Thursday, December 13, 2012

Hari Terbuka Klinik Kesihatan Lenggeng Part I

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers! Lama kan tidak mendengar khabar berita dari Che (puan) Misi ni kan. Al maklumlah selepas Encik Iphone terpecah LCD nya, aku termati kutu (?) kerana takde kamera alternatif. So, bersawang la laman sesawang ni buat sementara waktu. Tambahan semenjak kebelangan ni, memang agak busy. Plus line broadband Celcom dalam kawasan Lenggeng ibarat siput sedut yang malu malu gitu.

Hari (13.12.2012), Klinik Kesihatan Lenggeng telah mengadakan Hari Terbuka yang dianjurkan bersama pelatih Jururawat Masyarakat (yakni aku dan rakan pelatih aku yang lain). Diamanahkan untuk bahagian demontrasi masakan membuat aku tahu apa tugas aku seterusnya. (Apalagi, bercakap lah). Disebabkan aku ni memang reti bercakap dan kaki bercakap, so tugasan untuk bercakap dan segala skrip dikhaskan untuk aku. Bahagian masakan, aku memang takkan sentuh, takut kumpulan sasaran keracunan makanan.


Demontrasi masakan bersama Sang Skema :P

Demontrasi masakan biasanya terbahagi kepada 2 bahagian utama, 1) kanak - kanak dan 2) Ibu mengandung (antenatal). Aku terlibat dalam bahagian antenatal yang mana keperluan seharian sama seperti keperluan seharian seorang wanita dewasa yang normal iaitu 2000kcal sehari. Namun begitu, keperluan ini akan meningkat sejajar dengan pertumbuhan janin (fetus). 

Semua sedia maklum tentang piramid makanan (dan mungkin tidak kisah pun tentangnya) disebabkan kita tidak peduli tentang piramid makanan ini lah, kadang kadang anak anak kita Kurang Zat Makanan (KZM) atau Obesiti (Terlebih makanan). Bagi ibu mengandung pula, jadual pemakanan yang tidak teratur boleh menyebabkan beliau akan mengalami kekurangan darah (Hemoglobin (HB)). Kekurangan HB ni selain daripada mendengar Che Misi berleter ia boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pra matang, perinatal death (bayi meninggal sejurus dilahirkan), Intra Utrine Death (IUD) (bayi meninggal dalam rahim). Banyak lagi komplikasi yang lain. Oleh hal yang sedemikian, kami amat menjaga kesihatan ibu hamil ini demi memastikan keselamatan kedua duanya. Jadi bagaimana untuk menguruskan pemakanan ibu hamil seharian? Mari bersama sama kita fahaminya ~ 

Mula-mula adalah bilangan sajian yang diperlukan dalam seharian. Untuk ibu hamil pada trimester pertama iaitu seawal kandungan sehingga 12 minggu adalah 6 sajian untuk bijirin, 2 sajian untuk buahan, 3 sajian untuk sayuran, 1 sajian untuk daging ATAU ayam, 1 sajian ikan, 1 sajian untuk kekacang, dan 2 sajian untuk susu. Kenapa perkataan atau itu dihighlightkan? Ini disebabkan masyarakat kita ini selalunya mengambil ayam dan daging dalam masa yang sama malah berketul ketul pulak tu. Apa yang dimaksudkan dengan sajian? Di bawah adalah contoh bilangan 1 sajian dan pertukarannya.

Jadual Bilangan 1 Sajian dan Pertukaran
ARAS I

Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi-ubian

(Makan secukupnya)
2 senduk / 1 cawan nasi 
2 keping roti / roti bijirin penuh
1 cawan mee / kueh tiaw
1½ cawan bihun
1½ cawan bubur nasi
1 cawan keledek/keladi/ubi kayu
6 keping biskut krim kraker/biskut tawar
2 biji ubi kentang
2 keping putu mayang

ARAS II

Buah-Buahan & 
Sayur-sayuran

(makan dengan banyak)
Buah-Buahan
½ biji jambu batu / pir
1 potong betik/nenas/tembikai
1 biji epal/lai/mangga/ciku
4 biji prun
8 biji anggur
1 sudu makan kismis

Sayur-Sayuran
½ cawan sayuran berdaun hijau dengan batang (dimasak)
½ cawan sayuran berbuah (dimasak)
1 cawan ulam-ulaman

