Entry kali ini, Cm nak ketengahkan tentang topic kencing manis semasa mengandung atau medical termnya adalah Gestational diabetic Mellitus (GDM). Diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana metabolism karbohidrat terganggu di dalam badan ibu. Ini disebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak cukup dari sel Islets of Langerhans di pancreas. Pendek kata, GDM ini adalah intoleren karbohidrat yang menyebabkan hyperglycemia (terlebih kadar gula dalam darah) yang berbeza keterukan dengan onset(kenalpasti) pertama kali semasa kehamilan - WHO 1999.
Bagaimana???
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormone yang dihasilkan oleh placenta/uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin (insulin resistance). Beberapa hormonseperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan menganggu pengeluaran insulin. Placenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, yang mana akan menyebabkan lebih banyak hormone penghalang dikeluarkan dan menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Lazimnya, organ pancreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Namun, jika gagal, maka GDM akan berlaku.
Setakat ini, CM harap readers boleh faham bagaimana GDM boleh berlaku terhadap seseorang ibu.
Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
1. Sesiapa sahaja wanita boleh mengalami GDM semasa mengandung.
2. Pesakit yang sememangnya menghidapai diabetes berisiko tinggi menyebabkan keadaan yang lebih teruk
3. Sejarah keluarga (mak atau ayah kepada wanita) menghidapi DM (kencing manis)
Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
1. Wanita berumur >35tahun
2. Menghidapi GDM semasa kehamilan lalu
3. Mengalami masalah berkaitan semsa kehamilan lalu seperti hipertensi (darah tinggi), polyhidramnious (air ketuban berlebihan), keguguran yang berulang
4. Obesity - berat badan yang berlebihan sebelum kehamilan
5. Pernah melahirkan bayi yang besar (>4kg) semasa kehamilan yang terdahulu
6. IUD (kematian janin)
7. Fetal abnormalities (Kecacatan janin)
8. jangkitan Candidiasis faraj yang berulang dan jangkitan kulat pada kulit
Tanda tanda GDM secara klinikalBiasanya doctor akan menjalankan ujian darah yang dikenali sebagai Maternal Glucose Tolerance Test (MGTT) untuk mengesan GDM pada minggu pertama sekiranya ibu berisiko tinggi atau pada minggu ke 24/28 untuk berisiko rendah.
1. Polyuria (kencing berlebihan)
2. Polydipsia (kerap merasa dahaga)
3. Polyphagia (kerap merasa lapar)
4. Berat badan ibu menurun
5. Glycosuria (kehadiran gula dalam urin)
6. Jangkitan di vagina candida albicans
7. Polyhydramnious (air ketuban berlebihan)
Bagaimana MGTT dilakukan? CM akan post pada entry yang akan dating. Insyallah.
Kesan / komplikasi Diabetes ke atas kehamilan:
Maternal (Ibu)
1. Infertiliti
2. Abortion
3. Infeksi trek uria
4. Infeksi Candidiasi
5. Peningkatan risiko mendapat PE (pre-eclampsia)/polihidramnious
6. hypoglisemia/hyperglisemia
Fetus (anak)
1. Kecacatan congenital contohnya neorotube defect
2. IUD pada 36-38/52
3. Baby besar (>4kg)
4. Neonatal mortality (kematian bayi) - akibat kurang gula dan respiratory distress syndrome (RDS)
So, jika ada ibu ibu yang telah didiagnos kan sebagai GDM, adalah amat penting untuk menjaga permakanan anda. Jagaan permakanan iaitu anggaran 2000 kalori setiap hari. Namun begitu, ibu dinasihatkan untuk mengurangkan karbohidrat sebanyak 50-60%, fat 10% dan protein sebanyak 20%. Lebihkan makan sayur sayuran terutamanya yang berdaun hijau. (sawi, kalian, bayam, kangkung dan seumpanya). Elakkan makan makanan manis dan makanan yang berunsurkan gula ringkas (contohnya gula, kuih kuih yang manis, susu pekat manis, minuman dalam tin, coklat, buah buahan dalam tin, dan seumpamanya.) Gula ringkas ini akan menyebakan tahap gula dalam darah meningkat dengan cepat, namun tidak mengenyangkan dan langsung tidak memberi tenaga kepada ibu. Pendek kata, kurang berkhasiat. Ibu juga dinasihatkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk mengawal paras glukos dalam darah.
Okay.. so far, CM harap maklumat ini dapat membantu ibu ibu muda kita atau adik adik nurse yang tengah belajar sekarang. Selamat menjaga diri.. >.<
0 comments:
Post a Comment
thanks for commenting >.<