Tuesday, December 8, 2015

Normalkah perut bayi buncit?

Assalamualaikum wbt, hi all..

Terkenang dengan si kecik, membuatkan CM update dengan post yang kadang kala tak pernah terlintas pun di minda CM ni. Melihat keadaan anak kecil itu yang terkedek kedek dengan perut nya buncit membuatkan CM terfikir, normalkah? Atau ada masalah lain? Anak itu Nampak sihat dan aktif. Tiada yang membimbang dari segi pembesaran dia, cuma keadaan fizikal yang kurang serupa dengan peguin itu menyebabkan CM sedikit ragu. Maklumlah, CM belajar tentang pembesaran kanak kanak hanya ketika zaman kolej. Bila dah bekerja, CM lebih kepada pengjagaan ibu. Jadi CM google, dan mendapat beberapa input yang CM rasa patut untuk CM kongsi untuk pengetahuan kita bersama.


"Anak saya umur setahun.. sy tgk perut dia pelik sgt..buncit..so far dia berak normal, najiis dia normal.. xtau nape perut dia buncit..kawan2 apa faktor baby buncit..terlalu byk minum susu ke?"




"tadi dok google la, mat2 saleh (mak2) pun ramai yg risau pasal ni.. satu jawapan saya suka, sebab katanya perut toddler kurang otot.. jadi tak dapat nak 'memegang' dgn kemas organ dalam perut/ badan dia... tu sebab membulat... tapi cuba suruh dia baring, perut dia akan lebih flat berbanding dia tegak..."



"anak saya aisyah pun mcm tu..org2 tua jenuh tegur..byk kali juga jumpa doc..termasuk paed..semuanya kata ok..explanation doc, organ2 dah membesar..tapi ruang sempit..bila dia grow up..dan ruang dah besar.semua organ back into position..lps tu tak buncit dah...alhamdulillah skrg dah 3thn lebih..ok je.."




"saya dah dapat jawapabnya.... buncit sebab cacing kut..lepas jer bagi minum ubat cacing perut dia dah tak buncit lagi...."



Melalui perbincangan yang CM dapat ini, perut buncit anak berkemungkinan besar normal, sekiranya anak anda aktif, selera makan seperti biasa. Atau anda boleh bagi anak makan ubat cacing mengikut dos yang ditetapkan. Biasanya bayi berusia 1 tahun boleh mengambil ubat cacing tetapi dengan separuh dari dos biasa.

Namun sekiranya terdapat gejala gejala seperti ini :
1. Kulit bayi kelihatan kekuningan dan perut di sebelah kanannya agak keras. Ini bermakna, organ hati anak bermasalah dan mengalami pembesaran.

2. Bayi kelihatan lemah dan pucat, organ limpa anak sedang membesar dan bahagian kiri perut terasa keras, ini mungkin thalassemia.

Jika puan puan masih ragu ragu, segera bawa anak ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut.


1 comments:

cik chinta said...

tq for info

Post a Comment

thanks for commenting >.<