Thursday, October 25, 2012

Raya Korban

Raya korban biasanya disambut dengan meriah oleh saudara saudara Islam kita di bahagian pantai Timur. Seronok juga melihat rakan rakan yang menghitung hari bilakah balik cuti sedangkan aku tidak merasa apa apa. Huhu ~ kurang penghayatan kot sebab tidak berpuasa atau menempuh persiapan raya. Jadi semuanya tidak memberi apa apa makna. Jum layan maksud Hari Raya Korban a.k.a Raya Haji yang sempat aku copy paste sebijik dari wikipedia.. hehehe..

 Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
iTu saje lah yang sempat aku sedut berkenaan dengan Raya Korban. Tak best nak sedut semua isi dari wikipedia tu.. Takde rase keasliannya. So, bagi yang bercuti.. selamat bercuti dan menjalankan ibadah raya korban. Jangan lupa sembahyang raya pagi esok ye.

Kepada kaum kaum Adam, persiapkanlah diri dan pelajarilah ilmu menyembelih dari golongan tua kita. Tidaklah nanti terkial kial bila Sang Tua meninggalkan kita. Assalamualaikum wbt..

1 comments:

Unknown said...

Bagi saya (orang Johor) pun, Aidil Adha agak kurang meriah dari Aidil Fitri, tapi kami tetap akan pulang ke kampung dan ziarah keluarga terdekat :) itu tradisinya. Yang jauh, didekatkan :)

Post a Comment

thanks for commenting >.<