Thursday, October 4, 2012

Sang Tua~

Hakikatnya, saban kali aku menyatakan bahawa aku sangat penat, namun setiap saban kali itu juga aku tetap akan cuba update blog yang tidak seberapa ini walaupun mataku sangat memprotes tindakan tuannya. Huhu ~
Hari ini kerja aku agak enjoy. Bukan kerana banyak kerja yang dilakukan, tapi dengan kehadiran  pesakit yang mula mengambil tempat di hati aku. Hehehe.. Sang ibu yang terlantar di katil hospital, dan anak yang setia menjaganya membuatkan aku mula menilai perikemanusian.


Mummy aku selalu berkata, kalau kita hendak orang luar berbuat baik kepada kedua ibubapa kita, kita seharusnya memberi contoh kepada mereka terlebih dahulu. Aku cuba membuat yang terbaik di sini kerana aku berada sangat jauh dengan kedua ibubapa aku.

Pesakit aku yang pertama, kena strok, baru pulih dari lumpuh. Dia seorang yang sangat manja dengan anaknya. Dan anaknya pula nampak begitu menyayanginya. Lagi membuat aku kagum, anaknya itu adalah seorang lelaki. Seorang anak lelaki yang begitu setia menjaga emaknya. Ceritanya bermula apabila anak lelakinya datang lambat pada tengahari semalam, waktu makan tengahari hampir tamat, dan aku mula menawarkan diri untuk menyuapnya makan. Mulanya dia menolak, dia kata dia mahu menunggu anaknya, tapi aku berkeras juga, kerana aku tahu dia lapar dan perasaan simpati aku telah jatuh menjadi sayang. Akhirnya dia mengalah, sepanjang aku menyuapkan makanan, dia makan dengan tertib dan langsung tidak bercakap sehinggalah anaknya sampai, dia terus mengalirkan air mata. Saat dan ketika itu, aku menjadi sangat sebak dan aku terus berlalu setelah anak dia mengambil alih tugasku. Huhu ~ Sejak peristiwa itu, setiap kali dia nampak aku, pastinya dia akan menghulurkan tangan untuk meggapai tanganku sehinggalah dia keluar daripada wad hari ini.

Pesakit aku yang kedua, seorang wanita tua yang sangat ceria. Setiap tutur katanya, dia pasti akan ketawa, namun entah mengapa, setiap kali dia ketawa, aku mula rasa sangat sedih. Seolah olah ketawa itu hanya untuk menutupi kesedihan yang dialaminya. Dia juga mengalami sakit yang sama seperti pesakit aku yang pertama, cuma keadaannya tidak begitu teruk. Dia masih boleh berjalan sendiri. Sampailah keesokkan harinya, baru aku dapat melihat isi hatinya, bila anaknya tiada di sisi, dia mula menangis. Sedih. Dia ingin mandi, pada awalnya, dia cuba mengawal riak mukanya, mungkin selama ini, anaknya yang sering memandikannya, jadi dia terasa begitu kehilangan di pagi itu. Lantas sekali lagi, demi untuk tidak melihat air matanya, aku papah dia ke bilik air dengan keadaan aku yang tidak bersedia (tidak memakai apron). Lalu, aku mandikan dia, mulanya, dia yang siram badan dia sendiri, lama kelamaan, dia semakin emosi dan menangis, membuatkan aku semakin tersentuh, lantas aku ambil alih semuanya, biarlah aku basah, asalkan wanita tua di hadapan aku ini berhenti menangis.

Semua yang aku ceritakan ini, bukan berniat aku menunjuk. Cuma, ini adalah sebahagian dari hidup ku, aku manusia, kadang kadang, ada masa juga aku dalam keadaan marah, ada juga aku menarik muka kepada pesakit. Jadi, anda yang berada di luar sana, kami sebagai anggota perawatan, minta kerjasama dan jasa baik anda, sekiranya kami pernah mengeluarkan perkataan yang tidak sedap didengar, sekiranya kami ada memarahi kalian atau saudara kalian, maafkanlah kami. Bukan semuanya begitu dan bukan itu yang kami pelajari, kami dididik dengan penuh kasih sayang, ini adalah sebahagian yang mampu kami kongsikan.
Ini adalah rakan setugas saya bersama seorang pesakit kami :)

6 comments:

Anonymous said...

Kisah yg menyentuh hati. Menunjukkan betapa mulia profesyen Afina :) Berbuat baik, dibalas baik Insyaallah :) Teruskan menulis, sangat suke baca blog nih :)

Anonymous said...

Kisah yg menyentuh hati. Menunjukkan betapa mulia profesyen Afina :) Berbuat baik, dibalas baik Insyaallah :) Teruskan menulis, sangat suke baca blog nih :)

Anonymous said...

Kisah yg menyentuh hati. Menunjukkan betapa mulia profesyen Afina :) Berbuat baik, dibalas baik Insyaallah :) Teruskan menulis, sangat suke baca blog nih :)

kotak kosong said...

Terima kasih atas sokongan Sam Sumi :)

Anonymous said...

kenape ader sampai 3 komen yg sama? hehehh anyway, saya akan continue support this blog :-) sebab banyak info dan manfaat :-)

kotak kosong said...

Hahaha.. kadang kadang ada masa saya akan merapu juga nanti tu

Post a Comment

thanks for commenting >.<