Thursday, October 4, 2012

Anak Luar Nikah

Entry yang ketiga untuk malam yang sama. Cerita ini tiada kena mengena dengan profession aku sebagai seorang anggota perawatan, cumanya aku terbaca dalam Mastika petang tadi (milik seorang patient) lalu terlintas di ruang akal ku untuk bercerita dan berkongsi pendapat. Membaca Mastika keluaran terbaru ini membuatkan aku tersentap dengan sambungan kisah sebelumnya. Mungkin tiada siapa diluar sana yang ambil peduli, tapi bagi aku ia sesuatu yang sangat serius dan menyedihkan, apabila saudara Islam kita murtad!

Terlalu banyak punca dan alasan kenapa mereka memilih untuk keluar dari jalan yang Allah janjikan benar, salah satunya adalah kerana kita sebagai masyarakat. Situasi pertama (yang aku ingat) seorang Islam sejak lahirnya, telah terlanjur melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah. Namun, yang bagusnya, mereka menginsafi dosa mereka dan bernikah. Sayangnya, masyarakat kita memandang serong akan mereka, jijik dengan anak luar nikah mereka, memulaukan mereka bahkan ada yang menghina, mengeji mereka. Sehingga kedua dua insan ini hidup dalam keadaan tertekan. Mereka cuba untuk meminta bantuan dari jabatan jabatan yang berkaitan, namun layanan yang diterima seolah olah mereka bukan manusia. Sehinggalah akhirnya, mereka memilih untuk meminta pertolongan dari Gereja. Gereja, pada dasarnya, memang dididik dengan sifat yang penyayang dan kerana itu, mereka tanpa menoleh ke belakang lalu memilih kristian sebagai panduan hidup. Menyedihkan saudara Islamku.

Situasi kedua, anak seorang tok imam, telah dirogol sehingga dia mengandung, hadir seorang insan mulia yang sanggup menjaga air muka dan memberikan nama beliau sebagai bapa kepada anak tersebut, namun, pentadbiran negara kita tidak membenarkannya, lalu anak tersebut di'bin'kan dengan nama Abdullah. Penduduk kampung enggan menerima kehadiran mereka di kampung tersebut, mereka diusir, dicaci, dimaki, dilayan umpama binatang yang sangat kotor. Namun, sang suami menjadi pembakar semangat kepada sang isteri. Takdir mengatasi segalanya, sang suami pergi jua menghadap Ilahi, tinggal sang isteri berjuang sendirian. Kalah dengan cemuhan masyarakat, dia membunuh diri!


Siapa yang patut dipersalahkan? Kita! Kita yang kononnya baik, yang naif, yang suci, yang mana tidak mampu menerima perbuatan zina dan anak luar nikah! Tapi kita lupa, kita jugalah yang seringkali meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, kita juga yang mengumpat, mencerla, memfitnah yang mana dosa dosa itu kalian akan bawa sendiri ke alam kubur. Tak payah bongkak dengan apa yang anda ada sekarang sehingga anda boleh menyebabkan saudara Islam aku murtad, membunuh diri. Anda mungkin dengan senang hatinya berkata, Allah memberi pilihan kenapa memilih jalan yang salah? Siapa yang mendorong mereka? Kita! Apa salah kita menerima kesilapan lalu membimbing mereka agar mereka tidak mengulanginya?

Aku sendiri pernah berhadapan dengan situasi yang sedemikian, tahun lepas, di sebuah KOLEJ kerajaan! Nama aku Cahaya Afina Abdullah (muka memang sebijik macam melayu). Aku terlibat dengan satu aktiviti kolej, lecture tersilap menaip nama aku. Dia taip Cahaya Afina BINTI Abdullah. Aku tegur dengan lembut,

"Puan, nama saya takde binti.. nama saya straight Abdullah"

Kalian tahu apa yang pengajar tersebut jawap? Seorang yang berjawatan tinggi, menjeling ke arah aku dan dengan sinisnya berkata :

"Nasib baik saya letak binti.. kalau saya letak ANAK macam mana?"

Tersirap darah aku dikala itu, naik mendadak suhu dengan satu pertanyaan yang aku sifatkan sangat kurang ajar dan BODOH. Dengan status seorang pegawai, itu bukan cara dia untuk bertanya sedemikian. Aku menjawap, dengan riak muka yang aku cuba kawal.

"Puan, nama asal saya bla bla ANAK bla bla. Saya bumiputera Sarawak dan saya Islam sejak 3 tahun yang lepas!"

Dia terkejut lantas meminta maaf. Pikir... Ini bukan situasi pertama yang aku lalui lantaran muka aku persis MELAYU! Pernah sekali, aku keluar sekitar bandar Kajang (sebelum aku Islam), dengan memakai dress tanpa lengan, setiap mata yang memandang begitu sinis dan serong, sehingga ada seorang pakcik sengaja menghimpit aku ke dinding RHB bank berhadapan dengan Metro Kajang. Itu memang aku ingat dengan jelas. Dan kerana itu, aku tidak pernah mengaku aku adalah Melayu, dan aku selalu berkata, Proud to be Ibanez. Jangan terlalu berfikiran negatif sehingga kita menyebabkan orang lain terasa susah hidup menumpang di bumi Allah.

Aku sendiri, jika cintaku kepada Islam kerana seorang insan, mungkin telah lama aku kembali ke agama asalku, tetapi aku masih percaya dengan rahmat Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya, aku pertahankan jua Islam yang aku pilih walaupun terpaksa melukakan hati seorang ibu, kerana aku adalah anak sulung yang menjadi harapannya. Namun, bagi aku, agama kami berbeza, dia tetap wanita yang melahirkan aku. Itu saja, aku balik ke kampung tanpa prejudis, makan setiap masakannya, asalkan bukan kepingan daging babi yang terhidang, aku tetap makan. Kerana aku pasti, ibu ku tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh aku lakukan. Kalau tidak, masakan dia membuang semua baju serta skirt aku?

Ini sekadar luahan perasaan, jangan terlalu mengagungkan diri, kerana kalian tidak pernah menilai kelemahan yang ada dalam diri kalian. Tidak seorang manusia itu diciptakan sempurna melainkan Rasullulah SAW.Sekian

4 comments:

Anonymous said...

saya puji ketabahan Afina :-) dan saya syukur Allah kasih dan sayang pada Afina, dan kini nikmat Islam dan Iman dapat dikecapi :-) saya juga ada sahabat berbangsa India ditempat kerja yg telah memeluk Islam, dan saya tahu kepayahan beliau berhadapan dengan keluarga beliau sendiri.

Unknown said...

semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara. Dan juga Aina di beri petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. Moga kita semua juga diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria hendaknya. InsyaAllah.

Unknown said...

Maaf nyer..., nama aina tertgl F... 'afina'. Setiap manusia ada laku kesilapan. Segala kesilapan dan kesalahan yg di lakukan, harap dpt dimaafkn.

kotak kosong said...

Terima kasih atas sokongan

Post a Comment

thanks for commenting >.<