Thursday, October 4, 2012

Dressing Set

Assalamualaikum wbt ~ Hari ini, aku ingin bercerita pula tentang dressing. Dressing, kalau yang biasa kita tahu adalah memakai pakaian atau yang seumpamanya. Itulah yang aku bayangkan pada kali pertama aku mendengarnya. Namun, dalam istilah medical, dressing ini langsung tidak ada kena mengena dengan pakaian. Hahaha ~
Dressing adalah satu prosedur mencuci luka. Tidak kisah lah luka yang bagaimana, asalkan yang berkaitan dengan luka kami akan mengistilahkan sebagai dressing procedure. Prosedur ini adalah prosedur yang sterile,   dimana kebersihan peralatan dan anggota perawat amat dititik beratkan, supaya tidak 'menjangkitkan' kuman kepada luka yang terbuka.

Ini adalah disposable dressing set. Jenis pakai buang, satu set untuk satu patient. Di dalam ini dia ade dissecting forceps (warna biru) cotton, gauze (yang kapas segi empat tu), beg plastik kuning (untuk buang sisa klinikal (taw kan. kalau tak taw rujuk sini.), beg plastik hijau untuk buang sisa domestik, tisu untuk lap tangan sebelum prosedur dan sarung tangan sterile (biasanya, aku gunakan sarung tangan size 6 atau 6 1/2 tapi disebabkan kekurangan glove, size 7 pon sebat je la).

Kami akan tuangkan solution (larutan) mengikut order doktor ke atas cotton tersebut. Jumlah cotton mengikut kepada size luka.[ Biasanya, kami gunakan Normal Saline, ia kelihatan seperti air biasa, namun sebenarnya Normal Saline ini adalah berunsurkan air garam yang boleh mengeringkan luka, (sebab tu ada rase pedih sikit) Hehehe..]  Selepas larutan dituang, cotton tersebut akan diperah menggunakan kedua dua forceps (dilarang untuk perah dengan tangan walaupun telah bersarung tangan). Untuk memulakan cucian, ambil cotton menggunakan forceps pertama dengan tangan kiri, alihkan cotton menggunakan forceps kedua dengan tangan kanan, dan mulakan cucian dengan tangan kanan. (Agak rumit untuk menerangkan melalui tulisan, aku harap anda faham lah ~).

Cucian dimulakan dari kawasan bersih kepada kawasan yang kotor. So, di sini lah kelainan yang kadang kadang aku sendiri pon selalunya terbabas. Kawasan bersih yang aku maksudkan adalah kawasan tengah luka, manakala kawasan kotor adalah kawasan ditepi luka yang berhampiran dengan kulit. Reason nya adalah, kawasan tepi kulit ini mengandungi kuman kerana terdedah kepada persekitaran luar, manakala kawasan luka tersebut akan ditampal dengan gauze.

Cucian dilakukan secara bulatan, bermula dari tengah, semakin menghampiri tepi kawasan luka, dan prosedur cucian tidak boleh diulang. Maksudnya, 1 cotton tersebut adalah untuk 1 sapuan. Tidaklah boleh selepas cuci tengah luka, dibawa ke tepi kemudian dibawa ke tengah balik, perbuatan sedemikian telah melanggar prinsip sterile. Selepas cucian dilakukan, kawasan luka tersebut akan ditampal dengan gauze, atau bahan lain seperti yang diminta oleh doktor. Sebab setiap luka tidak sama bahannya. :) Sekian, semoga bermanfaat.


2 comments:

Anonymous said...

pensterilan mmg amat penting :-) kuman2 berbahaya harus dimatikan hehehh atau diminimumkan :-) setahu saya, suhu memainkan peranan yg penting dlm prosedur pensterilan :-) contamination akan menyebabkan infection :p

kotak kosong said...

Pandai :)

Post a Comment

thanks for commenting >.<