Monday, April 27, 2015

Bilakah waktu yang sesuai untuk bersalin?

Assalamualaikum wbt readers.. CM ni kadang kadang ada, kadang tiada.. macam biskut chipsmore pula ye.. hihi >.<  Biasalah, kerja CM ni bukan macam dulu lagi da, boleh layan internet di mana saja. Blogging melalui En Iphone tu tak puas rasanya kalo nak dibandingkan dengan Che Lappy ni. HuHU ~
 
Bilakah waktu yangs sesuai untuk bersalin? Baru baru ni (lama da sebenarnya) CM menerima pertanyaan dari Mama Lina berkenaan dengan soalan bersalin ini. Nak menjawap, tapi ruang masa tu sangat mencemburui CM.. Alahai..



Pengetahuan Mama Lina tu betul. Nak kena tunggu 10 cm baru boleh teran, and baru baby boleh keluar. Kalau tak 10 cm, baby tak boleh keluar. Tetapi, ada sesetengah kes, seperti ibu yang mengandung kali kedua dan ke atas, pintu Rahim mereka ni da elastic. (terutamanya kalau jarak anak agak dekat) Jadi, bukaan 6cm, kami boleh buat menjadi 10 cm dalam masa beberapa minit saja. Bagaimana? Itu skill, tak mampu untuk CM terangkan bagaimana. Ini tidak akan berlaku kepada ibu yang bersalin untuk kali pertama.
 
Pertanda pertanda yang CM boleh kongsikan bilakah saatnya puan puan yang CM kasihi boleh bersalin.
 
1. Sakit di bahagian pinggang dan mulai mengeras dari bahagian atas perut lalu membawa rasa rengat ke bahagian bawah perut. (rasa dia lebih kurang macam senggugut, tetapi lagi kuat dan disertakan dengan rasa perut yang mengeras). Rasa ini akan datang secara kerap dan teratur.
 
2. Turun tanda (contoh, air ketuban pecah, atau turun darah bercampur dengan lendir)
 
3. Rasa hendak meneran. (Rasa macam nak membuang air besar dengan diikuti perkara pertama)
 
Sekiranya puan mengalami tanda tanda seperti berikut, silalah dating terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Takut nanti terberanak pula kat rumah. hahaha.. CM bergurau saja. jangan mare...
 
Untuk pengetahuan puan yang kali pertama bersalin, masa untuk 'jalan' itu membuka secara teorinya 1cm adalah 1 jam, sekiranya anda dimasukkan ke Labour Room dengan bukaan 4cm maknanya anda akan berada di LR selama lebih kurang 6jam. Tetapi itu bergantung kepada rezeki masing masing, ada yang cepat, ada yang lambat. Biasanya, ibu yang bersalin kali pertama, kami akan beri masa 8jam hingga 12jam untuk mencuba bersalin secara normal. Jika tidak bersalin dalam tempoh tersebut, maka kami terpaksa untuk melakukan pembedahan. Memandangkan hospital kerajaan rata ratanya meyokong polisi hospital rakan bayi, maka kelahiran secara pembedahan adalah sangat kami elakkan. Harap puan puan yang dikasihi faham la ye. Ok la.. cerita malam ni, tidak begitu panjang. Sekiranya ada pertanyaan, boleh emailkan terus kepada nur88afina@gmail.com . Jangan malu jangan segan >.< cepat atau lambat CM tetap akan reply :)
 
 
 
 
 

1 comments:

Nikisa88 said...

Hi CM

Betul la, sy lama dah fikir midwives lg expert dari doktor..sbb masa saya lahirkan ank kedua tahun lepas dtg PAC check dah 5cm (pukul 430am) then terus tolak LR..masuk LR lama juga la menanggung sakit nak ke 10cm tu..bila sampai 7cm midwives tu cakap Xpe sy bleh buat bukaan sampai 10cm..sy yg tgh sakit masa tu blur2 fikir boleh ka 7cm ke 10cm..tp mmg boleh.ade skill die..hehe.pukul 11am baru ank saya lahir.

sy x tau la skill die camne tp timakasih sgt2 kat midwive tu sbb cepatkan proses bersalin..

Baru2 ni sy baru bersalin anak ke 3 secara normal, time ni amik epidural sbb contraction lama sgt..bila tiba time jahit ade la doktor bidan ni yg jahit, tp die jahit x betul.bila midwives check balik jahitan sy, midwive terpaksa repair balik jahitan sy. Sy dpt tahu dr midwive yg doktor tu baru nak setahun keje jadi doktor bidan..sy punya la hangin.dah la sakit besalin x habis lg, nk kena lg jahitan tambahan..mujur la masa tu ade baki bius epidural, so xde la terasa sakit dijahit tu.

Harap sgt jgn la bg doktor baru yg jahit patient, kasihan la kat kami..bg yg expert la.senang, keje tip top + jimat masa lg..bukan la nk rendahkan doktor baru tp ni la pengalaman sy.

Post a Comment

thanks for commenting >.<