Monday, January 7, 2013

Salam Bicara Luka

Assalamualaikum.. Lama sudah tidak berblog.. lama juga tidak online. kekangan masa, kekangan waktu. Kekangan line yang tidak berapa nak bagus membuatkan aku semakin malas untuk mengonlinekan diri. Huhu~ Teringin nak menceritakan hal peribadi bila ketiadaan idea untuk menulis. Saat suka dan duka, antara benci dan rindu, antara tawa dan sakit hati. Tapi aku terpaksa rahsiakan atas sebab sebab tertentu dan sudah tentu aku bukannya seperti sesetengah blogger yang mudah berkongsi kehidupan peribadi dengan orang luar. Terlalu bahaya walaupun aku bukan anak orang kaya. 

Cuma hari ini, aku tergerak hati menulis serba sedikit mengintai ruang peribadi yang serba sedikit. Perkara pertama untuk hari ini adalah LENGGENG kawasan praktikal aku ketiadaan AIR. Time takde air tu pulak la perut kesayangan aku ni meragam. Huhu.. haru biru kehidupan aku. Hari ini pengajar datang, lagi lah haru biru, huru hara.. Bergelodak isi dalam perut dan otak aku, cuma tinggal tak terkeluar isi nya sahaja. Haha.. 

Layan Istanbul Aku Datang ~ sebuah cerita yang mengingatkan aku pada status seseorang. "Istanbul Aku Datang mengajar bahawa peluang tidak akan datang dua kali, dan jika ianya datang dua kali pun ia tidak akan sama pada yang kedua". Yup! peluang kedua sememangnya tidak akan sama dengan peluang kali pertama. Siapa tidak pernah buat salah, siapa yang tidak pernah buat silap. Aku juga tidak terkecuali, aku bukan malaikat yang diciptakan sempurna, aku hanya manusia biasa. Kadang kadang setiap kesilapan yang kita buat bersebab, kadang kadang, kita buat silap tanpa kita sedari. Dan siapa yang boleh menerima kesilapan kita, memaafkan kita dan memberi peluang kali kedua? kalau ada, nisbah 1:1000. Bila orang dikhianati, dia lebih rela melepaskan orang yang mengkhianatinya pergi dari kehidupannya. jarang sekali yang sanggup memberi peluang kedua. Aku juga di golongan yang akan merelakan orang itu pergi, namun, aku diuji. Aku mengkhianati orang yang mempercayai aku, akibatnya aku terima, tapi aku diberi peluang kedua. Kadang kala, aku tertanya tanya kenapa aku diberi peluang kedua. Akhirnya, aku mengerti, mungkin suatu hari nanti aku mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama. Maka, aku belajar untuk memaafkan orang lain dan memberi peluang kedua. 

Situasinya sama, kenapa aku sanggup menolong orang. Kerana aku pernah berasa susah, kerana aku pernah berasa keseorangan di saat aku memerlukan. Dan Allah hadirkan setiap hambaNya untuk membantu aku, dan setiap pertolongan yang diminta aku cuba usahakan sedaya yang aku mampu. Kerana aku pernah merasa susah. Itu saja. Mendapat peluang yang kedua tidak sesenang dan tidak semudah yang disangka, luka yang kita tinggalkan kadang kadang terlalu dalam sehingga sukar untuk pulih, dan jika pulih pun pasti akan meninggalkan parut yang jelas. 

Aku bukan meminta simpati sesiapa, ini hanya sekadar berkongsi pengalaman. jangan kelak kita akan kehilangan  orang penting dalam hidup kita hanya kerana rasa yang tidak puas hati, hanya kerana kecil hati yang tidak mampu kita luahkan. jangan nanti kita akan merindui kenangan yang pernah kita ada. Hargai apa yang ada di depan mata kita, jangan cuba untuk mengejar sesuatu yang belum pasti bagus daripada apa yang kita ada. 


caHaYa afina

1 comments:

Unknown said...

Second chance :-) itulahh tema post pada kali ini, raser nyer. Saya tidak pernah berada dalam situasi sama memberi @ menerima peluang kedua :-) tapi saya amat faham maksud ayat terakhir dalam post ini. Hargai individu2 yang berada di sisi kita :-) always!

Post a Comment

thanks for commenting >.<