Hari ini, aku bukan nak cerita pasal pesakit. Aku nak berkongsi cerita dan pengalaman tentang TONG SAMPAH. Yeala, mana lah taw kan, kalau masuk spital gomen ni, tong sampah dia ade tiga jenis. Jangan lak maen buang je. Kalau spital swasta, aku lom check lagi la. Hehehe... Tunggu aku wat part time nanti la ye. Jum check warna tong sampah. XD
Monday, October 1, 2012
Tong Sampah
Assalamualaikum. Penatnye ulang alik dari Serdang ke Port Dickson. Sangat memenatkan. Siap boleh tido lena walaupun 'bas sekolah' aku tu tengah wat corner. Ade kesah? Yang penting - TIDO. Hari ini, aku ditempatkan di wad Medikal 7B Hospital Serdang. Huhu (Pecah rahsia lak) Tak kisahlah.. Bukan ade orang kenal pon kan? Ke ade? So, agak memenatkan la.. Al maklumlah, ade di antara pesakit tu tak berdaya dan perlukan perhatian penuh daripada perawat.
Hari ini, aku bukan nak cerita pasal pesakit. Aku nak berkongsi cerita dan pengalaman tentang TONG SAMPAH. Yeala, mana lah taw kan, kalau masuk spital gomen ni, tong sampah dia ade tiga jenis. Jangan lak maen buang je. Kalau spital swasta, aku lom check lagi la. Hehehe... Tunggu aku wat part time nanti la ye. Jum check warna tong sampah. XD
Hari ini, aku bukan nak cerita pasal pesakit. Aku nak berkongsi cerita dan pengalaman tentang TONG SAMPAH. Yeala, mana lah taw kan, kalau masuk spital gomen ni, tong sampah dia ade tiga jenis. Jangan lak maen buang je. Kalau spital swasta, aku lom check lagi la. Hehehe... Tunggu aku wat part time nanti la ye. Jum check warna tong sampah. XD
Di sini ade dua tong sampah, satu yang berwarna kuning, satu lagi berwarna biru, tapi bagi kami, tong sampah tersebut berwarna hitam. (Bukan kerana kami buta warna, tapi kami melabelnya dengan plastik yang ada di dalam tong sampah tersebut). Orang awam biasanya memandang tong sampah sekadar tong sampah, tapi tong sampah ini lah yang memainkan peranan yang agak penting untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Tong sampah yang berwarna kuning, adalah tong untuk sisa klinikal, maknanya, kapas, gauze, kertas, pampers, pad atau apa apa sahaja barang yang terkena cecair pesakit seperti darah, tahi (feses), kahak, cecair badan akan dimasukkan ke dalam tong sampah ini. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan silang serta pembebasan mikroorganisma yang berleluasa kerana sampah yang terdapat di dalam tong sampah ini akan dilupuskan dengan cara tersendiri yakni dapat membunuh kuman kuman tersebut.
Manakala, tong sampah yang berwarna hitam (biru), adalah untuk sisa domestik. Iaitu sampah sampah biasa seperti kertas yang tidak dicemari oleh cecair badan pesakit, plastik, pembungkus makanan. Dan jika anda membuang kapas selepas doktor atau che misi mencucuk anda ke dalam tong sampah ini, anda telah membebaskan sejumlah kuman kepada orang lain kerana sampah di dalam tong sampah ini tidak akan dikendalikan seperti sampah yang berada di dalam tong sampah kuning.
Jadi, ke mana pula perginya jarum atau benda tajam yang kami gunakan? Jum kita tengok.............
Pernah tengok tong sampah yang sebegini? Ia mempunyai penutup. Tong sampah ini dikhaskan untuk benda tajam seperti blade, jarum, pisau dan yang seumpamanya. Tong ini mempunyai tempoh tamat. Biasanya, tong ini digunakan hanya dalam tempoh seminggu atau setelah ia penuh sebanyak 3/4 yang mana terdahulu. Contohnya, jika tong sampah tersebut tidak penuh sampai 3/4 tetapi ia telah digunakan selama seminggu, ia akan digantikan dengan yang baru, begitu juga sebaliknya jika ia telah melebihi 3/4 tetapi tidak sampai seminggu, ia akan diganti.
So~ harap anda semua mendapat manfaat daripada pengkongsian yang tidak seberapa. Aku penat, nak tido awal walaupun hakikatnya aku tidak boleh tidur kerana masih ada report yang perlu aku buat. Warghhh.. saketnye ati. (Teringin menjadi kanak kanak ribena... tak yah fikir tentang masalah dunia).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Good info :-) keep sharing hehehh saya ada seorang sahabat yg pernah bekerja di syarikat pembekal peralatan n perkhidmatan ke hospital2, lupe lah pulak name sykt tue :-) anyway maybe salah satu service mereka adalah melupuskan sisa-sisa toksik organik klinikal dalam tong sampah tue
Owh.. I see... Kalau kat Serdang, Radicare yg ambik alih.. kalau kat seremban, Sinar Jernih :)
haaa :-) betul tue, Radicare hehehh dia pernah keje kat situ :-)
Wahai tuan blog yg rupawan, walaupun rupa mu tidak kukenal tapi tulisan mu menggerakkan mindaku. Nak tanya je, kebiasaan kalau peniaga kecilan nak dispose sisa klinikal, kemana nak pegi? Ada idea??
Wahai tuan blog yg rupawan, walaupun rupa mu tidak kukenal tapi tulisan mu menggerakkan mindaku. Nak tanya je, kebiasaan kalau peniaga kecilan nak dispose sisa klinikal, kemana nak pegi? Ada idea??
Wahai encik akmalharith yang misteri... Belum ada jawapan dari misi yang rendah ilmu nya ini. Insyallah, jika ada masa, kita akan kupas jua isu tersebut.
Post a Comment
thanks for commenting >.<