ARAS III

Ikan, Ayam, Daging, dan Kekacang

(makan dengan sederhana)
1 ketul paha ayam
1 ekor ikan kembong
2 ketul daging tanpa lemak (7.5 cm x 9cm x 0.5cm)
2 ketul hati ayam
2 ekor sotong
⅔ cawan ikan bilis tanpa kepala
2 keping tempe/tauka/tauhu
2 biji telur
1 cawan kacang kuda
1 cawan dhal
1½ cawan kacang hijau / panggang

ARAS IV

Susu, hasil tenusu, lemak
(makan sedikit sahaja)
1 keping keju
1 gelas susu rendah lemak
⅔ cawan susu sejat
4 sudu makan susu tepung
1 cawan yogurt

Jadual di atas bermaksud atau bukannya dan. Contohnya 1 keping keju ATAU 1 gelas susu rendah lemak dalam sehari, dan begitu seterusnya. Sudah faham dengan 1 sajian? Contohnya, kalau kita memerlukan 6 sajian bijirin, maka bersamaan dengan 6 cawan nasi ATAU 12 keping roti sehari (tanpa makan nasi la.. jangan semua nak tibai ye). Jadi, kalau anda terfikir untuk berdiet tetapi makan berkeping keping roti, keputusannya tetap sama.. Anda tetap gedabak :p

Setelah mengetahui bilangan 1 sajian, mari kita jenguk pula keperluan seharian untuk ibu hamil. (Penting untuk isteri anda dan anda yang sedang hamil ya). Ini adalah kerana seawal usia kandungan 0 - 25 minggu, kenaikan berat badan hanya dibenarkan 0.5kg sebulan. Tak boleh lebih, tidak boleh kurang. Setelah 25 minggu ke atas, 0.5kg setiap minggu.

Agihan Bilangan Size Sajian mengikut Kumpulan Makanan Berasaskan Nilai Kalori

Kumpulan
Makanan
Trimester Pertama
(0 - 12minggu)
2000 kcal
Trimester Kedua
(13 - 27 minggu)
2360 kcal
Trimester Ketiga
(28 - Term)
2500 kcal
Bijirin
6 sajian
7 ½ sajian
8 sajian
Buahan
2 sajian
2 sajian
2 sajian
Sayuran
3 sajian
3 sajian
3 sajian
Daging/Ayam
1 sajian
2 sajian
2 sajian
Ikan
1 sajian
1 sajian
1 sajian
Kekacang
1 sajian
1 sajian
1 sajian
Susu & Hasil Tenusu
2 sajian
3 sajian
3 sajian

Jadi, bila anda sudah faham dengan sajian dan keperluannya dalam seharian, maka aku dengan senang hatinya berkongsi contoh menu dengan anda sekalian. Menu ini boleh diubah dengan sajian yang sama seperti jadual di atas. Tidak semestinya menu yang sama setiap hari. :p

Contoh Menu Trimester I 
Sarapan Pagi
1 cawan mee goreng
1 ketul daging - perencah
½ cawan sayur (sawi + Tauge + kucai + tauhu) - perencah
1 gelas jus mangga

Minum Pagi
1 keping popia basah
1 gelas susu berperisa coklat

Makan Tengahari
2 cawan nasi
1 ketul dada ayam masak kicap
½ cawan sayur campur
1 biji epal
1 gelas air kosong

Minum Petang
2 keping roti bakar
1 gelas air kosong

Makan Malam
2 cawan nasi
1 ekor ikan kembong bakar + kuah asam limau
½ cawan kangkung tumis air
1 biji pisang
1 gelas air kosong

Minum Malam
1 gelas susu

Dengan pernerangan yang sedikit tadi diharap dapat dimanfaatkan bersama.

P/s : Rujukan dari 1) Kementerian Kesihatan Malaysia
                            2) KJMPD

Segala maklumat berdasarkan fakta, mohon kredit untuk blog ini sekiranya anda berniat untuk share. Tq ( sebab artikel ini disunting dan bukan copy paste)


1 comments:

Unknown said...

Welcome back :-) wahhh byk betul info dlm post kali nihh hehehh so, saya rasa info tentang piramid makanan mmg sgt penting :-) saya punn sedang 'struggle a bit' untuk memenuhi Aras 2 :p anyway, walapun post ini lebih kepada wanita hamil, saya fikir gizi makanan seimbang yg ditunjukkan boleh dipraktikkan oleh kita semua :-) TQVM for the valuable info Afina :-)

Post a Comment

thanks for commenting >.<