Salam readers.. Malam yang damai disaat jari jemari
CM melarikan tarian yang serba sumbang.Okla, malam ini,
CM berkongsi serba sedikit berkenaan dengan suntikan pertama yang si manja anda. Di hospital kerajaan biasanya, anda akan ditanya sama ada anda membenarkan bayi anda disuntik atau tidak, tapi di hospital swasta
CM tidak maklum dengan hal tersebut.
Sejurus kelahiran, bayi anda akan diberikan suntikan Vitamin K untuk membantu proses pembekuan darah. Kenapa suntikan ini diperlukan untuk bayi anda? Penting sangat kah vitamin K ini? Bagaimana jika anda pengawal homeopathy? Sebelum membuat keputusan, jom sama sama kita kenali, siapa Vitamin K ini. Ia merupakan sejenis vitamin yang istimewa kerana ia boleh larut dalam lemak dan air. Secara ringkasnya, Vitamin K terbahagi kepada beberapa bentuk , bentuk utama K1 atau phylloquinone, anyak dijumpai pada tumbuhan dan haiwan, K2 (menaquinone) dihasilkan oleh bakteria dalam saluran usus manusia dan banyak haiwan. K3 menadione adalah pelopor vitamin K dalam bentuk semula jadi di dalam badan. Isunya di sini adalah, bayi yang baru lahir tidak dapat menghasilkan bentuk K2 (menaquinone) yang boleh menyebabkan mereka kurang agen pembekuan darah. Oleh hal yang sedemikian, pendarahn amat senang sekali berlaku terutamanya di tali pusat bayi. Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mengambil Vitamin K pada awal kelahiran bagi membantu proses pembekuan darah.
Ini adalah contoh Vitamin K. 1 ampule ini memgandungi 1ml/mg.
Suntikan yang kedua adalah Vaksin Hepatitis B untuk mencegah penyakit Hepatitis B ( Radang Hati). Hepatitis B ini biasanya dijangkiti melalui cecair badan, darah, air liur dan sebagainya. Jadi apabila
CM menggoogle berkenaan dengan bahaya Vaksin Hepatiti B ini, waaaah.. patutlah
CM menerima penolakan dari beberapa ibu bapa yang terpelajar berkenaan dengan Hepatitis B ini, sangat banyak yang copy dan paste mana mana petikan dan diletakkan dalam blog masing masing untuk menyatakan bahawa vaksin ini sangat tidak bagus untuk bayi mereka. Buktinya dimana? Nak kata zaman datuk nenek kita dahulu tiada suntikan hepatis b? Cuba tanya pada diri sendiri cara hidup anda, sama atau tidak dengan mereka, anda masak dengan apa? Anda makan apa? Persekitaran anda bagaimana? Bersihkah udara yang anda sedut setiap hari? Fikir..... Saya tidak nampak dimana bahayanya Vaksin Hepatitis B apabila JAKIM sendiri mengeluarkan fatwa bahawa Vaksin Hepatitis B itu suci. Sila rujuk di
Fatwa Vaksin Hepatitis B oleh JAKIM. Salah seorang blogger yang agak terkenal dengan buku Kamar Sutera, Semusim di Syurga dan Permata Yang Hilang kini dijumpai iaitu Encik Kereta Mayat juga turut mengulas berkenaan dengan paranoid ibubapa zaman sekarang. Anda boleh baca sendiri di blog beliau
di sini. Fikir dua tiga kali, kerana jika anda menolak suntikan ini, anak anda mungkin akan mempunyai generasi yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Hepatitis B. Buat kajian yang sedalamnya terutama pada mereka mereka yang mengeluarkan kenyataan bahawa Hepatitis B ini membahayakan.
Contoh Vaksin Hepatitis B.. 1 vial mengandungi 0.5ml dan diberikan kepada bayi sebanyak 3 kali. Yang ini adalah dos yang pertama, dos kedua dan ketiga sila dapatkan di klinik yang berhampiran tempat tinggal anda ^.^
Sumber : 1.
Vitamin K
2.
Fatwa Jakim
3.
Encik Kereta Mayat punya blog
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment
thanks for commenting >.<