Wednesday, December 19, 2012

Penjagaan Ibu Hamil (antenatal) oleh Klinik Kerajaan

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera ke atas mu Readers... Background dan template blog aku tengah dalam proses penambahbaikan. Jadi tidak pelik kalau sekejap kulit dia bertukar tukar kaler macam sesumpah. Hehehe :p Permulaan sebuah kehidupan adalah dari ibu. Untuk post kali ini, aku berusaha untuk menyedarkan masyarakat di luar sana tentang penjagaan ibu hamil oleh klinik kesihatan dan klinik desa. 


Siapa kenal kad warna pink ini? Yang biasanya dipanggil kad merah. Kalau ibu yang pernah mengandung dan membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, sudah pasti sangat mengenali kad ini. Muka depan ini saja, sudah menunjukkan betapa kami sangat menjaga anda. Bagi yang pernah mengalaminya, untuk membuat buku ini pada kali pertama, pastinya pengalaman yang menjengkelkan bagi anda. Kami akan bertanya pelbagai soalan, malah kadang kadang bagi anda tidak perlu ditanya, sehingga ada sesetengah daripadanya menipu. Kami bukannya busybody sangat hendak menjenguk kehidupan peribadi anda. Cuma setiap pertanyaan kami ini, akan menentukan status kesihatan dan rawatan yang anda akan dapat nanti.


1. Nombor Kad Pengenalan ibu 
- nombor kad pengenalan ini untuk mengelakkan kesilapan identiti berlaku. Tanpa kad pengenalan, pertukaran bayi sangat mudah untuk berlaku.
2. Nama Ibu, Kumpulan Etnik, Warganegara
- nama penuh (identiti), kumpulan etnik, contohnya : melayu, cina, india, bumiputera Sabah Sarawak, (kumpulan eknik ini penting untuk kami memberi pendidikan kesihatan sekiranya anda datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan), warganegara untuk memastikan anda tidak dikenakan bayaran seperti warganegara asing.
 3. Tahap Pendidikan, Pekerjaan
- tahap pendidikan ini memudahkan komunikasi antara jururawat dengan pelanggan (anda). Sekiranya anda seorang lulusan ijazah, mungkin kami boleh menggunakan term term untuk medical, namun sekiranya anda dari yang biasa biasa, maka kami akan sesuai kan dengan tahap pendidikan anda. Oleh itu, hal ini sangat penting untuk memastikan pendidikan kesihatan, nasihat yang kami berikan sampai kepada anda dan berkesan. Pekerjaan pula, untuk melihat masa rehat anda, contohnya, anda bercuti pada sabtu ahad, atau ahad sahaja. Ini akan memudahkan kami untuk melakukan lawatan ke rumah (akan  saya terangkan di post yang akan datang, Inn Sha Allah). Bagi kakitangan kerajaan, ini memudahkan penempatan kelas wad sekiranya anda 'admit' wad.
 4. Alamat Rumah
- memudahkan untuk lawatan ke rumah semasa anda hamil atau selepas anda bersalin. Memudahkan pengembalian kad sekiranya hilang >.<
5. Detail Suami
- Waris kepada anda, untuk memudahkan untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Dan yang paling utama adalah untuk mengetahui sama ada status pernikahan anda adalah sah. 
 6. LMP (hari pertama haid pada bulan terakhir), EDD (jangkamasa bersalin)
- LMP dan EDD ini saling berkait. Daripada tarikh ini kami mengetahui bila jangkamasa anda bersalin, berapa usia kandungan anda. Malah, ada yang bertanya, kenapa hari pertama haid? Setakat ini, belum ada teori yang mampu menyokong, ia ibarat rumusan. Tapi bagi aku, pada hari pertama haid, dinding rahim akan luntur kerana tidak ada persenyawaan berlaku, pada masa yang sama, satu kitaran baru dalam telur kita (perempuan) akan mula terbentuk. Senang cerita, umur janin ni dikira sejak ia dilahirkan.. bukan dikira time dia kawen. Seperti kita juga, usia kita dikira saat kita lahir ke muka bumi ini, bukannya dikira setelah kita berkahwin. Situasinya lebih kurang sama. Jadi, kepada pasangan yang baru berkahwin, sekiranya anda berkahwin pada 3.12.12, sedangkan haid terakhir anda 10.11.12 dan pada 10.12.12 (sepatutnya anda haid, tapi tak datang disebabkan anda mengandung). Kandungan anda bukan kandungan luar nikah. Jangan lah risau. Tapi kalau lebih daripada itu, anda jawap sendiri. Anda mungkin boleh menipu kami, tapi bukan Dia. 
7.  Gr. (Gravida) P (para)
- Gradiva bermaksud kekerapan mengandung. Maksudnya berapa kali anda mengandung termasuk yang pernah keguguran atau digugurkan. Para bermaksud anak yang hidup selepas 24 jam kelahiran. Sekiranya anda mengandung 5 kali, 3 orang hidup, 1 keguguran.. maka ia akan direkodkan seperti ini : G5 P3+1 
8. Tarikh Lahir, Umur
- Ini adalah untuk memastikan sama ada anda tergolongan dalam golongan yang berisiko atau tidak. Yang mana, umur yang sesuai untuk ibu mengandung adalah antara 18 - 45 tahun, tidak kurang, tidak lebih. Kalau kurang, kami khuatir organ dan tulang pelvik anda belum cukup matang untuk menampung beban kandungan, jika terlebih umur, kami takut anda akan menghadapi pelbagai masalah perubatan yang lain, contohnya : darah tinggi semasa mengandung, anemia, diabetis.
 9. Nombor Telefon anda
- memudahkan pihak klinik untuk menghubungi anda sekiranya ada pertukaran tarikh temujanji atau keputusan ujian makmal telah diperolehi.
10. Nombor Telefon Suami, dan Nombor Pengenalan Suami
- Memudahkan urusan jika berlaku kecemasan. 

