat 2 jari
Rectum : Kosong
Intertuberositi : muat 4 knuckles
Keputusan : no cord presentation, no placenta presentation, no moulding, no caput
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
boleh cik misi jelaskan bagaimana nak cek bukaan jalan ketika nak bersalin? dulu saya ingat nurse akan guna pita ukur.....-LILY
Masukkan dua jari ke dalam vagina, nanti dua jari tersebut akan dapat "merasa" pembukaan, buka dua jari mengikut bukaan.. dan setiap bukaan itu kita boleh dapat berapa cm
Post a Comment
thanks for commenting >.<