Friday, January 1, 2016

Jenis jahitan yang dilakukan untuk luka bersalin normal

Assalamualaikum wbt, hi readers... Nampak macam aktif semacam je CM sejak akhir kahir kan? >.< Haha haha haha.. Sejak post Jumlah jahitan luka bersalin yang setakat ni mendapat perhatian lebih sedikit, CM nak berkongsi pula jenis jenis jahitan yang dilakukan oleh doktor dan para bidan di malaysia ni. Sejak akhir akhir ini, kecoh di ruangan FB mencari salah dan silap kami sebagai anggota kesihatan. Sangat menyentapkan hati.

Oklah, kita bercerita tentang luka episiotomy atau first degree tear, yang mana luka jenis ini adalah common, dan CM biasa melakukan prosedur menjahit. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan mengenalpasti luka tahap berapa. Kemudian, bersihkan kawasan yan hendak dijahit, (maksudnya adalah dengan menyediakan kawasan steril, supaya kadar jangkitan tu dapat dikurangkan. That is y, kalau boleh jangan lah pegang tangan tangan midwifery yang bersarung tangan tu ye.. Kang, puan puan juga yang susah.) biasanya, set episiotomy telah disediakan semasa layout kawasan tadi.

Ini adalah contoh item item yang ada dalam episiotomy set/delivery set.
2 Needle holder,
2 dissecting forcep (tooth & non-tooth),
1 episiotomy scissor,
1 cord scissor,
1 mayo scissor,
2 ateri forcep straight & curve.
1 gallipot (tiada dalam gambar)

Peralatan peralatan ini memang special untuk warga labor room saja :P 



Selepas mengenalpasti tahap luka, kita perlu mencari apex luka. Apex ni membawa maksud, permulaan luka. Kalau dalam gambarajah, Apex adalah yang dilabelkan dengan huruf A. Mulakan jahitan sebanyak 1cm sebelum apex dengan teknik continuously sehingga ke bahagian fourchette . Fourchette adalah pertemuan antara bibir vagina. Kemahiran yang bagus sangat penting untuk mencantum fourchette, kalau tidak, terkadang vagina menjadi luas dan tidak bergrip. Naya kat orang la hai. kalau CM, CM akan cacth skin fourchette kemudian sambung kan lagi dengan skin yang sebelah tanpa cacth muscle. So, fourchette tu akan nampak sedikit terangkat dan lawa. >.<

A = Apex tear
B = fourchette
C = mucosa
D = muscle
E = Skin

Bila bahagian b telah bersambung, kita matikan jahitan di situ. Kemudian kita jahit bahagan muscle, dengan kaedah interrupted suture. Jahitan ini selepas diikat, kita akan putuskan.

Untuk bahagian kulit, (prosedur yang senang bagi kami, tetapi agak menyakitkan bagi puan ..) Cm menggunakkan kaedah hidden interrupted suture. Suture nya lebih kurang dengan suture yang kedua, cumanya knot itu kita sembunyikan dalam kulit. :P Hebatkan? Jahitan seumpama ini biasanya lebih memberi keselesaan kepada ibu.

 Ini adalah contoh interrupted suture, simpulan dia kita boleh nampak, biasanya untuk luka dalam otot.
Ini pula continuously suture, kita gunakan dalam vagina. Untuk contoh hidden interrupted, CM tak jumpa lagi bila CM google, Insyallah kalau ada kelapangan, CM cuba lukis sendiri. Takut nanti jadi macam tulang ikan je :P

Okaylah, setakat ini saja untuk hari ini, semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi di lain entry. 


Seperti yang dijanjikan, CM lukis sendiri bagaimana rupa hidden interrupted suture.. Minta maafla kalau buruk.. Hahaha.. Ok.. Hidden interrupted suture ni, kita mulakan jahitan daripada titik A, kemudian kita sambung terus ke titik B dan simpulkan.. Secara tidak langsung, simpulan tersebut akan tersembunyi di bahagian bawah kulit.
Abaikan tulisan CM yg macam tulisan budak tadika.  ;)

1 comments:

Unknown said...

Kalau dari fourchette terbuka jahitan dan xnak jahit mmg akan jejas ka grip tu?

Post a Comment

thanks for commenting >.<