Sunday, September 30, 2012
Uri yang unik (The Unique Placenta)
Cuba teka apakah gambar di atas? Ini adalah gambar yang agak sulit dan sukar untuk didapati. Dalam istilah perubatan, ia digelar placenta, atau bahasa melayu nya Uri. Biasanya untuk kawan yang berbangsa Cina, kami biasa menggelar placenta ini sebagai bunga. (Di mana rasionalnya, aku masih tidak tahu.) Huhu..
Kenapa aku post gambar ini? Seperti yang aku katakan tadi, gambar ini adalah RARE, kerana bukan sahaja peraturan hospital yang melarang mengambil gambar, tetapi keadaan placenta ini agak luarbiasa dan susah untuk ditemui.
Okay. Placenta a.k.a uri ini adalah sumber nutrien dan zat kepada bayi yang dikandungkan, placenta tertanam di dinding rahim seorang ibu dan menghubungkannya kepada anak yang dikandungkan, mengikut teori, placenta berfungsi selama 42 minggu sebelum ianya mulai berkurangan zat dan mati. Oleh hal yang demikian, kehamilan harus ditamatkan sebelum 42 minggu. Pihak hospital ada cara yang selamat untuk menamatkan kehamilan. Jangan sesekali mencuba air selusuh ya. (ada masa aku akan post kenapa aku tidak menggalakkan penggunaan air selusuh ni).
Serba sedikit berkenaan dengan placenta, jadi gambar di atas adalah placenta yang unik. Kerana tali pusatnya tertanam pada membrane (karung uri). Keadaan yang luar biasa ini biasanya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Keadaan placenta yang sebegini diistilahkan sebagai Velamentous. Kebiasaannya, tali pusat tertanam di tengah placenta atau berada di pinggir sedikit. Untuk pertama kalinya, aku terjumpa tali pusat yang tertanam di karung dan bayi dilahirkan dengan selamat tanpa mengalami pendarahan. Kerana pendarahan boleh berlaku dimana bayi akan kehilangan darah melalui tali pusat sekiranya, karung tersebut pecah pada penanaman tali pusat. Itu keajaiban Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya mmg phobia dgn darah hehehh melihat gambar di atas bagaikan 'fear factor' untuk saya hahahh anyway, posting ni amat unik, amat menarik dan byk beri saya info :-)
Terima kasih. Belajar lah untuk tidak takutkan darah ye..
boleh ke fobia diatasi? kadang2 saya cuba jugak utk beranikan diri hehehh tapi sekejap jer lahh :-) lepas tu fobia tu dtg, kaki semua lemah :-) herann jugak saya hehehh anyway, saya akan cuba ye :-)
Post a Comment
thanks for commenting >.<