Friday, November 23, 2012

Feeding

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera followers and silent reader... Agak lama juga tidak menulis. Huhu.. Punca LCD iphone aku pecah, jadinya, gambar yang menjadi bahan untuk mengupdate blog tidak dapat disiapkan. Kini kembali lagi walaupun kepala sudah banyak yang berkarat. Huhu.. Okaylah.. hari topik kita adalah "Feeding". Kalau diikutkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, feeding membawa kepada maksud memberi makan. Tapi dalam konteks kerjaya aku, feeding ini adalah satu istilah untuk memberi susu kepada pesakit yang langsung tidak boleh menelan terutamanya yang terlantar di atas katil sahaja.


Salah seorang dari anggota pelatih memberi susu kepada pesakit.

Susu biasanya terbahagi kepada 3 jenis - 1. Diabetic diet
                                                               2. Normal Diet
                                                               3. Protein diet
dan yang rare adalah nephrotic diet (untuk pesakit yang menghidapi masalah ginjal).


Inilah adalah susu yang biasa ada di dalam wad. dan mempunyai sukatan yang tersendiri mengikut arahan doktor dan pakar pemakanan. Sebelum memberi susu, sudah menjadi tanggungjawab kami yang utama untuk memastikan tiub tersebut memasuki perut. Pertama, kami kena keluarkan isi (aspiration) melalui tiub tersebut dengan menyedutnya dengan syringe. Dan jika aspiration tersebut melebih separuh dari sukatan yang diberikan sebelumnya, maka prosedur tidak boleh diteruskan kerana pesakit tidak menghadam susu yang terdahulu. Selepas itu, aspiration tersebut diuji dengan kertas litmus merah untuk memastikan aspiration tersebut dari perut dan keputusan yang normal adalah kertas litmus itu tidak akan menunjukkan perubahan.

Yang kedua, kami akan memasukkan tiub ke dalam sebekas air dan lihat sama ada terdapat bubble air atau tidak, dan sekiranya ada, prosedur tidak boleh dilakukan juga kerana tiub telah memasuki paru paru. Dan yang ketiga, kami akan memasukkan udara dalam tiub tersebut dan mendengar (menggunakan steteskop) sama ada udara memasuki perut. Hasilnya akan terdengar bunyi 'plop'. Udara yang dimasukkan tadi akan disedut semula bagi mengelakkan pesakit mengalami kembung perut. Itu adalah di antara tanggungjawap yang wajib selain dari memastikan susu tersebut tidak terlalu panas, peralatan yang digunakan bersih kerana semua yang diberika akan terus ke perut. 

Susu ini biasanya diberi selang 4jam sekali. Sebelum susu diberikan, kami akan memberi air masak sebanyak 10ml - 15ml, kemudian susu diberi setiap 50ml kepada pesakit sehingga susu tersebut habis, sebelum susu tersebut habis (mungkin tinggal 5ml) kami akan masukkan air masak sekali lagi dengan amaun yang sama seperti awal tadi untuk memastikan semua susu tersebut memasuki perut pesakit. Selepas itu, tiub tersebut diclamp dan ditutup untuk mengelakkan udara masuk.

So, berharap agar sesiapa yang ada saudara mara seperti ini mendapat gambaran serba sedikit apa yang kami lakukan. Kepada sesiapa yang berkenaan dengan gambar di atas, kami memohon seribu kemaafan, ini adalah untuk bertujuan pembelajaran bersama, bukan niat untuk mengaibkan sesiapa. Sekian.

2 comments:

Unknown said...

TQ Afina :) agak sukar juga nak menguruskan Feeding ni, pelbagai perkara harus diperiksa dan dipastikan terlebih dahulu rupanya :) sangat suka info ini.

kotak kosong said...

welkam....

Post a Comment

thanks for commenting >.<