P/S : Segala maklumat di atas adalah berdasarkan teori yang saya belajar, tujuan segala ini dipublickan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang semakin bijak pandai sekarang ini supaya memikirkan betapa kami sangat menjaga kebajikan anda, dan bukannya ingin menyusahkan. Ini adalah kerana, saya selalu mendengar rungutan orang awam yang tidak mengetahui bahawa saya seorang bakal jururawat yang menyatakan mereka lebih selesa mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana cepat. Memang mereka pantas, tapi lengkapkah segala maklumat yang mana maklumat tersebut mungkin mempengaruhi kandungan anda dan diri anda? Kami mungkin bukan sempurna, kami menjalankan etika. Seandainya ada di antara silent readers saya adalah kakitangan KKM, sekiranya maklumat yang saya kongsikan ini tidak patut dipaparkan, saya minta kerjasama untuk hubungi saya terus di alamat email ini : nur88afina@gmail.com.

Semoga bermanfaat >.<

7 comments:

Unknown said...

Thank you for the info :-) now I understand how careful n passionate are you in performing @ doing your job :-) and I respect that. People need to be aware of what is happening in the society, so your info is important and useful :-) I hope, the more we read and know about all these things, the more we respect each other :-) God willing.

Anonymous said...

salam,nak tanye mcmm mane if kad merah hilang?esok ade appt ni..nanges

kotak kosong said...

Salam Anonymous... :) Maaf lambat respon.. Biasanya di klinik tempat puan buat follow up check up ada salinan :) so, boleh datang dan mintak salinan daripada mereka :) Semoga bermanfaat :)

kema comey said...

keterangan yang jelas dan padat...bagus untuk rujukan orang ramai...tahniah...

kotak kosong said...

Terima kasih Kema COmel :)

Anonymous said...

boleh x post tentang sejarah perkembangan klinik antenatal di malaysia..??

Unknown said...

salam, nak tanya skit..
1.klw kt hospital kerajaan boleh pilih tak doktor perempuan untuk check vagina isteri?
2.ade terdapat dalam procedure tak untuk menekan perut ibu mengndung dengan siku ketika proses bersalin. sb ia terjadi pada isteri sy sendiri.. ini link untuk contoh perlakuan tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=pM4rfE67bqE

Mohon penerangan..tq.. ^.^

Post a Comment

thanks for commenting >.<