Friday, November 1, 2013

Tolong Lah, Vaccum saja... - Kelahiran Vaccum

Assalamualaikum wbt readers.. Huhu.. Pelik tajuknya kan.. Tapi itu biasa, lali menyapa pendengaran aku saban hari, lebih lebih lagi kalau sang ibu tengah dalam proses bersalin. Macam macam... Naik pening kepala dibuatnya, itu yang kadang kadang, darah pon turut naik ke kepala. Sakit pulak ati kite.. huhu~ Bukan sesenang itu untuk kami membuat keputusan untuk mem"vaccum" bayi anda ya para ibu. Bahkan, yang meminta rata rata tidak mempunyai pengalaman tentang Vaccum. Ok.. Jum, serba sedikit kelahiran menggunakan Vaccum. P/s: Jangan jumpa saya, dan kata "Tolong lah vaccum.. Pikirlah~"

Apa perkara pertama yang aku buat sebelum aku memulakan sesuatu post? Aku akan google terlebih dahulu.. Hahaha.. Public, biasanya akan menyalahkan perkhidmatan sekiranya berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini. Dan orang yang memberi perkhidmatan tersebut salah seorang daripadanya adalah aku. Huhu.. Sedih kite :( Sebagai seorang manusia, aku tidak mewakili mana mana pihak, tapi atas hati sendiri, aku mahu setiap ibu yang masuk ke dewan bersalin, akan keluar dengan gembira bersama bayinya, walau siapa pun ibu tersebut. Ikhlas. Itu kehendak aku sebagai seorang yang memakai baju putih. Oleh kerana itu, aku sangat marah (pergh.. marah ni) bila ibu request menda yang bukan bukan. Ok.. Jum jum.. melalut banyak pulak.