Sunday, July 13, 2014

Jumlah Jahitan Luka Jahitan selepas Bersalin

Assalamualaikum readers.. Lama nya laman ini bersawang tanpa pemerhatian.. Huhu.. Apa nak buat, misi nya sudah pun menjalankan tugas hakiki. Masa dan commitment lebih kepada tugas pula. Tiada masa untuk bergolek golek di hadapan lappy atau menulis secara rambang melalui Encik Iphone tercinta. "Nurse, berapa jahitan untuk luka saya?" Itu soalan yang acap kali client saya tanya selepas proses bersalin. Saya terkedu, tak tahu nak jawap macam mana, sebabnya menjahit kawasan peribadi wanita tidak sama dengan jahitan luka akibat kemalanganbiasa yang lain yang kita nampak jumlah jahitannya yang macam lipan tu >.<

Untuk pengetahuan, luka semasa bersalin terbahagi kepada beberapa stage iaitu :

1. 1st degree tear (iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina))
2. 2nd degree tear (kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur)




3. 3rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)
4. 4rd degree tear (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter duburdan mukosa dubur)

5. Episiotomy (keadaan luka lebih kurang dengan 2nd degree tear, tetapi kekoyakan ini adalah disebabkan gunting dan bukannya kekoyakan yang semula jadi.)



Kebiasaannya, saya hanya boleh membaiki stage luka pada 1st degree, 2nd degree dan episiotomy sahaja. Sekiranya lebih dari itu, terpaksa menyerahkan kepada yang lebih pakar. Dan benang yang digunakan adalah benang serap sendiri, tak perlu ke klinik untuk membuka jahitan yang terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1. 2/0 (ecosorb) panjang benang 90 cm, jarum VH 35mm
2. 3/0 (ecosorb) panjang benang 75 cm, jarum RH 26mm (pendek serta halus sedikit berbanding dengan 2/0, biasanya digunakan untuk kulit perineal atau luka yang sangat sedikit)

Jadi, kesimpulannya, luka puan dijahit dari beberapa bahagian dan benang yang puan nampak dari luar mungkin 3 - 6 jahitan, bergantung kepada kepanjangan luka pada kulit, tetapi itu tidak mewakili semua jahitan yang ada kerana biasanya bahagian dalam juga mendapat jahitan yang lebih kurang banyaknya. Jangan ditanya berapa jahitan, kerana jahitan itu sendiri tidak terkira, luka yang kita dapat dari proses bersalin tidak sama dengan luka di tangan akibat terhiris pisau, kesakitannya pun tidak sama. Mungkin para suami melihat isteri dalam keadaan yang biasa, bahagian peribadi itu tidak dibungkus atau dibalut, tetapi, sebenarnya, itu adalah luka yang lebih teruk daripada luka anda jatuh motor ketika zaman muda anda. Hargai isteri yang sanggup menghadapi kesusahan tersebut tanpa anda merasainya.