Tuesday, December 1, 2015

Penjagaan luka bersalin

Assalamualaikum wbt reader.. Kali ini CM nak kongsikan bagaimana untuk menjaga luka akibat dari bersalin. Mungkin sesetengah daripada kita mengambil mudah akan perkara ini, namun sekiranya luka tidak dijaga dengan elok, maka boleh menyebabkan berlakunya jangkitan dan sekali gus menyebabkan pendarahan.

Kebiasaannya, luka tersebut akan sembuh dalam masa 1-2minggu bergantung kepada cara penjagaan dan keadaan luka tersebut. Perkara utama yang harus puan puan ambil kira adalah keadaan luka, setiap periksa luka anda sama ada mempunyai kemerahan atau bengkak, serta sakit apabila disentuh. Sekiranya terdapat tanda tanda begini, beritahu pada jururawat yang datang melawat atau puan harus segera ke klinik yang berdekatan. Jangan tunggu sehingga luka sudah nampak bernanah.

Penjagaan fizikal:
1. Sentiasa lap kering kawasan luka sebelum puan memakai pad baru.
2. Sentiasa tukar pad setiap kali puan pergi ke toilet (tak kisahlah buang air besar ke atau kecil ke) walaupun darah tidak kelihatan banyak pada pad.
3. Jangan sapu apa apa minyak pada kawasan luka. Kita takut ada kuman kuman yang tidak dikehendaki akan merebak ke kawasan luka. Cukup cuci saja dengan air suam. CM dulu amalkan dengan berendam dengan air garam. Tetapi bukan garam yang CM beli kat pasar, itu memang hospital bekalkan.
4. Elakkan memakai seluar yang ketat, ini bagi membolehkan pengudaraan berlaku. Kuman mudah membiak di kawasan yang lembap. Disebabkan itu, orang orang dulu lebih selesa memakai kain batik.

Pemakanan:
Salah satu elemen yang agak penting semasa penjagaan luka bersalin ini adalah pemakanan. Protein yang cukup akan mempercepatkan proses penyembuhan. Oleh yang demikian, puan dikehendaki mengambil diet protein sesuai mengikut diet pantang puan. Contohnya ikan dan ayam. sesetengah ibu berpantang, mereka tak boleh makan ikan, sesetengah pula boleh makan ayam. Bagi CM sendiri, diet berpantang CM adalah ayam kampung dibuat sup dan ditambah dengan banyak halia tanpa perasa (maksudnya tiada garam langsung). Tetapi, bila berpantang dengan mak mentua, CM dapat makan ikan tenggiri masak lemak cili api campur pegaga lagi tu. Hahahaha.. jadi terpulang pada adat berpantang masing masing.

Cuma, banyakkan makan sayur sayuran dan buahan untuk mengelakkan sembelit. Kerana, biasanya ibu berpantang ni mudah mengalami sembelit dan sembelit ni akan mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat pada jahitan. Kalau puan rasa bersalin itu sakit, sembelit ni sekali ganda lagi dia punya sakit. So, elakkan. Boleh beli ubat dekat farmasi. Standby awal awal pun xpe. Nanti nak harapkan suami yang pergi beli, mungkin ke laut la jawapannya. ('',)

Satu lagi nak pesan, elakkan melakukan kerja kerja berat semasa berpantang ye puan puan. Lantak p la kalau orang kata kita ni pemalas. Yang sakit bukan mereka, tapi kita. Jaga emosi diri elok elok. Jangan mudah terbawa bawa dengan perubahan emosi, yang mana kita merasakan kadang kadang orang sekeliling kurang menyayangi kita. Itu disebabkan perubahan hormon.

Selamat berpantang.

0 comments:

Post a Comment

thanks for commenting >.<